Edrian telah membuat tempahan secara online lebih awal. Urusan berkaitan bilik sekejap sahaja selesai. Dia menunjukkan kad kunci bilik dan memimpin tangan Nazia menuju ke lift.
Bilik penginapan mereka agak besar juga. Sebuah katil Queen terhampar menerima kedatangan mereka. Nazia menolak bagasi miliknya ke tepi dinding. Dia kemudian menapak ke arah katil. Tubuhnya dibaringkan. Melepaskan kepenatan dan keletihan perjalanan yang hampir 6 jam perjalanan itu.
" Sayang, tak nak mandi ke dulu? Nak makan kat bilik atau kat luar?" Tanya Edrian sambil membuka butang baju kemeja putihnya. Seluar panjangnya telah awal-awal dibuka.
" Penatlah abang. Nak rehat jap," jawab Nazia manja.
" Kalau ikutkan abang lagi penat sebab abang yang drive kereta tadi," usik Edrian. Baju kemejanya dibaling ke arah Nazia. Mengekek Nazia ketawa mengelak baju tersebut.
Dia terpegun memerhati tubuh bogel suaminya.
" Abang kerap pergi Gym ke ?"
" Kenapa? Six pax abang ketara sangat ke ?"
" Hahaha... nampak berisi sikit berbanding 3 bulan lepas."
" Abang senang hati sebab dapat berjiran dengan sayang. Setiap hari abang dapat tengok sayang. Walaupun tak boleh dekat tapi abang puas hati sayang ada depan mata."
Edrian melangkah ke katil. Dia duduk seksi di birai katil.
" Kita berendam bath tub nak tak?"
" Boleh juga. Abang tolong sabunkan sayang okey."
" Boleh aje sayang. Ke sini abang buka baju. "
Tangan kanan Nazia dicapai. Ditarik lembut dan terus dipeluknya. Satu persatu pakaian di tubuh Nazia ditanggalkan. Kemudian tubuh ramping itu dicepung di bawa ke bilik air. Bath tub yang kosong diisikan. Mereka bercanda ria melepaskan tekanan menikmati kehidupan berpasangan.
Sekitar jam 4.30 petang, Nazia turun ke aras 5. Di situ perjalanan kursusnya dijalankan. Dia menandatangan namanya menunjukkan dia hadir kursus tersebut.
Petang itu taklimat kursus diberi oleh urusetia. Malam nanti majlis akan dirasmikan oleh Pengarah bahagian tersebut merangkap penganjur kursus tersebut. Nazia juga berjumpa dengan beberapa orang kenalan lama.
Selepas itu sekitar jam 5.30 petang taklimat berakhir dan Nazia kembali ke bilik penginapan. Edrian tiada di bilik dan meninggalkan satu nota untuknya.
Nazia solat asar dan menukar pakaian. Dia kemudian turun ke lobi menunggu. Dia terserempak dengan beberapa orang teman sekursus yang hadir. Mereka mengambil peluang bersantai di situ dan ada yang keluar jogging.
" Sayang, abang tunggu dalam kereta kat depan ni," tanpa mukadimah panjang terus talian di matikan. Nazia melangkah ke pintu utama hotel. Kasut canvas jenama B.U.M yang dipakainya memudahkan langkahnya untuk melangkah.
Matanya terus tertuju ke arah kereta BMW milik suaminya yang diparking depan hotel. Kakinya dihayun laju ke arah kenderaan tersebut.
" Kita nak kemana ?" Tanyanya sambil menarik tali pinggang keledar. " Sayang nak pilih tempat atau biar abang pilih," jawab Edrian separuh menyoal.
" Emm... kita pergi Alamanda,"
" Okey. Tapi sempat ke sayang nak tawaf kat situ? Malam nanti dah nak kena masuk kursus."
" Ala jalan-jalan je. Bukan nak shopping pun," jawab Nazia merenggek.
" Okey ! Anything for you my love!"
Nazia tersengih gembira. Apabila bersama Edrian semua kemahuannya dituruti. Dia tahu suaminya akan sedaya upaya melayani permintaanya apabila dapat bersama.
Edrian bernyanyi kecil mengikut lagu dari pemain CD di kereta. Nazia kemudian ikut sama menyanyi lagu cinta itu.
Mereka berpimpin tangan melangkah dari satu lot kedai ke satu lot kedai lain menjelajah di dalam shopping yang besar itu. Di dalam kereta tidak mahu shopping akhirnya satu troli penuh dengan barang-barang Nazia. Edrian hanya mengikut dan menghulur kad debit miliknya. Melayani kerenah isteri yang leka seketika.
Mereka singgah di food court menikmati masakan sizzling. Nazia ceria makan bersuap.
Jam 8.15 malam Nazia terburu-buru masuk ke dalam hotel. Dengan pakaian yang masih sama dia terus ke dewan kursus.
Dia mengambil tempat duduk di sebelah En.Ilham. Lelaki itu berpaling ke arahnya sambil tersenyum.
" Siang tadi awak sempat ke dengar taklimat Zie?"
" Sempat En.Ilham. Kenapa?"
" Saya terlewat flight delay. Kalau tahu lewat saya datang dengan awak je naik bas,"
" Itulah En.Ilham beritahu bos nak naik flight, saya tak ajaklah naik bas."
" Saya ingat nak cepat sampai. Bas 6 jam perjalanan. Flight 45 minit aje."
" Tapi dah delay flight lewat juga sampaikan," ujar Nazia sambil tertawa.
Perbualan mereka terhenti apabila juruacara memulakan majlis dan memberitahu ketibaan pengarah program.
Majlis tamat tepat pukul 10.00 malam.
Nazia berjalan laju menuju ke biliknya.
Dia mengetuk perlahan pintu kamar. Tidak lama kemudian pintu di buka dari dalam. Edrian yang berseluar pendek tanpa baju terus meraih pinggangnya dan di bawa ke arah katil.
" Abang buat apa sorang-sorang?"
" Abang baca buku." Jawab Edrian sambil menunjukkan sebuah buku perubatan di atas katil.
" Sayang nak suffer tak ?"
" Baru aje minum secawan susu. Abang lapar ke?"
" Kalau sayang penat tak apa abang keluar sorang."
" Tak apa, saya temankan abang okey!"
" Betul sayang nak keluar sama ? Dah lewat ni. Esok pagi kan ada kelas lagi tu. Takut terlewat bangun aje."
" Abang kejutkanlah saya. Dahlah tu. Pakai baju kita keluar !" Tegas Nazia sambil mencubit lengan Edrian.
Dia kemudian mengambil baju t suaminya dan jaket lalu dihulurkan kepada Edrian.
Nazia senang melihat lengan suaminya yang kelihatan berotot apabila mengenakan baju tshirt yang agak sendat itu.
" Sayang belum mandi dari petang tadi. Balik nanti mandi bleh erk."
" Patut bau bucuk!" Usik Edrian sambil memicit hidung Nazia.
" Ada bau ke?" Tanya Nazia jengkel. Dia menghidu lengan bajunya. Rambutnya yang diikat toncang dilepas bebas. Kemudian rambut tersebut dihidunya.
" Amboi beria menghidu. Macamlah wangi tu untuk orang lain."
" Abang..." Jerit Nazia ketawa kecil. Dia terus merebahkan badannya ke arah dpelukan Edrian.
" Jom-jom kita keluar. Nanti balik lewat sayang juga yang penat."
Edrian menarik tangan Nazia sambil bangun. Mereka keluar dari bilik sambil berpelukan menuju ke lift.
Seorang lelaki sedang menghisap rokok berdekatan dengan pokok bunga depan pintu.
" Sayang, tunggu sini kejap. Abang nak ambik barang dalam kereta jap. Lupalah. " ujar Edrian sambil melepaskan pinggang Nazia yang dipeluknya.
" Abang ambilkan juga cookies yang kita beli siang tadi," pinta Nazia sambil meleraikan pegangan tangan suaminya.
Edrian menghilang ke lobi menuju lift. Keretanya di parking di basement.
Lelaki yang sedang merokok mengadap berdekatan pokok bunga berpaling.
" Nazia..!" Serunya .
" Encik Ilham...!" Balas Nazia kaget. Pertemuan itu menyebabkan dadanya penuh debaran. Dia perasan mukanya pucat.
" Awak nak keluar ke?"
" Ya. Temankan suami saya makan." Balasnya .
" Suami? Maksud awak?"
Nazia cepat-cepat menutup mulutnya menyedari keterlanjuran bicaranya. Janganlah Encik Ilham bertanya macam-macam.
" Maksud saya..."
Kebetulan Edrian telah sampai. Dia juga terperanjat melihat Encik Ilham sedang berbual dengan Nazia.
" Hai En.Ilham." sapanya berlagak biasa. Dia menjeling memerhati ke arah Nazia dan Encik Ilham silih berganti.
" Dr Edry. Oh! Doktor pun ada sama di sini. "
" Saya dengan Nazia nak keluar makan. Jemput bersama kami."
" Terima kasih doktor. Saya nak ambik angin kat luar ni je. Silakanlah doktor. Dah lewat ni," ujarnya sambil tersenyum manis ke arah keduanya.
Dia memerhati ke arah pasangn tersebut. Sorang berjalan di depan pastinya Nazia dan Dr Edry mengikutinya dari belakang.
Apa maksud suami? Adakah dia maksudkan Dr Edry adalah suaminya? Setahunya Nazia masih single begitu juga Dr Edry. Mustahil pula Nazia bergurau. Wajahnya pun pucat bila terserempak tadi. Di tempat kerja tidaklah rapat. Rupanya di luar ada rahsia lain. Patutlah Dr Edry bercuti lama. Menemani Nazia berkursus di sini. Betul ke mereka berdua datang dengan bas?
Pelbagai persoalan menghantui pemikiran Encik Ilham. Nazia yang ceria dan peramah. Dr Edry juga seorang peramah. Suami Nazia? Adakah Dr Edry memeluk Islam? Tapi kenapa tak pernah melihat dia amalkan ajaran Islam kecuali bulan puasa dia turut sama tidak makan di tempat kerja kerana menghormati pekerja beragama Islam yang lain. Malahan semasa sambutan Tahun Baru Cina dia bercuti dan menghadiahkan limau tahun baru berkotak-kotak di klinik. Dia juga pernah terserempak dengan Dr Edry yang mabuk-mabuk di restoran cina dengan kenalan bangsannya.
Bila Nazia sebut suami tadi dia tidak pasti adakah ditujukan kepada Dr Edry. Mungkin mereka berjumpa secara kebetulan. Atau mungkin juga suami Nazia sedang menunggu di luar sana. Tapi tadi dia seakan terdengar perbualan sayang dan abang. Suara itu juga dia amat cam. Sebab itu dia berpaling dan menegur Nazia.
Esok ajelah tanya kepada Nazia semasa kursus.
YOU ARE READING
Doktor Ni... Sweetlah
RomanceNaziea Ariana dan Edrian Wong pasangan yang terpisah dekat tapi jauh. Halangan keluarga menyebabkan mereka tidak dapat bersama. Malahan terpaksa menyembunyikan hubungan mereka gara-gara ancaman keluarga Edrian. Kasih sayang mereka yang teruji tetapi...