Bab 9 : Daddy Sakit

202 5 0
                                    

Sayu hati Nazia melihat batang tubuh yang terbaring di atas katil. Wayar-wayar yang berselirat menunjukan keadaan pesakit. Wajahnya bengkak dan sembab.
Nazia mulanya hampir tidak mengecami.
Apabila melihat tanda nama di kepala katil barulah dia tunduk mengapai tangan tersebut. Airmatanya mula menitis perlahan-lahan dan akhirnya dia terisak-isak. Dia terduduk sambil mukanya tersembam ke atas lengan itu.
"Kenapa dengan daddy, mummy?"
Tanya Nazia sambil memeluk bahu mummynya.
"Daddy colapse di bilik air. Mummy kat dapur. "
Ibunya tidak dapat meneruskan bicara. Dia terus menangis bersama-sama dengan Nazia satu-satunya anak yang dia ada.
"Daddy. Wake up please. Nazia datang ni. Nazia rindukan daddy. Daddy dah janji nak tinggal dengan Nazia." Tangisannya terus bergema. Dia memeluk tubuh yang terbaring kaku tidak bergerak.
"Nazia, enough sweetheart. Let's daddy rest. " Rangkul Puan Ariani. Dia memeluk puterinya dari belakang.
Akhirnya keduanya bertangisan di sofa memandang ke arah pesakit yang sedang dirawat oleh doktor.
"Mummy. Nazia nak bercakap dengan daddy. Sekejap pun jadilah. Nazia dah lama tak bercakap dengan daddy."
" Sweetheart. Temankan mummy mengaji. Kita sedekahkan untuk daddy. Kita doakan daddy cepat sembuh. Jom kita ambil wuduk," pujuk Puan Ariani lagi. Dia juga seperti anak gadisnya bertangis meraung pada hari-hari terawal suaminya jatuh sakit. Selama ini suaminya jarang sakit. Kali terakhir seingatnya demam biasa selepas balik mengerjakan haji beberapa tahun yang lepas. Suaminya seorang yang menjaga kesihatan kerana dia sendiri adalah Pakar Bedah Jantung di sini.
Nazia akur. Dia mengikuti mummy ke bilik air. Mengambil wuduk. Kemudian keduanya mengambil 2 buah kerusi dan di bawa berdekatan dengan katil.
"Nah, sayang ambil Quran kecil ini. Mummy sudah hafal surah Yassin." Sebuah kitab kecil AlQuran dihulurkan kepadanya.
"Zieyn ada Surah AlQuran dalam telefon. Zieyn selalu baca AlQuran guna telefon kalau tak bawa Quran sebenar. Mummy gunalah dulu."
Jawab Nazia sambil tangannya mula membuka telefonnya mencari aplikasi Quran untuk mengaji.
Petang itu alunan ayat suci bergema memenuhi ruang kamar pesakit itu. Mereka mengulanginya 3 kali sebelum menutup kitab suci di tangan.
"Daddy. Nazia doakan daddy segera sembuh ya," bisik Nazia lembut di telinga pesakit. Dia kemudian berpelukan dengan mummynya.
"Sweetheart, kita kena kuat. Daddy mahu kita jadi kuat untuk beri semangat kepadanya." Pujuk mummy sambil mengesat air mata di pipi puterinya.
Mereka kemudian duduk menikmati makan malam di bilik itu dengan roti dan mushroom soup.
Selepas solat maghrib Nazia sekali lagi mengaji di tepi katil daddynya. Dia membaca Al-Quran sehinggalah masuk waktu solat Isyak. Mujurlah telefon di tangannya telah di setkan dengan waktu azan mengikut kawasan setempat.
Malam itu Nazia dan mummy menemani di wad. Semasa pemeriksaan doktor malam itu, mereka berehat dengan tenang. Nazia tidur berhimpit dengan mummy di atas katil kecil di situ. Mulanya Nazia membiarkan mummy tidur si situ tetapi Puan Ariani berkeras mengajak Nazia tidur bersamanya.
"Mummy rindu nak peluk puteri mummy. Masa kecil aje mumny peluk." Ujar Puan Ariani sambil mencium dahi Nazia. Gadis itu membalas pelukan mummynya dan mengucup pipi dan mata mummy. Setelah bertahun terpisah dan sesekali berjumpa dia menjadi anak manja. Dia masih ingat apabila mummy meninggalkannya dengan nenek di kampung. Mummy waktu itu mengikuti suami barunya selepas bercerai dengan daddy. Nenek sebelah mummy enggan membenarkan mummy membawanya tinggal dengan suami barunya iaitu seorang rakyat Turkey. Daddy juga tidak dibenarkan oleh nenek untuk menjaganya. Jadilah dia anak yang terpisah dari orang tuanya tapi mempunyai nenek yang sangat menyayanginya. Dia menjadi sangat manja dan gadis yang membesar dengan tanpa asuhan kedua ibubapanya.
Semasa dia berusia 13 tahun suami mummy telah meninggal dunia. Mummy kembali ke tanahair dan tinggal dengan nenek di kampung nenek di Selangor. Arwah suami mummy telah membelikan rumah dan tanah yang luas di kampung nenek. Ketika dia di tingkatan 3 daddynya telah datang ke Malaysia melawatnya. Waktu itu daddy telah banyak berubah. Dia tidak lagi malu mengaku dia adalah muslims dan pernah menunaikan haji. Daddy berjumpa nenek dan memohon untuk kembali mengahwini mummy. Nazia masih ingat selepas mummy dan daddy kembali bersatu, daddy telah membawa mummy, Nazia dan neneknya mengerjakan umrah. Daddy membawa mummy kembali ke London kerana dia bekerja di sana. Mummy berhenti kerja dan tinggal di sana sebagai penyelidik. Nazia pula enggan mengikuti ibubapanya kerana kasihan neneknya yang tinggal sendirian. Dia belajar sehingga tamat tingkatan 5. Semasa cuti selepas SPM, dia dan neneknya bercuti ke London. Di situlah dia bertemu semula dengan Edrian. Edrian masih di tahun pertama di Universiti tempat mummy bekerja. Waktu itu semua penuntut Malaysia mengenali mummy.
Dalam diam dia menjalin hubungan dengan Edrian.
Semasa party menyambut tahun baru, dia telah keluar bersama Edrian dan malam itu dia bermalam dengan Edrian kerana dia mabuk teruk. Edrian takut untuk menghantarnya balik.
Pagi esoknya ketika dia dan Edrian masih tidur, pintu biliknya telah dibuka oleh tuan rumah. Waktu itu daddy juga ada bersama tuan rumah Edrian menyewa.
Dia masih terasa hangatnya jemari daddy di pipinya. Daddy menariknya balik dengan hanya berselimut milik Edrian. Mummy menangis terlolong melihat keadaan dirinya.
Akhirnya di situlah bermulanya sebuah kehidupan baru untuknya dan Edrian. Kehidupan berumahtangga dalam usia 18 tahun dan Edrian pula baru menjangkau 21 tahun. Tanpa kehadiran kedua orang tua Edrian mereka disatukan.
Dia tidak dibenarkan tinggal bersama Edrian. Malahan dia dipaksa untuk kembali ke Malaysia dengan neneknya.
Keputusan peperiksaannya melayakan dia masuk ke universiti. Oleh kerana bidang yang dia terpilih tidak sama atau berkait dengan bidang Edrian, dia menolak kemasukan ke universiti. Dia memohon ke kolej. Setelah berjaya dalam temuduga dan dia terpilih akhirnya 3 tahun itu dilaluinya dengan penuh debaran. Dia menamatkan latihannya dan bekerja ke utara semenanjung. Di sinilah keluarga Edrian masuk campur selepas percutiannya dengan Edrian di Genting Highlands. Apabila Edrian kembali ke London, keluarganya telah menculiknya semasa dia baru balik kerja. Dia telah dipukul oleh ibu Edrian.
Akbibat tidak tahan dengan ugutan dia mengisi borang tukar sama suka dan memilih Sabah tempat untuk berbakti. Dua tahun di sana dia kembali ke semenanjung dan waktu itu juga Edrian telah kembali ke Malaysia dan bertugas housemanship di hospital di negeri tersebut.
Selepas tamat housemanship dia kemudian dihantar ke tempat yang sama dengan Nazia. Takdir tuhan siapa yang tahu. Setelah sekian lama terpisah, mereka ditemukan di bawah satu bumbung. Namun peluang untuk berjumpa itu terbatas. Apabila berurusan di tempat kerja mereka berlagak profesional. Malahan Edrian juga masih kelihatan mengamalkan cara kehidupan silamnya. Keluar dengan teman sebangsanya dan mabuk di Malam minggu. Nazia sangat tertekan menghadapi situasi itu. Sepupu Edrian iaitu Alicia pernah datang mencarinya beberapa kali di tempat kerja mujurlah dia tidak pernah terserempak.

Doktor Ni... SweetlahWhere stories live. Discover now