Bab 4 : Ke Tempat Kursus.

158 8 0
                                    

Barang untuk berkursus telah siap. Sebuah bagasi sederhana mempunyai pakaiannya untuk kursus 3 hari diasingkan. Sebuah lagi bagasi yang lain telah diisi ke dalam bonet kereta seseorang.
Dia teringat mesej Whatsapp dengan si dia.
Abang : Nanti kita jumpa di RNR GM. Abang tunggu sayang kat situ.
Sayang : Okey.

Dia menarik bagasi kecil dan diletakkan ke belakang kenderaan yang telah menunggunya seawal 8.30 pagi.
Encik Mubin pemandu tempat kerjanya bersedia menghantarnya ke stesyen bas yang berjarak 25km dari tempat tinggalnya. Dia terpaksa bergerak menggunakan kenderaan syarikat untuk mengelak dari desas desus orang yang iri.
Dia hanya menunggu setengah jam sahaja di situ sebelum perjalanan bergerak lancar. Sejam setengah kemudian dia tiba di RNR GM. Dia sudah hafal bas akan berhenti di situ untuk rehat dan memenuhi keperluan asasi penumpang yang lain.
" Encik, saya berhenti setakat ini sahaja ya."
" Awak bukan ke nak ke KL?"
" Ya encik. Tapi saya ada hal kena turun di sini dulu," ujarnya kepada pemandu bas yang dinaiki.
" Suami saya dah tunggu sana,"sambungnya lagi sambil menunjukkan ke arah lelaki yang kelihatan santai melangkah ke arahya.
Dia terus menyalami tangan lelaki tersebut. Bagasi bertukar tangan. Tangan kanannya dipaut. Genggaman dipererat, bergandingan menuju ke tempat letak kereta di mana kereta di parking . Si dia menyimpan bagasi di bonet belakang kereta di mana sudah terdapat beg lain di dalamnya.
Bonet kereta di tutup.
Pinggang dipaut dan mereka menapak ke arah tempat makan.
" Sayang nak makan apa?"
" Nasi ayam boleh ?"
" Boleh aje. Apa sahaja untuk kesayangan abang."
Ketawa kecil kedengaran. Mereka kelihatan sangat bahagia.
Nazia menunggu di kerusi yang berada di tengah-tengah mengadap ke luar. Edrian beratur membeli nasi ayam.
Suasana waktu pagi itu tidak semeriah perjalanan malam. Pada waktu malam banyak bas yang berhenti. Penumpang juga ramai di waktu malam.
Edrian menghampiri Nazia. Pinggan nasi ayam diletak dengan cermat. Nazia menarik pinggan nasi miliknya dan mula menyusun keluar bekas sup, cili dan sos kicap. Dia juga melakukan perkara yang sama kepada pinggan Edrian.
" Minuman ? Air kosong atau jus?" Edrian terus perihatin.
" Mineral aje," jawab Nazia. Edrian berlalu ke kaunter minuman dan kembali dengan 2 botol air mineral kecil.
Nazia menadah tangan membaca doa. Edrian juga mengaminkan doa yang di baca oleh Nazia.
Mereka makan sambil berbual.
Selesai makan mereka kembali ke kereta.
Edrian membuka pintu kereta untuk Nazia. Layanan bak puteri diberikan kepada kekasih hati.
" Wong ! Wong !" Panggil seseorang dari jauh. Edrian berpaling ke belakang dan melihat seorang lelaki berjalan laju ke arahnya.
" Are you Wong my old schoolmate ?" Tegur lelaki itu.
" Yup ! Eh ! You Amer ! Long time no see ?"
Keduanya berpelukan.
" Lama betul tak jumpa. Kau kat mana sekarang?" Tanya Edrian sambil menepuk bahu temannya itu.
" Aku kat Singapore. Oil and Gas. Kau pula ?"
" Kerja kat kampung je. Berkhidmat untuk masyarakat," jawab Edrian.
" Kau buat apa kat sini?"
" Nak ke KL . Hantar my wife kursus,"
Edrian tunduk ke dalam kereta. Dia menggamit ke arah Nazia yang dari tadi leka memerhati. Nazia keluar dari kereta.
" Kenalkan wife aku,"
" Eh ! Ni junior kita dulu...!"
" Yalah. Yang kita selalu usha. Tapi sekarang aku dah dapat dia,"
" Wong ! Kau kahwin dengan dia. Bukan ke dia .. "
" Ya, syukur Alhamdulillah. Jodoh kami panjang."
" Oooh! Jadi kau muslimlah sekarang ni?"
" Lupa perkenalkan diri. Nama aku Doktor Muhd Nur Edrian Wong Bin Abdul Rahman. Ini isteriku Nur Nazia Adriana Nattalille Binti Michael Nazmi Abdullah."
Mereka berpelukan lagi sebelum berpisah.
" Syukurlah Wong. Baguslah !" Sekali lagi keduanya berpelukan sebelum terpisah. Haluan perjalanan berbeza. Seorang ke utara dan seorang ke selatan.
" Lama betul abang tak jumpa dengan Amer. Ingat tak dulu mamat poyo yang selalu usik sayang. Dia suka tarik toncang rambut sayang,"
" Ya lepas tu abang tolong tegur sampai kena buli dengan kawan-kawan abang," sambung Nazia sambil ketawa. Pintu kereta di tutup.
" Sayang sini sikit. Abang nak baca doa agar perjalanan kita lancar dan tiba ke destinasi dengan selamatnya,"
Pipi Nazia dicium lembut. Tangan Nazia di bawa ke bibirnya. Nazia merapatkan lagi badannya dan membiarkan tubuhnya di peluk erat. Melepaskan kerinduan yang membara di dada.
Edrian memandu tenang. Bandar GM ditinggalkan. Dia cuba mencongak perjalanan sejauh 300km lebih yang harus ditempuhi sebelum sampai ke destinasi.
" Abang pasal Alicia sepupu abang yang datang tu, masa tu saya tak ada dekat ofis. Dia maki apa ntah itu pun dengar cerita dari staf lain."
" Abang mohon maaf sayang. Abang dah warning awal-awal dekat dia. Abang tak akan kahwin dengan dia. Tapi dia memang degil. Macam mana dia tahu sayang juga kerja dekat sini,"
" Mesti dia tanya staf kat situ. Diakan baru balik dari Holland."
Perbualan mereka menemani perjalanan yang panjang itu.

Doktor Ni... SweetlahWhere stories live. Discover now