Surat di tangan dia telek sekali lagi. Ulang baca ayat yang tertera. Sudah beberapa kali dia ulang sampaikan sepintas lalu dia sudah mampu hafal ayat-ayat penting itu.
"Jadi ke nak pergi?" Tegur Syuhada yang baru muncul dari ruang dapur. Di tangannya terdapat sebiji mug yang masih berasap. Mesti minuman coklat kegemarannya. Setiap petang dia akan minum secawan coklat dan di bawa ke ruang menonton merangkap ruang tamu juga.
Nazia mengangguk, mengiayakan persoalannya. Nazia telah berbincang dengan teman serumahnya sebelum ini intipati surat tersebut. Syuhada pula hanya mengangguk, memahami tugas Nazia.
"Seminggu ajekan." Dia menyambung lagi.
Nazia angguk lagi. Surat di tangan dia lipat dan masukkan semula ke dalam sampulnya. Nazia letakkan kembali ke atas meja.
" Dr Edry tahu tak kau kena pergi ni?" Syuhada bertanya lagi.
Nazia geleng kepala.
"Aku dah cuba contact dia tapi tak dapat. Dia pergi ke Taiwan dah tiga bulan lebih. Mungkin dia tidak buat roaming agaknya, " balas Nazia sedikit kesal. Dia teringat perbualan dengan beliau tempoh hari. Walaupun dia sudah tahu keadaan situasi global semasa tapi dia tetap berkeras hendak ke sana. Pintu sempadan pun masih belum di tutup dan dia segera berangkat ke sana. Dia akan cuba selesaikan kerjanya dan kembali ke sini. Nazia hanya mampu melepaskan suaminya pergi dengan hati yang walang.
"Sabarlah. Kau doakanlah yang baik-baik untuk dia. Semoga dia selamat kembali." Ujar Syuhada lagi. Nazia mengangguk dan keduanya berbual situasi semasa dan kebetulan siaran televisyen menyiarkan perihal tersebut.
Malam itu Nazia jadi tidak berapa lena tidur. Pakaian untuk seminggu sudah berkemas di dalam beg. Berkali-kali dia memeriksa sekali lagi pakaian di dalam beg besarnya. Tidak mahu ada yang tertinggal kerana dia bukannya boleh keluar untuk membeli sekiranya keperluan terputus.
Surat arahan kerja juga diselit ke dalam lugage. Beg sandang yang mengandungi laptop dan barang penting milikknya diperiksa sekali lagi. Charger telefon dan laptop dimasukan ke dalam beg kecil lalu diselit ke bahagian dalam beg sandang.Dia memastikan juga telefon dan power bank telefon penuh baterinya. Perjalanan esok mengambil masa hampir 6 jam dengan kenderaan. Teringat pesanan ahli dalam kumpulannya seramai 5 orang agar ahli kumpulan dapat berkumpul tepat jam 9 pagi di bilik gerakan. Nazia telah meminta Syuhada menumpangkannya ke pejabat dan kemudian menggunakan kenderaan pejabat untuk ke sana.
Tepat jam 3.00 pagi barulah Nazia boleh bersantai dan berbaring di atas katil. Dia cuba memaksa mata untuk terpejam dan habis semua ayat-ayat Quran yang dihafal olehnya dibaca untuk mempercepatkan lena.
Pagi sebelum bertolak, sedikit taklimat diberi oleh Ketua kumpulan. Nazia berasa lega kerana kenderaan yang mereka gunakan adalah sangat selesa. Pagi itu juga barulah sempat berkenalan dengan beberapa kakitangan yang sebelum ini belum pernah bersua. Hanya dua orang sahaja yang dia kenali dan dua orang lagi adalah kakitangan baru dan tidak pernah berjumpa.
Selesai bacaan doa, mereka bertolak dengan iringan doa dan lambaian dari kakitangan lain. Terasa bagaikan hendak berjuang di medan perang. Insya Allah misi mereka akan berjaya dan kembali dengan selamat.
Sepanjang perjalanan, mereka singgah makan untuk sarapan pagi dan makan tengahari. Kemudian selepas itu lena mengulit hinggalah tiba di destinasi.
Waktu itu jam 3.00 petang dia jejaki kaki, hujan renyai-renyai. Badan pun rasa sangat letih melalui perjalanan yang panjang.
Kad kunci bilik penginapan diambil dan dia terus melangkah ke bilik yang dikhususkan untuk mereka. Kebetulan dia ditempatkan bersama doktor perempuan. Selesai mandi dan solat mereka terus ke lobi yang menempatkan ruang kerja . Di aras tersebut hanya menempatkan petugas-petugas sahaja. Selepas sesi taklimat dan pembahagian tugas, mereka juga berkenalan dengan petugas lain.
Malam itu selepas maghrib, tugas pertama bermula. Mereka men mereka bekerja hingga ke subuh dalam suit pakaian yang sangat melemaskan.
Esoknya selepas subuh, Nazia dan teman sebilik mengambil kesempatan untuk berehat seketika. Sempat lagi keduanya terlelap hingga jam 9.00 pagi dan selepas itu mereka menyambung kembali tugasan hingga tengahari. Kali ini mereka hanya memeriksa dan menyemak senarai nama kumpulan yang ditempatkan di situ. Mereka juga melayan perbualan mesej whatsapp dari kumpulan tersebut.
Hari ke 3 diteruskan dengan rutin berbeza dan tugasan menjadi lebih ringan. Namun ketika sedang sarapan pagi Nazia terdengar rungutan dari seorang kakitangan di situ.
"Stress betul melayan PUI yang bilik 2929, " ujar Dr Widya sambil menggeleng kepalanya. Nazia cuba menadah telinga mendengarnya.
"Kenapa?" Tanya Ikwan salah seorang staf yang bertugas pagi itu.
"Dia mintak alat senaman. Katanya badannya dah lemau semenjak masuk ke sini tak buat senaman," terang Dr Widya lagi. Dia mengeluh kesal. Telefon di tangannya sekali lagi berbunyi. Dia menjawab panggilan tersebut dengan wajah yang bengang. Sebentar sahaja dia bercakap dan kemudian dia meletakkan telefon ke atas meja.
"Sabar ajelah. Ni sorang lagi..." dia bersuara tidak puashati. Nazia juga telah mendengar berita berkaitan pesakit yang mereka jaga. Ada bermacam ragam dan banyak permintaan yang tidak masuk akal. Dia faham siapa mereka itu. Terasa kasihan juga kerana terkurung sendirian selama dua minggu di sini. Semasa berbual tiada nama pesakit yang disebut. Hanya nombor bilik sahaja merujuk kepada pesakit tersebut.
Selepas zohor jadual mereka beralih kepada sesi pengambilan ujian pula.
"Biasa selesai jam 6 petang. Hari ni seramai 380 orang semuanya." Beritahu Ikhwan semasa mereka berjalan menuju ke lift.
Nazia diam dan mengiakan dalam hati. Selesai menukar pakaian PPE dia beratur pula mengikut kumpulan yang telah dibahagikan kepada mereka. Nazia ditempatkan bersama Dr Aireen di meja no.3. Sekitar jam 3 petang pesakit mula beratur mengambil giliran.Nazia leka mengambil data pesakit dan menulis ke kit pemeriksaan. Sorang demi seorang melewati meja ujian di depannya
"Hai Dr Ian. How are you ?" Tegur Dr Aireen ramah. Rasa macam familiar dengan nama tersebut. Nazia mengangkat wajah. Seraut wajah yang terlindung di sebalik topeng muka dan berkaca mata gelap duduk di meja sebelah Dr Aireen.
"Fine. But, I'm struggle alone at my room! Boredom and loneliness just live like in a cave!" Dia tertawa kecil. Airmata Nazia hampir menitis memandang wajahnya. Namun berat mulutnya untuk menegur. Keadaan dia di dalam pakaian lengkap PPE ini menyebabkan dia tidak mengecami langsung. Nazia pandang wajahn di depannya. Dia kelihatan ceria sahaja dan matanya kelihatan memandang ke arah Nazia juga. Cepat-cepat Nazia menunduk. Enggan memandangnya lagi.Dokumen di tanggannya dihulurkan kepada Dr Aireen. Dia terpaksa memanjangkan leher untuk membaca nama dan nombor pengenalan dirinya.
"Zieyn, tolong buka botol ni kejap. Susah pula I nak tarik, " teguran Dr Aireen menyentak hatik Nazia. Dia cepat-cepat mencapai botol kecil di tangan Dr Aireen. Dia juga perasan si dia juga memandang ke arahnya.
"Sir, room number please.." ujar Nazia kemudian bila melihat nombor bilik di surat yang dibawa oleh lelaki tersebut sukar dibaca tulisan tangan.
"2929.."
Nazia segera menulis nombor biliknya di belakang kit tersebut.
"Zieyn? It's you?" Lelaki itu merenungnya tajam. Kacamata hitamnya dibuka. Nazia menelan air liur kesat. Matanya yang sepet itu memandangk Nazia tanpa berkelip.
"Sayang!" Tegurny lelaki itu lagi. Nazia diam dan duduk menegak di sebelah Dr Aireen.
"Sayang! Abang mintak maaf tak berhubung dengan sayang."
"Both of you... erk.. kenal ke?" Tanya Dr Aireen hairan. Dia berpaling memandang Nazia yang bertutup dengan PPE dan kemudian ke arah pesakit di depannya.
"She's my wife!"
"Abang hutang dengan saya. Lepas ni kita settle!" Kata Nazia sedikit sebak tapi tegas. Rasa hendak lari dari situ tapi terpaksa bertahan demi tugas.Di belakang sudah beratur dua orang pesakit lain .Lelaki itu mengalah dan bangkit dari kerusi. Dia sempat berpaling dan memandang ke arah nazia yang litup PPE. Memek wajahnya tidak dapat diagak kerana terlindung di sebalik topeng mukanya.
YOU ARE READING
Doktor Ni... Sweetlah
RomanceNaziea Ariana dan Edrian Wong pasangan yang terpisah dekat tapi jauh. Halangan keluarga menyebabkan mereka tidak dapat bersama. Malahan terpaksa menyembunyikan hubungan mereka gara-gara ancaman keluarga Edrian. Kasih sayang mereka yang teruji tetapi...