Semua diam. Semua menunduk. Semuanya membisu. Bunyi tapak kaki semakin menghampiri. Semua yang ada di situ berdiri kaku.
" Hah, you Hayati !"
Suaranya bergema.
Nama yang di sapa mengeletar. Dia berpaling ke kiri dan kanan.
Semua yang ada di situ semakin menunduk. Ada yang bermain dengan jari. Mengira jari jemari yang sudah sedia cukup. Takut hilang tiba-tiba.
Hayati perlahan-lahan bangun.
Tegak.
Inilah barisan kita...
"Apa itu medula oblonggata...!"
Hayati termanggu-manggu seketika.
Mulutnya terkumat kumit menyebut sesuatu.
" Kuat sikit. Tadak dengar !" Jerkah si penanya tadi.
Hayati semakin menggeletar.
" Sebahagian dari otak terletak di bahagian bawah berhubung dengan saraf tulang belakang," suara Hayati ternyata terketar.. ketar.
" Good Hayati... sambung Syamila,"
Belum sempat Hayati menjelaskan lagi pemahamannya soalan ditujukan kepada teman sebelahnya pula. Sepatah dijawab maka jawapan itu terus bersambung hinggalah barisan hadapan itu tamat dan dia berpuas hati dengan jawapan tersebut, barulah dia melangkah ke depan.
Itulah suasana kelas Anatomi yang diajar oleh Miss Dorena. Semua pelajarnya kecut perut jika hendak memulakan sesi kelas beliau. Persediaan awal yang rapi perlu dilakukan kerana kebiasaan kelasnya akan dimulakan dengan soalan.
Semua pelajar seramai 76 orang di kelas tersebut telah ambil maklum tentang sikap dan cara pembelajaran beliau. Tempat duduk di kelas juga setiap hari bertukar dan beralih satu kedudukan setiap hari. Jadual kelas Miss Dorena juga ada setiap hari samada waktu pagi, tengahari atau petang. Apa yang pasti wajah manis Miss Dorena mesti ditatap dalam debaran setiap hari.
Kelas Miss Dorena berakhir tepat jam 4.30 petang tetapi sebelum meninggalkan kelas dia berdiri tegak lagi. Seolah ingin menyanyikan lagu negaraku.
" Tommorrow all of you..." matanya meliar ke sekeliling kelas. Menatap sepintas lalu wajah pelajar-pelajar di kelas tersebut. Satu persatu wajah tersebut dipanah dengan anak matanya. Semuanya serba salah samada membalas renungannya atau tunduk. Sekiranya tunduk atau melarikan pandangan, mangsa akan dipersoalkan pula. Jika berbalas pandangan mata, jantung akan berdetak kencang kerana panahan matanya yang seolah beracun itu. Dia tersenyum tapi senyuman sinis sahaja dengan sekali sekala memek muka serius terserlah jua.
" Nurnaziea Adriana Nattalille Binti Michael Nazmi Abdullah. Apa bikin sana tu ?" Sepotong nama di baca laju. Suaranya bergema nyaring. Kelas yang sunyi sepi semakin sepi. Jantung masing-masing usah di cakap debaran seperti berlari 100 meter tidak berhenti. Semua pandangan di halakan ke arah tepi sebelah kanan.
" Sorry Miss. Saya mendengar arahan you," jawab pelajar tersebut. Dia terus bangkit.
" I see ... wokey tommorrow you cerita tajuk Spinal Cord,"
Pelajar tersebut tercengang-cengang. Adoi kena dah.. shoot tepat ke jantungnya.
" Okey Miss. I will find out and present for you tommorrow morning," Suaranya menjawab yakin.
" Good. Besok kasi siap,"
Selepas kelas mengucapkan terima kasih, pengajar tersebut meninggalkan kelas. Suasana kelas kembali bising.
" Kau buat apa tadi Zieyn?" Tanya pelajar yang memakai tagnama Mimi Dahlia. Semua teman-temannya juga berdiri mengelilingi pelajar tersebut. Sabar menanti jawapan darinya.
Pelajar yang di sapa Zieyn itu mengeluh. Memek wajah tidak berpuashati ditayangkan di mukanya.
" Aku tak buat apa pun tadi. Getah pemadam aku jatuh. Jadi aku pun tunduk ambil . Itu je !"
Jawabnya sedikit tidak berpuashati.
" Ler, awat jatuh masa Miss Dorena. Dia kan mata tajam," seru Wan Syakina pula.
" Len kali biarkan je. Hah sekarang dah kena buat assigment dia," sambung pula Farahliana.
" Takpelah. Malam ni aku cari," jawab Zieyn seakan mengalah. Teman-temannya mula memberi pendapat dan pelbagai idea.
" Plan petang ni apa cerita? Banyak barang dalam list aku dah takde ni," luah Syamila pula. Kebetulan mereka dah berjanji seawal malam tadi untuk keluar hari ni selepas kelas.
" Takpelah korang keluarlah. Aku tak boleh keluar hari ni. Aku kena siapkan assignment Miss Dorena. Mengamuk plak dia kalau tengok aku keluar dengan korang. Nanti dia cakap aku main-main pula,"
" Tak bestlah camtu...!"
" Takpe korang keluarlah. Aku temankan Zieyn cari data. Aku kirim ajelah kat korang," sampuk pula Lidya Hanim. Dia kamceng Zieyn dan kerap berada di samping gadis tersebut. Semua yang ada di situ mengangguk.
" Aku pun temankan Zieyn jugalah !" Amelia pula menawarkan diri.
"Aku pun!" Sampuk Aina Farisya.
" Eh ! Takpelah. Korang keluarlah. Aku okey je. Aku boleh cari je data tu. Bukannya banyak pun data tu. Satu tajuk je," jawab Zieyn serba salah. Dia kasihan dengan teman-temannya yang beria ingin membantunya.
" Takpe aku bantu kau. Aku bukannya banyak pun nak shopping. Hujung minggu kita keluar," balas Aina.
Akhirnya kata persetujuan di capai. Aina dan Lidya bersetuju untuk membantu Zieyn membuat assignment. Temannya yang lain akan keluar membeli keperluan mereka.
Zieyn mengemas beg dan failnya. Pelajar-pelajar lain berbondong keluar pulang setelah tamat kelas hari itu.
Zieyn melangkah malas. Di belakangnya Aina dan Lidya membontotinya sambil menggalas beg masing-masing.
" Bila kita nak mula cari data ni ?" Tanya Aina sambil mengunci pintu kelas. Petang itu tugasannya sebagai ketua kumpulan mengambil kunci dari pejabat dan menguncinya semula.
" Aku nak solat asar dulu. Pastu singgah terus kat library. Kak Marinah mesti buka library sampai 6.30 petang. Minggu ni turn dia," jawab Zieyn sambil menggalas beg di bahunya.
Temannya mengangguk dan masing-masing bertebaran menyelesaikan urusan mereka.
Semenjak menjadi pelatih di kolej tersebut banyak perkara baru yang dipelajarinya. Dia hanya ingat satu sahaja pesan neneknya.
Jaga solat dan utamakan solat dalam segala hal.
Petang itu dia bersama Aina solat Asar di surau dan mereka terus ke perpustakaan kolej mencari maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan assignmen yang diberi oleh Miss Dorena.
Kak Marinah senior yang bertugas di perpustakaan kolej mengikut giliran selepas waktu pejabat membuka pintu tempat tersebut tepat pukul 5.15 petang. Waktu itu hanya Zieyn, Aina dan Lydia sahaja yang mengunjungi pustaka tersebut.
Zieyn dan temannya sudah biasa dengan suasana dan susun atur di situ, ia memudahkan mereka untuk mencari maklumat yang diperlukan.
YOU ARE READING
Doktor Ni... Sweetlah
Любовные романыNaziea Ariana dan Edrian Wong pasangan yang terpisah dekat tapi jauh. Halangan keluarga menyebabkan mereka tidak dapat bersama. Malahan terpaksa menyembunyikan hubungan mereka gara-gara ancaman keluarga Edrian. Kasih sayang mereka yang teruji tetapi...