Bab 8 : demam

204 6 0
                                    

Ini bukan kali pertama. Sudah acap kali malahan dia bagaikan sudah lali. Semalam Alicia datang lagi. Dia terus berjumpa dengan Dr Edry. Mereka keluar seketika dan balik tengahari. Nazia hanya mampu mengintai melalui langsir rumahnya.
Dia juga nampak Dr Edry mengisi beg pakaiannya yang agak besar ke dalam bonet kereta. Seminggu selepas itu dia hilang tanpa khabar berita. Talian telefonnya juga dimatikan.
Nazia terasa sungguh terseksa. Dia rasakan bagaikan hilang jejak. Dua hari bercuti hujung minggu dia hanya menghabiskan waktunya berehat di rumah sewanya. Aina dan Syuhada balik ke kampung mereka. Walaupun Nazia tidak bertugas atas panggilan tetapi dia tidak ke mana. Dia banyak berbaring di katil dan bangun untuk ke bilik air. Seharian itu dia hanya minum air kosong dan biskut kering.
Pagi Isnin itu dia rasa sangat berat kepalanya. Badannya terasa lenguh dan kerap muntah. Dari petang semalam dia terasa loya dan tidak dapat menerima makanan. Mungkin kerana sudah dua hari dia melayan laranya dengan tidak mengambil makanan berat. Tenaganya sudah hilang. Dia memberitahu kepada Syuhada dan tengahari itu Puan Laila datang ke rumah sewanya.
Puan Laila bising apabila dia tidak ke klinik berjumpa doktor.
" Kamu ni degil betul. Hanya pandai nasihatkan orang sahaja." Rungut Puan Laila. Dia mengelap dahi Nazia. Terbit perasaan kasihan melihat gadis tersebut. Sebatang kara.
" Sis, saya rindukan mummy dengan daddy. " tuturnya dengan air mata berlinangan. Puan Laila terkesima. Dia tahu keberadaan kedua orang tua Nazia. Walaupun keduanya masih hidup tetapi mereka jauh nun di seberang laut.
" Sabar Nazia. Saya faham keadaan kamu. Sabarlah dik." Pujuk Puan Laila. Hatinya sayu mendengar rintihan gadis tersebut.
" Sis, suami saya pergi ke mana?"
Puan Laila terkejut mendengar bicara Nazia. Matanya terpejam. Jantung Puan Laila terasa sebak. Dia sudah mendapat tahu awal-awal berita tersebut dari suaminya Encik Ilham.
Akhirnya kini dia mendengar sendiri pengakuan dari mulut Nazia.
" Dr Edry suami saya sis. "
" Dah lama kami kahwin."
Satu persatu ayat dituturkan. Mata Nazia terpejam. Peluh merening di dahinya.
" Sis, jangan beritahu orang lain ya. Saya takut sis. "
" Mertua saya garang sis. Dia tak suka saya sebab saya muslim. "
" Dia akan bunuh saya kalau saya dekat dengan suami saya."
" Saya takut sis.."
Perlahan-lahan tuturnya hingga tidak terdengar lagi. Puan Laila memanggil nama Nazia tetapi gadis itu tidak menyahut. Dia menjadi panik. Hatinya sedih melihat penderitaan gadis tersebut.
Dia menelefon suaminya. Setengah jam kemudian dia membantu suaminya mendukung gadis tersebut dan di bawa ke klinik.
Puan Laila sentiasa bersama Dr Azian merawat Nazia. Dia memerhati Dr Azian mencucuk jarum untuk menambahkan cecair ke dalam badan Nazia. Keputusan darah baru diterima dari makmal hanya menunjukkan Nazia demam biasa sahaja. Mungkin demam rindu.
" Dr Edry pergi Taiwan. Datuknya meninggal dekat sana." Bisik Encik Ilham kepada Puan Laila. Dia tidak mahu berita itu sampai kepada Nazia. Edrian telah berpesan kepadanya agar tidak memberitahu isterinya. Puan Laila mengangguk. Dia faham situasi itu. Dia teringat bicara Nazia sebelum pengsan tadi.
Selepas dimasukan air Nazia boleh membuka mata. Badannya yang lemah juga semakin bertenaga. Dia sudah boleh duduk.
" Nazia kamu boleh balik berehat dekat rumah. Jangan lupa makan ubat." Pesan Dr Azian lagi. Puan Laila mengangguk bagi pihak Nazia.
Nazia juga diberi cuti sakit selama dua hari. Hari ketiga nanti dia di minta untuk datang semula ke klinik untuk di periksa ujian darah. Nazia mengangguk faham.
" Sis, terima kasih sis. " ucap Nazia sambil bersalaman dengan Puan Laila. Wanita itu memaut tubuhnya dan memeluknya erat.
" Sabar ya Nazia. Jaga diri baik-baik. Kalau ada apa-apa jangan lupa telefon saya ya." Pesan Puan Laila lagi.
" Okey sis. Nanti saya jaga dan tengokkan Nazia," janji Syuhada. Dia juga mengambil off petang semata-mata menjaga Nazia yang keseorangan di rumah.
Nazia berehat di kamarnya. Dia sudah boleh menelan bubur yang dibeli oleh Puan Laila. Walaupun tekaknya payau tetapi dia cuba menghabiskan bubur yang dituang oleh Syuhada ke dalam mangkuk.
" Ada... terima kasih jaga aku," ujar Nazia sayu.
" Ini masa kau ziey. Kalau aku sakit pun aku percaya kau akan buat perkara yang sama," balas Syuhada sambil mengambil mangkuk kosong .
" Kau rehatlah. Kalau kau perlukan apa-apa panggil aku okey." Ujar Syuhada dan membawa keluar mangkuk bubur tadi. Nazia memandang ke arah Syuhada hingga temannya itu hilang dari pandangan matanya.
Nazia mencapai telefonnya. Dia membuka peti mesej mencari seandainya ada pesanan dari suaminya. Tiada. Dia kemudian mendail nombor telefon suaminya tetapi hampa. Panggilan masuk ke peti suara.
" Abang kat mana?" Rintihnya pilu. Rasa sebak menyentak tangkai dadanya. Sudah seminggu suaminya tiada menghilangkan diri. Dia ingin bertanya staf di tempat kerja dia segan. Akhirnya dia diam tanpa bicara.
Dia meletakkan telefonnya ke atas meja di tepi katil. Dia cuba berehat dan tidur.
Setelah hari ketiga dia keluar juga bekerja. Badannya sudah semakin sihat. Tetapi hari itu dia tidak membawa keretanya. Dia menumpang Syuhada. Aina pula ditugaskan di tempat lain mengganti staf bersalin.
Puan Laila memanggilnya di waktu pagi. Wanita itu ketua yang baik. Dia memberi nasihat dan kata semangat kepada gadis tersebut agar tabah dengan apa yang dihadapinya.
Tengahari itu Nazia menerima tetamu. Dia segera berjumpa dengan Puan Laila.
Kemudian dia mengisi borang cuti panjang dan kebenaran keluar negeri. Sebagai penjawat awam dia dikehendaki mengisi permohonan untuk ke luar negeri. Disebabkan keadaan itu segera, dia menelefon ke daerah kemudian ke negeri dan seterusnya ke bahagian pusat memohon keluar negeri.
Mujurlah permohonannya diluluskan.
Petang itu dia balik dengan Steven satu-satunya sepupu yang dia ada.

Doktor Ni... SweetlahWhere stories live. Discover now