"Sorry... lambat. Awak tak kesah kan?" Kehadiran Khairul di sebelah menyebabkan satu senyuman manis terukir. Walaupun lewat, dia tidak kesah. Asalkan mereka dapat bertemu. Mungkin hari ini sudah kali terakhir mereka berjumpa? Esok masing-masing akan membawa haluan masing-masing.
"Tak pe. Dah biasa." Mata kembali dibawa ke dalam cawan yang berisi air fresh orange. Dari ekor mata, dia nampak lelaki itu sedang memandang dan tersenyum.
"Kenapa pandang macam tu?" Soalan diajukan kerana dia masih hairan. Hairan melihat Khairul masih memerhati wajahnya. Ada yang tak kena ka?
"Tak de lah. Saya teringatkan kisah kita yang dulu tu." Dia tergelak. Kepala ligat memikirkan kisah dia dan sahabatnya yang lalu.
Flashback...
"Weh! Aku nak kasi budak yang yang mula-mula aku nampak lepas aku buka mata ni ayat power." Khairul mendabik dada.
"Ok! Confirm lekat ni? Lepas ayat kau kena dating sekali tau. Kalau tak, kau looser!" Syafiq sudah berkata-kata sambil tangan masih ligat memasukkan kasut ke dalam beg.
"Kau tengok la." Setelah berdiri. Mereka ke arah tepi padang.
Khairul memejamkan mata. Dua minit kemudian, dia membuka.
Dup
Dap
Dup
Dap
Jantung berdetak laju. Gadis berbaju merah.
"Ai...a...aisyah.? Dia kembali berpaling. Kaki laju dibawa ke arah tangga. Lidah jadi kelu. Entah kenapa dia jadi begini. Kalau sebelumnya, semua perempuan dia 'sapu' ja. Tapi, bagi gadis bernama Sarah Aisyah, dia jadi gugup.
"Weh! Khai. Kenapa? Kata nak ayat perempuan yang kau nampak lepas buka mata. Dah kenapa kau lari pulak?" Syafiq mengikuti langkah Khairul laju. Kenapa pulak mamat ni. Tadi elok ja. Dah hilang akal ka?
"Eh, a...aku terlupa nak angkat kain. Ha. Terlupa. Nanti la aku ayat." Khairul cuba menyorokkan rasa hatinya. Entah mengapa dia jadi suka pada Aisyah lepas tengok mata gadis itu.
"Ye ye la kau tu." Mereka berdua bergegas ke asrama lelaki yang terletak kira-kira 2 kilometer dari padang sekolah.
End Flashback...
"Rasa sekejap je kenal awak." Khairul mengacau-ngacau air teh di dalam gelas dengan straw. Dia tersenyum sedikit sambil menggelengkan kepala.
"Pejam celik pejam celik dah nak habis dah kan. Esok dah nak balik kampung." Aisyah pula bersuara. Dia sudah merindui Khairul walaupun mereka baru sahaja berjumpa tiga hari lepas. Kalau dah mabuk cinta, memang macam tu lah.
Setelah agak lama melepas rindu, mereka balik ke haluan masing-masing. Walaupun agak perit. Namun, mereka terpaksa. Lagipun kampung halaman mereka jauh. Lepas ni hanya boleh berhubung dengan telefon la.
Aisyah mengangkat tangan. Masih lekar dengar senyuman di bibirnya namun, dalam hati tiada siapa tahu. Berat rasa hati nak berjauh dengan Khairul.
Dahulu, lelaki itu merupakan lelaki yang paling dia tidak suka. Bukan sahaja dia, malahan satu sekolah sukan itu tidak suka. Khairul Azlan, siapa tidak kenal. Buaya segala buaya darat! Dia dan Syafiq Haikal iaitu kawan baiknya selalu mengusik dan mengganggu ketenteraman pelajar perempuan di sekolah itu. Pantang ada yang menarik di mata pasti akan disapu.
Namun, betul kata orang. Orang yang paling kita benci tu lah yang akan kita sayang akhirnya. Hubungan mereka semakin rapat apabila tiba-tiba Khairul menyelamatkannya daripada terkena bola sewaktu latihan bola sepak di padang sekolah.
Sejak itu, pandangannya terhadap lelaki buaya bernama Khairul telah berubah. Perangai lelaki itu juga sudah berubah sedikit demi sedikit hasil nasihat Aisyah.
●●●
Namun...
Kehidupan tidak semuanya indah. Kedatangan Syafiq telah merubah hatinya. Telah mengubah rasa sayangnya untuk lelaki itu. Syafiq kawan baik Khairul telah datang menagih cintanya.
Sukar dia fikir untuk membuat keputusan. Tapi, permintaan Khairul telah membuka hatinya buat insan bernama Syafiq.
Dia rasa marah. Sakit hati dan segala-galanya. Khairul yang berjanji akan datang menyayanginya telah melepaskan segala janji itu kepada Syafiq. Aisyah terpaksa menerima memandangkan rasa marah kepada Khairul makin membuak-buak.
Walaupun tidak rela. Dia akan cuba untuk menyayangi seorang insan bernama Syafiq Haikal.
YOU ARE READING
Takdir Aisyah (Complete)
RomanceAisyah bermaksud kebebasan dan kebahagiaan. Namun, tak semua yang bernama Aisyah menemui kebebasan serta kebahagiaan yang diinginkan.