Syafiq menyandarkan badan ke seat kereta. Dia bernafas laju. Air mata lelaki jatuh. Ya! Setiap kali tangan lelaki kasar miliknya naik ke tubuh Aisyah, dia akan keluar untuk menangis. Di sinilah juga tempat yang selalu dia hamburkan tangisan saat kecewa pada diri sendiri.
Dia kasihankan Aisyah. Tapi, dia tidak mahu Aisyah tahu soal itu. Dia masih punya rasa sayang pada Aisyah. Bukanlah benci, sebaliknya kasihan. Kalau boleh dia nak Aisyah mintak diceraikan. Tapi, nampak gaya macam Aisyah tidak langsung ada niat begitu. Aisyah tetap setia dan tetap menganggap dia sebagai suami yang perlu dihormati.
Dia keliru. Keliru dalam membuat keputusan. Lisa juga sudah pulang. Apa lagi dia mahu? Dia kahwin dengan Aisyah dulu pun sebab ingin melupakan perasaan kekecewaan pada Lisa tanpa dia sangkan Lisa akan pulang dengan kesetiaan.
Dalam hal ini, dia yang bodoh! Tidak sabar! Walaupun dia tahu, Aisyah dan Khairul mempunyai hubungan istimewa, dia tetap nakkan wanita itu sekadar nak matikan kekecewaan selepas Lisa pergi. Kononnya nak menjaga, tapi dia sendiri hampakan wanita itu.
Telefon di dalam poket dicapai, nombor telefon Lisa didail.
"Hello!" Ceria Lisa menyambut. Hanya Lisa tempat dia menenangkan hati.
"I kat depan rumah you."
"Wah. Unexpected! Kejap I turun."
Setelah pintu pagar automatik dibuka, Syafiq memandu masuk ke dalam. Pintu kereta dibuka. Lisa sudahpun berada di hadapan pintu rumah sambil memberi senyuman pada Syafiq. Hilang sedikit rasa hati yang kusut apabila Syafiq melihat senyuman manis itu.
Syafiq duduk di meja batu berkerusi empat yang berada di laman rumah Lisa. Dia tidak sesekali masuk ke dalam kerana Lisa juga masih anak dara. Tak manis dilihat orang kalau berdua-duaan dalam rumah. Nanti timbul fitnah pula.
Lima minit kemudian, muncullah Lisa dengan sedulang air dan sedikit biskut. Senyuman dihadiahkan pada Syafiq. Lisa mengambil tempat duduk di hadapan Syafiq. "Kenapa datang tak cakap ni? Tiba-tiba dah terpacul depan gate, nasib I keja siang." Lisa membuka bicara.
Syafiq masih membisu, dia merenung ke arah bulan yang penuh. Terang cahayanya.
Lisa senyum. Dah biasa. Lagi-lagi nak dekat match, stress la tu. "Syafiq Haikal" nama penuh Syafiq diseru dan membuatkan dia terjongket bahu. Pandangan dibuang pula pada Lisa.
"Ye... apadia?" Syafiq yang macam baru tersedar dari tidur menyoal Lisa. Soalan itu membuatkan Lisa ketawa sendiri. Kepala digeleng lagi. "Syafiq... Syafiq..."
"I tanya, kenapa datang sini?" Lisa menyulang soalan. Syafiq mengukir senyuman memnyembunyikan keserabutan. "Cari you la! Rindu tahu tak? Call pun bukan nak angkat sangat!" Syafiq memuncungkan bibir. Saja nak manja-manja dengan Lisa. Lisa sekadar mencebik. Dalam hati suka! Suka bila Syafiq nampak selesa dengannya.
***
Selepas mengerjakan solat Isya, Aisyah turun ke dapur. Dia mengambil gelas dan dibawa ke hadapan peti sejuk. Air fresh orange yang berada di dalam jag dibawa keluar. Usai semuanya, dia ke arah tingkap, kereta Syafiq tiada. Sah la dia jumpa Lisa! Aisyah sekadar membiarkan. Dia pun dah lama kenal Lisa, Syafiq ada cerita juga. Katanya, Lisa adalah teman wanita yang dia kenal dari sekolah rendah. Aisyah pun tak tahu apa motif Syafiq beritahu. Mungkin nak kenalkan dengan bakal 'madu'. Siapa tahu?
Aisyah kembali naik ke bilik. Baru hendak menutup pintu bilik, telefon berdering minta diangkat. Dia berlari sedikit mendapatkan telefon itu.
Tertera nama Khairul. Dia berbelah bahagi. Nak angkat ka, tak nak. Amaran Syafiq sebentar tadi masih tengiang-ngiang. Tapi, Syafiq tak ada, biarlah dia bukan tahu pun. Akhirnya Aisyah menjawab panggilan itu.
"Hai Aisyah."
"Hai Khai."
"Rasa tak puas je jumpa tadi. Lain kali, kita jumpa lagi ye."
"Er... ha ah. Nanti kita jumpa lagi."
"Aisyah..." senyap seketika.
"Ye. Kenapa?" Aisyah mula tidak sedap hati.
"Saya nak tanya ni, awak jangan marah ye."
"Hmm. Ok let's see." Aisyah bergurau. Terdengar ketawa dari Khairul. Lamanya tak dengar ketawa tu. Hampir sahaja air mata nak jatuh. Tapi, cepat-cepat Aisyah tahan.
"Awak bahagia dengan hidup sekarang?"
Aisyah berjeda. Bahagia? Kalaulah dia bahagia. Tak payah la dia nak nangis hari-hari.
"Ha ah. Bahagia... kenapa?" Dada dicengkam. Bahu terketar menahan tangis. Dia tidak mahu Khairul perasan perubahan suara nanti.
"Alhamdulillah la kalau macam tu. Nampaknya, Syafiq tunaikan janji saya kat awak. Tak apa la. Nanti saya call balik ye. Saya nak keluar kejap. Bye. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam".
Aisyah menghamburkan tangisan. Sakit dadanya. Kalau la Khairul tahu janjinya dah diingkar oleh Syafiq. Pasti dia juga sedih.
YOU ARE READING
Takdir Aisyah (Complete)
RomanceAisyah bermaksud kebebasan dan kebahagiaan. Namun, tak semua yang bernama Aisyah menemui kebebasan serta kebahagiaan yang diinginkan.