"Kita dah tak boleh nak tunggu lagi dah Lisa. Saya tak sangka Syafiq khianat janji dia." Khairul menghamburkan amarah. Sememangnya dia tidak sanggup apabila mengetahui perkara yang sebenar. Patutlah dia rasa tak sedap hati. Rupanya memang ada yang tak kena.
"Sabar dulu Khai. Saya nak cakap dulu dengan Syafiq. Saya nak tengok reaksi dia. Saya nak tahu perasaan dia kat Aisyah. Pasal Syafiq, biar saya settlekan. Awak stop dulu contact Aisyah. Saya takut kalau Syafiq pukul dia lagi." Lisa menenangkan Khairul yang sudah naik marah dengan Syafiq.
Lisa masuk ke dalam kereta yang dipandu Syafiq. Beg tangan diletakkan ke riba. Lisa tidak langsung memandang ke arah Syafiq. Dia cuba mencari masa sesuai untuk bercakap.
Selepas kereta yang dipandu Syafiq melepasi lampu isyarat, Lisa mula bersuara. "I pergi rumah you semalam." Tenang riak wajah Lisa. Muka masih tidak beralih. Dia memandang kearah jalan raya dihadapan.
Syafiq gugup. Dia telan liur. Betul ke apa yang dia dengar? Betul ke Lisa pergi rumah dia. Maknanya, Lisa dah jumpa Aisyah la. Syafiq memberhentikan kereta di bahu jalan. Wajah Lisa ditatap. Tangan Lisa dicapai tapi cepat sahaja wanita itu menepis. "Stop Syafiq!" Syafiq melepaskannya. Sungguh dia rasa seperti tertangkap. Syafiq gelabah.
Lisa pandang wajah Syafiq lama. Cuba menyusun kata. "Kenapa tak cakap yang you dah kahwin?" Soalan pertama yang dia ajukan membuatkan Syafiq tertunduk kesal. Tiada jawapan. Hanya kesunyian malam.
"Kenapa you pukul Aisyah? Kenapa you kahwin dengan dia kalau you just layan dia macam tu? Kenapa you tak cakap yang you dah kahwin dengan girlfriend kawan baik you sendiri sedangkan you hanya layan dia macam tu? Please explain!" Tegas suara Lisa. Bertalu-talu soalan diajukan. Biar dia pula hamburkan rasa marah. Biar si Syafiq ni tahu sikit macam mana rasa kena marah. Selama ni hanya Aisyah ja yang kena marah, biar la kali ini Syafiq pula yang rasa macam mana rasanya.
Syafiq mengeluh. Nafas ditarik. Mungkin sudah masanya, dia perlu merungkaikan segalanya. Syafiq tunduk sambil bercakap. "You takkan faham apa yang I buat Lisa. I kesiankan Aisyah. I pun dah tak sanggup nak layan dia macam tu. I sedar yang I ni dayus. I pukul Aisyah sebab I nak dia mintak cerai. I nak buat dia rasa tak tahan hidup dengan I. Tapi, percayalah. Setiap kali I pukul dia, I yang rasa sakit. Sebab tu setiap kali I pukul dia, I akan datang cari you. I buat semua ni sebab I still love you. After you balik and kita jumpa dekat supermarket hari tu, I jadi menyesal sebab tak sabar tunggu you sedangkan you cakap yang you tak pernah lupakan I. I kahwin dengan Aisyah sebab I need someone yang macam you. Tapi, I tak boleh..." panjang lebar penerangan Syafiq. Kadang-kadang, air mata lelaki itu tumpah juga.
"Syafiq, lepaskan dia kalau you hanya nak buat dia sebagai tempat hinggap tangan you. Pulangkan dia dekat Khairul macam mana you ambik dia dari Khairul dulu. Kesiankan dia Syafiq. Dia terlalu baik untuk you layan macam ni. Jangan ikutkan sangat ego tu Syafiq. Dia takkan mintak dilepaskan walau macam mana you pukul dia sekalipun. Kalau you tu ada perasaan kemanusiaan, you lepaskan dia baik-baik." Lisa menggosok belakang Syafuq menenangkan lelaki itu. Dalam rasa kasihan pada Aisyah, dia juga kasihan pada Syafiq. Sebenrnya, semua yang jadi adalah gara-gara dia. Kalau dia tidak pergi tanpa berita, pasti Syafiq tidak berkahwin dengan Aisyah dan pasti Aisyah tidak merana macam ni.
Akhirnya, Lisa juga mengalirkan air mata. Malam itu, kereta Syafiq dijadikan tempat melepaskan perasaan kesal pada diri masing-masing buat Syafiq dan Lisa.
YOU ARE READING
Takdir Aisyah (Complete)
RomanceAisyah bermaksud kebebasan dan kebahagiaan. Namun, tak semua yang bernama Aisyah menemui kebebasan serta kebahagiaan yang diinginkan.