BAB 1

4.3K 105 1
                                    

"Aku terima nikahnya, Sarah Aisyah binti Muhammad dengan mas kahwin sebanyak satu ribu ringgit tunai."

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

"Alhamdulillah."

Sayup-sayup Aisyah mendengar ayat yang diluahkan dari mulut Syafiq Haikal. Tak tahu dia nak menangis atau nak gembira. Khairul yang berada di belakang Syafiq hanya tersenyum. Tapi, Aisyah tahu, itu bukan senyuman gembira. Tapi, sebaliknya. Mana ada orang yang sanggup pass bakal isteri kat orang lain. Hanya Khairul Azlan sahaja yang sanggup!

Tidak lama kemudian, susuk tubuh Syafiq yang berbaju melayu satin putih sudah berada di hadapannya. Manis senyuman Syafiq. Aisyah tunduk. Tak sanggup nak hadap muka Syafiq. Dia anggap Syafiq pun macam kawan sahaja. Macam mana pula nak hidup dengan orang yang kita anggap kawan? Pasti kekok!

Dulang segi empat yang dihiasi bunga-bunga dengan sebuah kotak baldu berwarna merah di tengahnya Aisyah pandang. Syafiq masih lagi senyum. Mungkin dia gembira kerana Aisyah sudah menjadi miliknya. Kotak itu dibuka perlahan. Sebentuk cincin yang bertatahkan batu permata berwarna merah jambu cair disarungkan pada jari Aisyah.

Saat ini Aisyah rasa macam nak menangis. Ya! Cincin itu adalah cincin yang dia beli bersama Khairul. Kata Khairul, cincin itu akan dia simpan untuk majlis akad nikah mereka. Namun, manusia hanya merancang. Yang menentukan hanyalah yang diatas.

Kini, Aisyah berpeluang menyarungkan cincin yang sama, tapi tidak dari lelaki yang sama. Khairul telah meminta supaya Syafiq menggunakan cincin itu sebagai cincin kahwinnya. Katanya, biarlah dia tak dapat Aisyah. Yang penting, dia dapat jari Aisyah.

Usai cincin disarungkan, tangan Syafiq dicium penuh rasa hormat. Aisyah cuba memberikan senyuman pertama yang paling ikhlas walaupun hati rasa macam dirobek-robek.

Khairul menghampiri pasangan yang bagai pinang dibelah dua itu sambil tersenyum. Dia terpaksa senyum plastik. Nanti apa pulak kata orang. Ni bukan majlis tahlil. Ni majlis akad nikah. Pastinya semua orang gembira.

"Tahniah Fiq, Aisyah. Aku mintak maaf, esok aku tak dapat nak datang majlis korang. Ada hal kat kampung nenek aku. Sorry la ye." Khairul beralasan. Bahu Syafiq ditepuk.

"Tak pe lah. Tak de rezeki. Nanti kita jumpa. Nanti kita keluar makan-nakan ke? Kan Aisyah?" Syafiq menarik perhatian Aisyah.

"Ha ah. Haah. Nanti kita keluar." Pendek jawapan Aisyah. Mata masih lagi memandang tepat pada Khairul. Aisyah tahu, Khairul tak ikhlas. Dari matanya sahaja, Aisyah sudah tahu apa yang ada dalam hati lelaki itu.

"Saya mintak maaf Aisyah." Cakap Khairul dalam hati. Dia berjalan ke arah kereta yang diparkir di luar pagar masjid. Pintu dibuka dan Syafiq memboloskan diri ke dalam kereta itu sambil memandu laju meninggalkan kawasan masjid.

Seminggu kemudian...

Syafiq memandu kereta memasuki kawsan perumahan rumah teres dua tingkat. Aisyah dibelakang dengan kereta berasingan. Mereka sudah pindah masuk ke sini setelah seminggu bercuti untuk menyelesaikan soal perkahwinan.

Enjin dimatikan. Syafiq keluar dari kereta dan menuju ke arah kereta Aisyah yang dipakirkan di sebelah keretanya. Bonet dibuka. Dua bagasi dikeluarkan. Pintu utama rumah dihampiri dengan tangan sebelah kanan mengheret bagasi Aisyah.

"Welcome to our home!" Syafiq menapak masuk ke dalam. Senyuman terukir. Tak sangka dia sudah punya isteri. Dan tak sangka juga rumah yang dia duduk seorang dulu sudah ada peneman.

Aisyah ikut sahaja langkah Syafiq. Malas bercakap banyak. Dia juga masih kekok dengan status yang sekarang ini.

Pintu bilik dibuka. Syafiq meletakkan kedua-dua bagasi Aisyah di tepi katil. "Aisyah, ni bilik kita. Yang sebelah tu bilik tamu. Kosong. Awak rehat la dulu. Saya nak keluar beli barang dapur. Senyuman dihadiahkan pada Aisyah.

Aisyah turun ke bawah selepas mandi dan berehat. Kata Syafiq nak beli barang dapur. Dah nak dekat pukul 10 malam pun tak balik-balik. Aisyah membawa kaki ke ruang tamu. Dia telan liur. Kalau dah laki tu memang macam ni ke? Meja kopi penuh dengan majalah sukan dan permainan video. Tak reti nak simpan!

Aisyah mengemas segalanya. Siap semuanya, dia naik semula ke atas. Katil dihampiri. Dia tertidur kepenatan.

Takdir Aisyah (Complete)Where stories live. Discover now