BAB 5

3.4K 105 5
                                    

Syafiq mundar mandir di hadapan rumah. Pertanyaan Lisa minggu lepas masih membuatkan dia tidak senang duduk. Apa jawapan yang harus dia beri? Rambut diserabutkan. Kereta Aisyah yang elok terparkir dipandang sayu.

Wanita yang cekal seperti Aisyah sahaja yang mampu melalui saat-saat didera suami yang dayus sepertinya. Kadang, Syafiq terfikir juga, kenapalah dia harus bersikap begini? Kenapa dia tidak boleh menunjukkan kasih sayangnya pada Aisyah? Sedangkan, dulu dia juga yang beria hendak memperisterikan wanita itu.

Kehadiran Lisa dengan kesetiaan telah membuatkan kepala Syafiq benar-benar kusut. Salah dia juga, tidak sabar. Syafiq mengeluh. Jam di tangan ditilik. Sudah menunjukkan ke angka 12 malam. Pasti Aisyah sudahpun tidur. Dia masuk ke dalam rumah.

Anak tangga dipanjat satu persatu, bilik Aisyah menjadi tujuan. Sekujur tubuh yang sedang lena tidur dihampiri. Tenang wajah itu. Walaupun tidak memasang lampu, Syafiq dapat melihat wajah Aisyah dengan jelas dengan cahaya bulan yang menembusi tingkap bilik. Kebiasaannya, Aisyah hanya menurunkan sebelah tirai sahaja. Sebelah lagi dibiarkan.

Rambut yang sedikit menutupi dahi diselak ke belakang. Dahi Aisyah, Syafiq cium lembut. Senyuman terukir. Waktu begini la baru boleh tengok muka tenang Aisyah pun. Kalau tidak, asyik tengok muka mayat sahaja. Pucat dan takut!

"Abang mintak maaf Aisyah. Aisyah terlalu baik untuk abang. Abang tak sanggup lagi tengok Aisyah kena pukul walaupun hakikatnya, abang terpaksa. Tolong la kuat Aisyah. Luahkan apa yang ada dalam hati. Abang tak sanggup nak sebut kata 'cerai'. Abang harap sangat Aisyah dapat memintanya dari abang supaya abang boleh lepaskan Aisyah dengan tenang." Hati Syafiq berbisik. Air mata menitis sedikit.

Tangan Aisyah yang mempunyai kesan lebam disentuh perlahan. Kesan tu pun angkara dia juga. Semalam, dia pukul Aisyah sebab balik kerja lewat.

Kadang-kadang Syafiq pun keliru, dia manusia atau binatang. Waktu memukul tidak pula sedar. Bila dah ada kesan-kesan macam ni baru la nak kasihan. Memang setan kau Syafiq!

Aisyah turun bawah dengan kelam kabut. Dia sudah terlewat sediakan makanan pada Syafiq. Dia bangun lewat tadi. Habislah lepasni kena pukul lagi. Sewaktu terkocoh-kocoh menyediakan sarapan, dia perasan yang rumah agak sunyi. Selalunya, kalau ada Syafiq, bunyi lagu dari bilik lelaki itu akan kedengaran. Aisyah hairan.

Kaki dibawa ke arah bilik Syafiq. Teragak-agak tombol dipulas. Buka sahaja pintu, kosong! Kelibat Syafiq sudah tiada. Takkan dah pergi latihan kot? Aisyah kembali bawa kaki ke bawah. Tingkap diintai. Kereta Syafiq juga tiada. Maknanya, Syafiq sudah berangkat. Dia melepaskan keluhan. Lega!

Kalau tahu Syafiq dah pergi, tak la dia sibuk-sibuk buat sarapan.

Syafiq pun satu, tak pernah nak cakap. Buat Aisyah macam tunggul batu saja!

Kadang-kadang, Aisyah hairan dia ada suami atau tak ada.

Takdir Aisyah (Complete)Where stories live. Discover now