BAB 6

3.5K 104 1
                                    

Selepas selesai menjalani latihan di padang, Khairul sengaja tidak pulang dahulu. Dia berniat untuk meluangkan sedikit masa bersama 'sahabat' yang sudah hampir 5 bulan menyepi. Yalah, orang sudah ada isteri kat rumah. Nak apa lagi? Mesti dah bahagia. Tah-tah, dah nak dapat baby pun! Dia berjalan keluar dari bilik persalinan baju.

"Fiq!" Syafiq menghentikan langkah apabila terdengar namanya dipanggil. Dia pandang belakang. Susuk tubuh Khairul sudah berada tepat dibelakang. "Khai! Lama tak borak. Sorry eh. Busy la." Senyuman diukir.

Mereka berborak di kedai makan berhampiran padang. Lama tidak berjumpa, sudah tentu banyak cerita nak diborak. Khairul takut juga nak menyatakan hasratnya. Tapi, kalau tak cakap, rugi lah. Dah ada depan mata ni! Dia tengok Syafiq sedang asyik minum air teh ais yang berada di hadapannya.

Khairul berhati-hati berkata. "Fiq... kalau aku nak jumpa Aisyah, kau kasi tak?"

Tersedak Syafiq. Tisu yang berada di dalam kotak plastik berwarna merah ditarik satu dan dilap hidung yang sudah berair. Tak sangka Khairul akan mengeluarkan topik berkaitan Aisyah.

"Eh...eh! Kau ok tak. Amboi! Sampai tersedak!" Khairul tersenyum dan menggeleng perlahan kepalanya.

Syafiq tersenyum kecil. Hati sudah tak keruan. "Dah kenapa pulak mamat ni nak jumpa Aisyah?" Dia kemudiannya menyambung semula minum air.

"Boleh je. Anytime for you bro! Kita kan dah macam family. Kau jugak yang kasi Aisyah kat aku kan." Syafiq berselindung dalam api cemburu yang sedang membara. Ya! Walaupun dia selalu melayan Aisyah dengan kasar, dia tetap cemburu apabila wanita itu keluar dengan lelaki lain. Tapi, kes Khairul ni lain sikit! Takkan la dia tak kasi Aisyah jumpa Khairul? Kang tak pasal-pasal kantoi.

"Betul ni? Alhamdulillah. Thanks la Fiq. Aku ingat aku tak boleh jumpa dia terus dah lepas kau dapat dia. Ye la, kot-kot kau tambat kaki dia kat katil." Tawa mereka pecah. Tapi, tawa Syafiq tidak ikhlas. Dalam kepala dia masih ligat memikirkan keizinan yang dia berikan kepada Khairul sebentar tadi.

***

Aisyah masuk ke dalam rumah sambil tersenyum. Gembira dapat berjumpa 'bekas teman lelaki'. Bukanlah nak menggatal. Tapi, sekadar melepaskan rindu pada 'kawan'. Kaki baru sahaja melangkah ke tangga. Tiba-tiba suara Syafiq yang sedikit dingin kedengaran. Aisyah berhenti melangkah. Lutut bergegar menahan takut. Takut dipukul lagi.

"Kau pergi mana perempuan! Dah malam baru nak balik? Ke dah lupa jalan nak balik rumah?" Syafiq bercekak pinggang sambil menghampiri Aisyah yang berdiri terpacak di tangga.

Dengan rasa takut yang belum pun reda, Aisyah cuba berterus terang. "Sa...saya jumpa Khai. Dia cakap awak ka...kasi dia jumpa saya." Aisyah tunduk. Tak sanggup tengok muka baran Syafiq yang seakan mahu meletus bila-bila sahaja.

Syafiq hilang sabar. Dengar ja nama Khairul, dia terus melulu ke arah Aisyah. Tudung yang tersarung direntap kasar. "Hoi! Kau ni kenapa bodoh sangat! Aku izinkan dia jumpa kau, tak bermakna aku izinkan kau jumpa dia! Kau faham?" Mulut Aisyah dicengkam sehingga dia rasa mulut tak boleh bergerak. "Dah la tak minta izin! Kau dah pandai sekarang ni kan? Aku diam sikit, kau naik kepala. Kau nak aku kurung kau dalam bilik tu?" Kali ini rambut Aisyah pula menjadi mangsa Syafiq. Ditarik kasar rambut Aisyah sehingga terdongak ke belakang.

Air mata Aisyah sudah mengalir laju. Bukan lagi sakit, tapi banyak kepada sedih. Nak kata sakit? Dah sebati! Selama hampir lima bulan berkahwin, hanya sebulan dia dilayan baik. Selebihnya, sepak terajang yang dia dapat. Apa boleh buat, Syafiq tetap suami.

"Menangis? Itu je la yang kau tahu! Dah! pergi naik! Meluat betul tengok muka kau!" Sebelum Aisyah menunduk untuk mengambil tudung, Syafiq menambah lagi. "Mulai dari hari ni, kau tak boleh jumpa Khai lagi. Aku tak izinkan. Pandai-pandai kau la macam mana nak elak dari jumpa dia. Tapi, kau jangan nak libatkan nama aku. Kalau tak? Siap kau!" Jari telunjuk dihalakan tepat pada wajah Aisyah.

Aisyah hanya mengangguk perlahan. Dia kembali mengatur langkah ke bilik. Nasib baik la Syafiq hanya menarik rambut dan mencengkam mulut. Kalau tak, mesti akan ada soalan lagi dari Mastura esok. Mana tak nya, asyik pecah ja mulut. Baru nak lega, kena tampar. Baru nak lega, kena tampar. Lama-lama, pipi dia pun boleh besar sebelah.

Syafiq kunci rumah. Dia masuk dalam kereta. Enjin dihidupkan dan dia memandu keluar dari pagar. Sampai sahaja jauh sikit dari kawasan perumahan itu, dia memberhentikan kereta.


Takdir Aisyah (Complete)Where stories live. Discover now