BAB 15

6.7K 151 12
                                    

Beberapa bulan kemudian...

Syafiq berjalan di belakang Aisyah melalui koridor pejabat agama. Masing-masing memakai baju melayu berona hitam pekat. Aisyah ditemani Lisa yang berjalan disebelahnya. Nampak sedikit ceria muka Aisyah. Mungkin dia tenang setelah apa yang diimpikan akhirnya menjadi kenyataan. Akhirnya, dia dan Syafiq sudah tidak ada lagi hubungan yang mengikat mereka untuk bersama. Syafiq juga sudah sedar akan perbuatannya yang melampaui batas itu dan telah meminta maaf dari Aisyah. Syafiq sedia mengembalikan Aisyah kepada Khairul.

Syafiq berjalan ke arah Khairul. Kini, mereka sudah berada bertentangan antara satu sama lain. Syafiq senyum kesal. "Khai, aku minta maaf. Aku tak pandai nak jaga Aisyah. Aku mungkirkan janji kau kat dia. Aku dayus. Dah macam-macam aku buat dia. Tapi, mulai saat ini. Aku pulangkan dia kat kau. Aku pulangkan dia macam mana aku dah ambik dia dari kau dulu. Jangan risau, aku belum pun sentuh dia. Aku harap kau boleh maafkan aku." Syafiq sudah berkira-kira hendak melangkah pergi apabila dia merasakan bahawa Khairul memegang bahunya.

"Terima kasih sebab pulangkan Aisyah. Macam mana pun jadi. Kau tetap kawan aku. Jangan berhenti jadi kawan aku Fiq." Khairul senyum. Ya. Walau macam mana buruk pun perangai Syafiq, mereka tetap berkawan. Khairul sedia memaafkan. Sememangnya setiap orang melakukan kesilapan.

"Aku minta diri dulu, nanti kita jumpa lagi." Khairul mintak diri. Dia mengangguk ke arah Aisyah sebelum Aisyah berjalan ke arahnya. Mereka beriringan pergi meninggalkan Syafiq dan Lisa.

Lisa mendekati Syafiq. Bahu lelaki itu dipegang. Syafiq berpaling. Lisa senyum. "Rasa tenang?" Lisa bertanya. Syafiq hanya mengangguk dan memberikan senyuman yang ikhlas.

Mereka berdua berjalan beriringan ke arah kereta yang diparkirkan di tempat letak kereta.

Dua tahun kemudian...

Aisyah berjalan sepanjang pantai. Dia melabuhkan punggung di atas kayu yang terdampar di tepi pantai. Dia membuang pandangan ke arah air laut yang membiru. Hembusan angin yang meniup selendangnya dibiarkan. Sungguh sempurna hidupnya saat ini. Dia bersyukur dikurniakan suami yang sangat memahami.

"Sorang ke? Tak nak saya teman?" Suara seseorang yang menegur dari belakang membuatkan Aisyah berpaling. Kenal sangat suara itu.

Syafiq sedang memandangnya sambil tersenyum. Aisyah ketawa. Tak sangaka pula Syafiq datang sini carinya. Tadi, dia tinggalkan hotel sebab nak hirup udara segar, rupanya ada yang nak join jugak. "Duduk la." Aisyah pelawa Syafiq.

"Awak masih ingat semua perbuatan saya dulu?" Syafiq bercakap sambil mata masih memandang ke arah laut. Begitu juga Aisyah. Tidak langsung mereka memandang ke arah lain.

Dengan senyuman, Aisyah bersuara. "Saya dah lupakan semuanya. Saya dah maafkan awak. Saya tahu niat awak. Tapi, ego dah kaburkan mata awak kan? Tak pe la. Kita dah bahagia pun."

"Ehem... ehem. Amboi tak ajak noh." Khairul dan Lisa sudah berdiri di belakang Aisyah dan Syafiq. Lisa sedang menggendong bayi perempuan. Mereka ketawa. Lupa pulak Syafiq dan Aisyah yang Lisa dan Khairul pun turut menyertai percutian kali ini.

"Amboi Fiq! Date dengan bini aku nampak. Kau tinggal anak bini kau kat bilik hotel ye." Khairul bercekak pinggang. Sengaja nak meriuhkan suasana. Akhirnya mereka semua ketawa. Percutian mereka kali ini lengkap sepenuhnya. Ada Lisa, Syafiq, dan juga bayi mereka.

Syafiq dan Lisa sudah pun berkahwin dan mempunyai seorang bayi perempuan berusia empat bulan. Mereka berhubungan yang baik dengan Khairul dan Aisyah. Sejujurnya, Aisyah sangat berterima kasih dengan Lisa. Kalau tidak kerana dia, pasti sampai sekarang Aisyah masih dibawah cengkaman Syafiq. Bagi Aisyah, Lisa adalah penyelamatnya.

Aisyah berjalan berpegangan tangan dengan Khairul. Pemandangan matahari terbenam itu membuatkannya sedikit teruja. "Tak sangka jodoh kita kuat kan Aisyah?" Khairul memegang pipi Aisyah. Ya! Dia impikan semua ini. Dia impikan Aisyah jadi miliknya selamanya. Dan, semua yang diimpikan nampaknya sudah menjadi kenyataan. Akhirnya, mereka dapat mengecapi bahagia bersama.

Mungkin sudah tertulis begini pengakhiran daripada penderitaan seorang wanita bernama Aisyah. Inilah... Takdir Aisyah...

Tamat...

15 march 2018

Takdir Aisyah (Complete)Where stories live. Discover now