Seperti hari-hari yang biasa, Aisyah bangun dan bersiap untuk kerja. Dia dan Syafiq tidak lagi berkongsi bilik. Senang la sikit kalau dia nak buat kerja. Tak la nanti asyik kena mengadap muka Syafiq ja. Tudung bawal dipakaikan dan dikemaskan. Setelah berpuas hati, Aisyah turun ke dapur untuk menyiapkan sarapan.
Selesai memasak nasi goreng dan membancuh sejag air teh, Aisyah meletakkanya di atas meja lalu ditutup dengan tudung saji. Dia akan tinggal sahaja makanan itu. Nanti bila Syafiq bangun, pandai-pandai la. Takkan tak reti lagi kot. Tunggu nak suap ja!
Pintu rumah dibuka. Kasut bertumit tiga inci disarung dan Aisyah memboloskan diri ke dalam perut kereta MyVi kesayangannya. Beberapa minit kemudian, kereta itu melucur laju keluar dari pintu pagar.
Tanpa sedar, ada sepasang mata sedang memerhati Aisyah dari arah tingkap bilik atas. Syafiq sedang curi-curi tengok Aisyah yang berlalu keluar dari rumah. Dia sudah tiada latihan memandangkan sudah hujung tahun. Selalunya, apabila tiba hujung tahun, para pemain akan bercuti kerana musim sudahpun tamat. Mereka perlu pula bersedia untuk musim depan. Syafiq sebenarnya tidak mahu bersua muka dengan Aisyah. Dia takut, akan menyakiti wanita itu dengan tangan dayusnya. Setiap kali melihat Aisyah, hati jadi sebak. Tapi, waktu pukul tak pula rasa kasihan. Entah perasaan apa yang menghasut dirinya.
Hari ini mungkin dia akan dapat tengok wajah bersih Aisyah buat kali terakhir sebelum dia berangkat ke Thailand, Bali dan beberapa tempat lagi untuk bercuti bersama Lisa. Biar lah Aisyah tenang sedikit tanpa ada dia dirumah. Biar Aisyah bahagia seketika tanpa perlu menghadap sepak terajangnya. Satu keluhan berat diluahkan. Syafiq melangkah ke arah rak penyangkut lalu diambil tuala dan disangkutkan ke bahu. Dia berjalan ke arah bilik air yang memang tersedia di dalam biliknya itu.
Tudung saji dibuka. Syafiq tersenyum. Aisyah tak pernah menghampakan! Nasi goreng ikan masin kesukaan Syafiq pasti ada bawah tudung saji setiap kali dia cuti. Kalau hari dia ada latihan, dia tidak boleh makan yang berat. Aisyah selalu membekalkan roti sahaja.
Juadah yang berada di hadapan dijamah dengan berselera sekali. Usai makan, Syafiq ke arah sinki. Pinggan dan cawan yang digunakan sebentar tadi dicuci dan diletakkan ke atas rak.
Syafiq naik semula ke atas. Semasa melalui bilik Aisyah, dia terhenti. Kaki terasa ringan sahaja suruh masuk. Syafiq menghampiri pintu bilik Aisyah. Tombol sudah dipegang kejap tunggu masa sahaja nak pulas. Mata dipejamkan sebelum dia terbaukan wangian Aisyah yang dia bau sejak dari zaman sekolah sukan lagi. Sungguh dia rindukan. Tapi, disebabkan ego, semua itu tidak dihiraukan walaupun hati sudah bergegar kencang.
Dia menapak masuk. Katil saiz queen yang dibaluti cadar biru laut itu dihampiri. Di sisi katil ada meja kecil yang dilengkapi laci untuk menyimpan barang. Syafiq melabuhkan punggung di atas katil itu. Kemudian, dia baring. Mata memandang siling. Bantal peluk diambil dan dipeluk erat. Terasa macam peluk Aisyah. Bau wangian Aisyah bersatu dengan barang-barang yang ada dalam biliknya.
Mata Syafiq jadi kuyu dan dia sudah tertidur dengan mendakap bantal milik Aisyah.
"Aisyah! Tolong abang! Aisyah!" Syafiq berlari sepanjang sungai yang besar. Air berombak. Aisyah di seberang sana dilihat masih tiada riak. Malah, Aisyah sedang tersenyum sambil menikmati udara yang nyaman. Sedangkan, Syafiq sudah ketakutan. Belakangnya hanya nampak kelam. Tepi pula ada pokok-pokok yang tebal. Mungkin juga ada harimau!
Syafiq terus-terusan memanggil Aisyah setelah dia sedar Aisyah sudah berkira hendak bangun dari kerusi kayu yang dia duduk. Dia takut Aisyah pergi meninggalkannya tanpa sempat menolong.
Syafiq masih berjalan sepanjang tanah yang agak lembut. Sampai sahaja di sebuah pokok, kakinya tenggelam dalam selut. Dia berpaut pada pokok. Nama Aisyah terus-terusan dipanggil. Dan, tiba-tiba Syafiq rasakan ada seseorang yang menarik tangannya. Kepala diangkat, "Aisyah?" Dalam samar-samar, dia lihat tangan wanita yang memegangnya adalah Aisyah kerana dia cam cincin di jari wanita itu.
Dapat Syafiq rasakan kekuatan tarikan. Makin ditarik, bukannya makin naik, tapi sebaliknya. Makin Aisyah tarik, dia rasa tubuhnya sudah makin tenggelam. Syafiq takut. Dia memegang kuat tangan Aisyah.
Tiba-tiba dia rasakan sudah tiada tarikan pada tangannya. Hanyalah pegangan yang sedikit demi sedikit dilonggarkan. Kepala diangkatkan. Syafiq terkejut! Dia lihat Khairul sedang berdiri di sebelah Aisyah. Khairul dan Aisyah berpandangan sesama sendiri sebelum anggukan dari Khairul membuatkan Aisyah melepaskan pegangan.
Nama Aisyah dipanggil lagi. Tapi usaha Syafiq sia-sia. Aisyah langsung tidak berpaling padanya. Malah, Khairul memegang tangan Aisyah sambil melangkah menjauhinya. Semakin lama, semakin Syafiq rasa kakinya ditelan tanah. Dia takut. Dan tiba-tiba...
YOU ARE READING
Takdir Aisyah (Complete)
RomanceAisyah bermaksud kebebasan dan kebahagiaan. Namun, tak semua yang bernama Aisyah menemui kebebasan serta kebahagiaan yang diinginkan.