BAB 13

3.8K 121 0
                                    

Aisyah buka kunci pada pintu. Sudah lama dia perasan ada yang datang. Banyak kali pintu rumah diketuk. Loceng pun banyak kali berbunyi. Senyuman Aisyah mengendur apabila figura seorang wanita berbaju ungu sedang berdiri betul-betul di hadapannya.

Aisyah menutup kembali pintu. Namun sia-sia kerana wanita itu lebih cepat bertindak untuk menghalangnya daripada menutup pintu. "Nanti! Aisyah, we need to talk." Lisa menahan pintu dengan kuat. Mungkin ini sahaja harapan yang dia ada untuk bercakap empat mata dengan Aisyah.

"Awak nak apa?" Aisyah menyoal. Muka sudah berubah. Dia kenal sangat perempuan yang selalu Syafiq luangkan masa bersama itu. Perempuan yang diperkenalkan oleh Syafiq sebagai teman wanitanya dahulu.

"Saya nak cakap pasal awak, pasal saya, pasal Syafiq, Khairul... Please Aisyah. Penting." Lisa masih cuba untuk berunding. Apa yang diminta oleh Khairul tadi benar-benar membuatkan dia rasa bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

Dengar sahaja nama Khairul dibabit sekali, Aisyah jadi lemah. Keluhan dilepaskan. Pintu dibuka luas. Dia terpaksa senyum. Lisa dijemput masuk ke dalam.

Aisyah meletakkan dua mug berisi air nescafe di atas meja dapur. Kata Lisa, dia lebih selesa jika bersembang di situ. Aisyah ikutkan sahaja. Malas mahu menyoal banyak. Yang dia nak tahu, apa tujuan Lisa ke sini.

"Aisyah, saya datang sini sebab Khairul." Sepotong ayat yang dituturkan oleh Lisa membuatkan air mata Aisyah jatuh. Entah kenapa, dia jadi lemah sekarang. Tidak seperti selalu. Mungkin juga kesan daripada pukulan siang tadi. Air mata senang ja mengalir.

"Aisyah, kenapa awak nangis ni." Lisa kalut. Dia cuba mendapatkan tangan Aisyah tapi cepat-cepat Aisyah tarik. Lisa hairan. Dia nampak muka Aisyah yang seperti kesakitan apabila tangannya menyentuh tangan Aisyah.

"Aisyah..." Lisa cuba memujuk. Dia biarkan Aisyah habis menangis sebelum meneruskan kata-kata yang dia rasa akan membuatkan dapur Aisyah banjir kejap lagi.

"Lisa, kalau awak nak Syafiq, ambik la. Tapi, tolong la suruh dia lepaskan saya. Saya dah tak sanggup hidup dengan dia. Saya tak berani nak mintak dia lepaskan saya." Lirih suara Aisah menuturkannya.

Lisa hairan. Dah kenapa pula dengan Aisyah ni. "Awak ok tak Aisyah. Awak ada sorok sesuatu kan." Tangan baju Aisyah diselak kuat oleh Lisa. Terbuntang biji mata wanita itu melihat kesan lebam yang berbekas ditangan Aisyah. Biru semuanya. Lisa tenung lama. Betul lah apa yang Khairul bimbangkan sudah terjadi. Nasib baik Khairul ada meluahkan rasa bimbangnya petang tadi, kalau tidak, lagi lama la Aisyah dijadikan tempat Syafiq menghamburkan rasa marah.

"Ye Lisa. Syafiq pukul saya. Saya tak sanggup lagi dah. Saya dah tak tahan. Tapi... apa yang saya boleh buat? Dia still suami. Saya tak tahu nak buat apa dah. Lisa..." Tangan Lisa digenggam minta kekuatan. Setelah lama mereka merungkaikan apa yang berlaku, akhirnya Aisyah membuka semua ceritanya membuatkan Lisa sebak.

"...Lisa, awak ambik la Syafiq tu. Saya harap sangat awak boleh bahagiakan dia." Aisyah menutur dengan tenang.

Lisa meneruskan kata-kata. "Saya nak tanya awak something ni. Tapi, please jawab dengan jujur. Boleh?" Aisyah angkat muka. Wajah Lisa dipandang sayu.

"Awak still sayangkan Khairul?" Lisa melepaskan pegangan pada tangan kiri Aisyah. Dia merenung dalam wajah wanita itu.

Keluhan dihembus berat. "Ye Lisa. Saya still sayangkan Khairul. Saya kahwin dengan Syafiq pun sebab dia yang mintak. Awak tahu kan? Dan kalau ditakdirkan saya boleh pilih antara Syafiq dan Khairul, saya akan pilih dia. Bukan la Syafiq. Saya tak pernah ada rasa cinta pada Syafiq walau sebesar kuman." Luah Aisyah jujur dari hati. Dia rasa ringan beban yang ditanggung atas bahu saat semua yang terbuku dihati dilepaskan.

Lisa senyum.

"Tak pe Aisyah. Awak sabar sikit. Saya akan tolong awak keluar dari neraka dunia ni." Mata Lisa melilaukan disemua ruang dalam rumah ini. "Saya nak tolong awak keluar dari hidup Syafiq bukan sebab saya ni nakkan dia tau. Tapi, saya kesiankan awak. Kami dulu kawan baik Aisyah. Saya kesiankan awak. Kesiankan Khairul... awak sabar dulu. Dah tak lama dah. Saya akan pulangkan awak kat Khairul." Lisa peluk Aisyah. Pinjamkan bahu untuk wanita itu.

Takdir Aisyah (Complete)Where stories live. Discover now