BAB 9

3.5K 101 0
                                    

Tiba-tiba...
Semuanya kelam.

Bunyi deringan telefon bimbit membuatkan Syafiq terjaga dari tidur. Berkali-kali telefon itu berdering minta diangkat. Syafiq bangun bersila di atas katil. Muka yang kusut diraup ke belakang beberapa kali. Telefon dilekapkan pada telinga.

"Hello?" Suara Lisa kedengaran dari hujung corong telefon.

"Lisa. Kenapa call ni?" Syafiq bangun dan membawa kaki keluar dari bilik Aisyah.

"Cakap nak ambik I. Dah lama tunggu ni. You kat mana? Ke you tidur?"

"Alamak! I terlupa. Ha ah, I tidur kejap. Terlelap je. Ok la. You tunggu kejap, dalam 20minit lagi I sampai."

"Ok. Tak payah rushing sangat. Take your time. I tunggu. Ok bye."

Talian dimatikan oleh Lisa.

Syafiq masuk ke biliknya. Dia duduk di birai katil. Mimpi yang menghantui dirinya masih dalam ingatan. Apakah maksudnya? Dia takut kalau mimpi itu adalah petanda yang tidak baik. Berdosakah dia? Berdosakah dia membiarkan janji yang dikirim Khairul dikhianati. "Aisyah..." nama wanita yang dia kasihan disebut perlahan.

"You ok tak ni? Nanpak macam serabut je." Lisa bertanya apabila nampak wajah Syafiq seperti ada sesuatu yang tidak kena. Tak seperti sebelum-sebelum ini. Lisa tengok, Syafiq masih duduk di hadapannya tanpa riak.

Meja ditampar sedikit hingga mengeluarkan bunyi.

Pap!

"You! kenapa? Ada apa?" Gelabah lelaki itu. Terkejut apabila terdengar bunyi yang kuat. Sejujurnya, dia sedang memikirkan mimpi tadi. Masih lagi mahu mencari kemungkinan disebalik mimpi tadi.

"Tak... tak de la. I just penat sikit je." Syafiq berdalih.

"Kenapa tak cakap? Kalau tak, I pun tak ajak you keluar." Lisa menambah lagi. Sebenarnya, dalam hati, Lisa dapat rasakan ada sesuatu yang Syafiq sembunyikan. Tapi, dia masih tidak tahu.

"Sa, jom I hantar you balik. I rasa tak sihat la. I nak rehat kejap sebelum kita bertolak esok. You ok?" Mata Lisa dipandang mohon faham.

Lisa angguk tanda faham. Dia pun bukanla kejam sangat. Tak la sampai nak dera Syafiq suruh melekap ja. Dia bukan macam watak antagonis dalam drama petang-petang tu! Dia lebih memahami.

"You kalau tak sihat ke apa, call I cepat tau." Pesanan Lisa buat Syafiq senyum. Dia tahu, Lisa sememangnya sayang padanya.

"Ok. I nak balik rest. You dah siap packing?" Usikkan sengaja dirambah untuk menceriakan suasana.

Lisa ketawa. "Dah siap! Excited tau!" Kemudian, Lisa masuk ke dalam.


Syafiq melilaukan pandangan ke arah rumah. Kereta Aisyah masih belum ada. Ya la baru pukul 5 petang. Orang kerja office pun baru nak angkat punggung dari kerusi. Selalunya, pukul 6 petang adalah kelibat Aisyah. Tempat kerja tidak la jauh sangat. Tapi, keadaan jalan yang jammed pada waktu puncak menyukarkan sesiapa sahaja sampai awal ke rumah.

Syafiq masuk ke dalam. Dia terus ke dapur. Entah kenapa dia rasa hendak masak sesuatu. Nak bagi Aisyah rasa air tangannya buat kali pertama dan mungkin juga kali terakhir sebelum dia berangkat untuk bercuti.

Peti sejuk dibuka. Barang-barang untuk memasak spaghetti dikeluarkan. Syafiq memulakan dengan memotong tomato dan bawang besar dengan potongan dadu. Selepas itu, dia menumis bahan-bahan seperi bawang dan teruskan dengan memasak. Siap memasak, dia naik ke bilik untuk mandi. Baju ditanggalkan dan dimasukkan ke dalam bakul. Bakul itu akan Aisyah ambik apabila dia mencuci baju esok.

Aisyah masuk ke dalam rumah. Bau yang menusuk ke dalm hidung membuagkan dia hairan. Beg diletakkan di sofa. Kaki dilangkah ke arah dapur. Terkejut Aisyah melihat kuali yang diisi dengan kuah spaghetti. Pasti Syafiq yang masak. Dia naik ke bilik. Bagus juga kalau Syafiq masak, tak payah la dia nak masak dah. Aisyah memanjat tangga dengan penuh gembira.

Takdir Aisyah (Complete)Where stories live. Discover now