Sebulan kemudian...
Khairul duduk di kerusi sebuah kafe yang terdapat di pusat beli belah. Dia ingin menikmati minuman setelah penat berjalan-jalan. Malam ini ada match pulak. Sebenarnya, dia perlukan rehat yang cukup untuk perlawanan. Namun, entah kenapa dia rasa hendak keluar berjalan. Khairul turutkan sahaja kata hati.
Lisa keluar dari butik pakaian. Terasa tekak kering. Dia mencari kedai yang menjual minuman. Kaki dibawa ke arah kafe yang berada tidak jauh di hadapan. Langkah sahaja masuk, dia terus menuju ke arah meja yang dihuni seorang lelaki. Rasanya macam kenal. Lisa melajukan langkahnya.
"Khai?" Lisa menegur lelaki itu. Patutla macam kenal.
Khairul mengangkat kepala apabila mendengar namanya dipanggil seseorang. Dengar suara macam perempuan. Senyuman dihadiahkan. Memang benar perempuan!
"Eh Lisa. Duduk la." Khairul mempelawa Lisa duduk menyertainya.
Mereka mula berborak panjang.
"Lama tak jumpa kau Khai." Lisa mula bersuara. Memang tidak dinafikan, mereka bertiga dulu agak rapat. Itu pun kerana dia dan Syafiq adalah pasangan. Khairul ada juga selalu keluar dengan mereka kalau diajak.
"Lama jugak la. Kau macam mana cerita. Dengarnya pergi study overseas. Lama tau si Syafiq tu meroyan." Ketawa mereka kedengaran.
"Alah. Aku pergi kejap je. Sekarang ni dah balik. Boleh sambung la. Eh. Kau dengan Aisyah macam mana? Korang dah kahwin ke belum? Aku tak sabar nak jumpa dia." Lisa menghirup air kopi di cawan. Mata masih memandang dalam air itu.
Khairul garu kepala. Kepala ligat memikir sesuatu. Kenapa perlu soal Aisyah dijadikan tajuk perbincangan. Akhirnya, Khairul terpaksa.
"Belum..." sepatah jawapan sahaja.
Lisa ketawa.
"Jangan tunggu lama-lama tau. Nanti orang lain masuk line." Lisa masih menyakat. Dia ketawa lagi
"Tak pe la Lisa, aku redha je."
"Maksud kau?" Lisa jadi sangsi. Kenapa Khairul macam tak nak sangat cakap pasal Aisyah. Bukan kah mereka berdua ada hubungan special.
"Eh jap. Khai, kau dengan Aisyah okay ke tak?" Dengan kebuntuan yang masih menyerbu kepala, Lisa menyoal.
Khairul diam menyepi. Lama dia membiarkan soalan Lisa tidak dijawab. Dengan batukkan kecil, barulah dia punya kekuatan.
"Aisyah dah kahwin."
Lisa mengangkat muka. Wajahnya nampak macam tertanya-tanya. Mata dibulatkan.
"What? Dengan siapa? Aku macam tak percaya ja. Korang gaduh ke? Ke, kau yang cari masalah?" Bertubi-tubi soalan diajukan. Khairul pun sudah tidak tahu nak menjawab yang mana.
"Satu-satu la tanya. Kau ni." Khairul ketawa. Cuba menghalau rasa sakitnya yang dia pendam lama buat Aisyah.
"Ok. Ok. Kau cerita dari A sampai Z."
"Macam ni. Aisyah dah kahwin dengan Syafiq. Aku yang kasi. Rela." Tenang Khairul menutur.
Lisa kerut dahi. "Syafiq mana?"
"Syafiq Haikal." Khairul menggeleng kepala. Sah la dia ni tak tahu.
"What? Syafiq? Dia tak cakap apa pun kat aku. Since aku balik sini, selalu ja aku jumpa dia. Kitaorang baru balik holiday. Pun dia tak cakap. Kau biar betul Khai? Lisa terkejut beruk dengar kenyataan Khairul.
"Betul... eh jap. Kau cakap, kau holiday dengan dia. Dia tak pernah cakap ke dia dah kahwin?"
"Tak. Dia siap janji nak kahwin dengan aku lagi." Lisa tayang muka tak bersalah. Memang dia tidak tahu apa-apa.
"Lisa... kau kena tolong aku." Khairul genggam penumbuk.
"Aisyah! Kau tak dengar ke aku panggil!" Nafas Syafiq berombak menahan marah. Dah la malam ni ada match. Si Aisyah ni pulak buat perangai. Memang tempah tapak kaki la. Syafiq panjat tangga. Bilik Aisyah dia masuk. Tiada! Mana pulak pergi perempuan ni. Kereta ada kat luar. Keluar tak cakap.
Tiba-tiba, Syafiq dengar pintu rumah dibuka. Dia cepat-cepat turun. Aisyah yang sedang berjalan ke arah tangga diperhati lama. "Kau pergi mana?"
Aisyah mengunci pandangan pada Syafiq. Dia berhenti. Lidah jadi kelu untuk bersuara. Sesungguhnya, dia takut. "Sa...saya pergi meeting."
"Kau pergi dengan jantan mana?" Syafiq mendekati Aisyah.
"Mastura... kereta saya rosak. Saya call awak tapi tak angkat." Perlahan Aisyah membuat penjelasan.
"Ah. Banyak betul alasan kau! Sini kau!" Syafiq menolak tubuh Aisyah hingga jatuh menyembah lantai. Kemudian berkali-kali wajah bersih yang sudah lama dia tidak sentuh itu menjadi sasaran tangan kasarnya.
YOU ARE READING
Takdir Aisyah (Complete)
RomanceAisyah bermaksud kebebasan dan kebahagiaan. Namun, tak semua yang bernama Aisyah menemui kebebasan serta kebahagiaan yang diinginkan.