BAB 11

3.5K 101 0
                                    

Dua minggu kemudian...

Aisyah berjalan-jalan di dalam shopping mall berdekatan pejabat. Dia hanya menjamu mata melihat barang-barang yang dijual. Maklum sahaja hujung-hujung tahun ni mesti banyak promosi. Sedang asyik berjalan, Aisyah terserempak Khairul yang sedang memilih kasut. Dia berhenti seraya menegur Khairul. Sudah lama tak berjumpa.

Khairul memalingkan wajah ke arah suara seseorang yang menegurnya. Senyuman melebar. Lama tak jumpa. Rindu pulak rasanya. Mereka sama-sama mengambil masa untuk berborak di kafe berdekatan.

"Awak sihat?" Khairul masih senyum. Aisyah tak ubah langsung. Masih cantik! Masih manis dan masih berseri. Sama macam dulu. Rasa rugi pula bagi Aisyah kat Syafiq. Khairul... khairul.

Aisyah ketawa sambil menggeleng. Dia tahu, Khairul masih merenungnya. Dia nampak mata Khairul. "Sihat je. Awak?" Aisyah menjawab soalan khairul. Dia juga gembira dapat berjumpa lelaki itu. Sekurang-kurangnya, boleh la juga menghilangkan bosan apabila Syafiq tiada di rumah.

"Sihat? Eh... awak tak ikut Syafiq holiday ke? Saya dengar dia pergi Thailand, Indonesia and beberapa negara lagi." Khairul menukar topik. Sebenarnya, hati berdegup kencang melihat senyuman Aisyah tadi. Rasa macam nak picit-picit ja mulut perempuan tu. Comel sangat.

"Tak la. Saya kerja." Sepatah jawapan dusertakan senyuman tawar. Kalau boleh, Aisyah tak mahu cakap pasal Syafiq diwaktu hidupnya gembira tanpa kehadiran lelaki itu. "Awak bila nak kahwin?" Soalan Aisyah tiba-tiba membuatkan Khairul tersedak. Tak sangka pula Aisyah tanya soalan sensitif ni. Merah mata Khairul menahan batuk.

"Kahwin? Tunggu bidadari turun dari langit kot?" Khairul angkat bahu. Aisyah pula ketawa. Lama mereka bersembang sehingga tidak sedar jam sudah menunjukkan pukul 8 malam.

Aisyah minta diri. Dia takut terlewat pulang. Nanti, masalah lain pula yang timbul. Dalam perjalanan, dia senyum sahaja. Sudah berbulan tidak sebahagia ini. Kereta diparkir dalam pagar rumah. Aisyah masuk ke dalam.

Selepas mandi, Aisyah turun ke dapur. Perut terasa lapar tiba-tiba. Itu la tadi Khairul nak belanja makan dia tolak. Balasan la tu. Kabinet dibuka. Ada beberapa bungkus besar mee segera yang sering dijamah Syafiq. Dia ambik yang berperasa tom yum lalu membawa ke sinki. Air ditadah dalam periuk dan Aisyah mula memasak.

Deringan telefon yanv minta diangkat membantutkan kerja-kerja Aisyah. Lantas, telefon diambil. Tertera nama Syafiq pada telefon itu.

"Hello Aisyah. Kau buat apa tu."

"Tengah makan."

"Makan apa? Makan banyak sikit. Biar gemuk."

"Maggie."

"Maggie je? Haih duit yang aku kasi dah habis ke?"

"Be...belum. Kenapa? Awak nak balik ke duit tu?"

"Tak de la. Kau cakap makan maggie kan. Aku kasi duit suruh kau makan yang sedap-sedap. Berkhasiat. Kenapa kau makan maggie?"

"Saja la. Malas nak masak. Lagipun, awak kan tak kasi saya keluar malam-malam."

"Er... em... Tak pe la. Aku call ni nak tanya kau pakai baju saiz apa?"

"M. Kenapa?"

"Tak de pape la. Ok la. Bye!"

"Bye"

Talian dimatikan. Aisyah senyum sendiri. Tu tandanya, Syafiq rindu kat dia. Sebenarnya, Syafiq agak kasar tetapi, dia ada juga ambil berat soal Aisyah. Selalu kalau Syafiq keluar lama-lama. Memang dia akan call tanya sama ada Aisyah sudah makan atau belum.

Aisyah teruskan makan maggie yang dia masak tadi.

Mesej dari Khairul pula berkali-kali berbunyi. Aisyah membalasnya dengan hati yang gembira. Lama mereka melayan pesanan masing-masing sebelum pesanan tersebut membawa kepada borak yang panjang.

Takdir Aisyah (Complete)Where stories live. Discover now