"Weh! Tu...tu. Aisyah tu. Jom! Aku nak kasi ayat power kat dia hari ini."
-SYAFIQ HAIKAL-
"Jangan la! Aku kesian kat dia. Dia tu baik sikit. Kita cari orang lain la."
-KHAIRUL AZLAN-
"Hai! Kalau saya nak ajak makan nak tak Aisyah?"
-KHAIRUL AZLAN-
"Tak apa la. Terima kasih ye. Saya ada latihan ni."
-SARAH AISYAH-
●●●
"Jaga diri tau. Saya tunggu awak."
-SARAH AISYAH-
"Terima kasih. Saya janji. Saya akan datang balik untuk jaga awak."
-KHAIRUL AZLAN-
●●●
"Khai! Aku kan. Aku rasa, aku suka dekat Aisyah."
-SYAFIQ HAIKAL-
"Aisyah mana?"
-KHAIRUL AZLAN-
"Alah! Sarah Aisyah. Budak netball tu."
-SYAFIQ HAIKAL-
●●●
-KHAIRUL AZLAN-
Kebahagiaan terpaksa dikorbankan untuk sahabat sendiri.
Setelah lama menyulam cinta, akhirnya orang yang dicintai terpaksa dilepaskan.
Kerana sahabat, dia sanggup.
Kerana sahabat, jiwa terseksa.
Segala-galanya kerana insan bernama 'sahabat'.
-SARAH AISYAH-
Dia seorang wanita.
Hidupnya penuh gembira.
Penuh bahagia.
Disayangi semua.
Disenangi semua.
Namun,
Kegembiraan yang diharapkan berkekalan, tidak lama.
Kebahagiaan bertukar derita sekelip mata.
Hidup yang dulunya bahagia, berubah derita.
-SYAFIQ HAIKAL-
Mengharapkan kebahagiaan berterusan selepas mengikat seorang gadis menjadi isterinya.
Namun...
Kehadiran kekasih lama, mengubah segala-galanya.
Hatinya kembali bertaut dengan kekasih lama.
Si isteri ditinggal dengan deraian air mata yang hari-hari mengalir bagaikan teman rapat.
Perjanjian yang dibuat untuk menjaga wanita itu dilupakan begitu sahaja.
Apakah kesudahan kisah wanita bernama Aisyah?
TAKDIR AISYAH
By:RaziaFarhani.
ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Aisyah (Complete)
Storie d'amoreAisyah bermaksud kebebasan dan kebahagiaan. Namun, tak semua yang bernama Aisyah menemui kebebasan serta kebahagiaan yang diinginkan.
