BAB 4

3.4K 111 5
                                    

3bulan kemudian...

"Kau kenapa Aisyah? Aku tengok, kau macam sakit je?" Soalan daripada Mastura menghentikan kerja-kerja yang dibuat oleh Aisyah. Mana mungkin dia biarkan sesiapa pun tahu apa yang dia lalui.

"Sakit? Tak de lah. Aku ok je." Dalam perasaan yang takut, Aisyah cuba juga berdalih. Jangan sampai kantoi sudah la." Mastura masih tidak puas hati. Dia soal lagi. "Kau pregnant kot?" Mata sudah meliar ke arah perut Aisyah yang tidak ada apa-apa kesan.

"Eh tak la. Kalau kau nak tahu kan." Aisyah mendekatkan mukanya pada arah Mastura. Begitu juga yang dilakukan Mastura. Kini jarak wajah mereka hanya beberapa inci. "Sebenarnya, aku red flag!" Aisyah ketawa. Cuak juga muka Mastura.

"Kau ni perempuan. Geram aku." Masura membaling kertas yang dikumpal tepat ke muka Aisyah. Kemudian dia turut ketawa. Barulah senang sikit hati. Dia ingatkan Aisyah tu kena dera ke apa. Yalah selalu sangat nampak wajah wanita itu pucat.

Mereka sambung kerja. Aisyah memerhati komputer di hadapan. Ditenungnya lama sambil kepala ligat memikirkan soalan Mastura. "Kalau kau tahu apa yang jadi kat hidup aku, mesti kau pun sedih Mas." Aisyah berbisik dalam hati.

"Kau pergi mana? Lambat balik?" Syafiq keluar dari dapur setelah dia dengar pintu rumah dibuka dari luar. Benar apa yang disangka. Aisyah baru pulang dari kerja.

"Er... jalan jammed tad..." belum sempat menghabiskan kata-kata, Syafiq sudah memotong. Memang selalu begini. "Jammed ke kau jumpa jantan? Kau ingat eh. Kalau aku tak nampak, tak apa. Kalau aku nampak kau dengan mana-mana jantan, siap kau! Dah lah. Pergi siap cepat!" Syafiq memberi arahan.

"Tapi, kita nak pergi mana?" Takut-takut Aisyah bertanya. Syafiq senyum sinis. "Aku ingat kau bodoh je, rupanya nyanyuk jugak ye! Nak pergi rumah mama la bodoh! Kau lupa? Nak aku ketuk kepala bodoh kau tu, baru kau nak ingat?" Tempik Syafiq dengan kuat.

"Lagi satu..." belum sempat Aisyah melangkah, dia kembali berpaling.
"... kau pakai baju yang aku dah letak atas katil kau. Jangan nak banyak songeh pulak." Aisyah mengangguk dan meneruskan langkah.

"Dah sampai anak menantu mama. Masuk la." Puan Salma menyambut kedatangan Syafiq dan Aisyah dengan gembira sekali. Mana tak gembira, anak menantu datang rumah kot. "Makin cantik Aisyah ye?" Dia bergurau. Sayang sungguh dia pada menantu sorang ni.

Mereka melangkah ke arah meja makan. Juadah yang berada di atas meja kesemuanya membangkitkan selera Aisyah.

"Papa mana ma?" Syafiq meliarkan pandangan. Tak nampak pulak kelibat papanya. "Papa outstation sebab tu la mama ajak korang berdua datang." Nasi disendukkan ke dalam pinggan Syafiq.

Suasana makan jadi meriah dengan suara Syafiq dan Puan Salma yang berborak. Aisyah mengambil peluang untuk mendiamkan diri sahaja sambil makan dengan khusyuk.

"Korang bila nak bagi cucu kat mama?" Soalan yang membuatkan Aisyah mati seketika. Cucu? Memang tak la mama oi. Dia sedar kaki disepak perlahan. Pasti Syafiq sudah memberi amaran.

"Belum rezeki la mama. Lagipun, kami tak puas lagi hidup berdua." Aisyah menipu. Dia nampak dari hujung mata, Syafiq tersenyum sedikit. "Ha ah ma, biarlah kami sweet-sweet dulu. Nanti kalau ada baby dah tak boleh nak spend time macam ni." Syafiq pula menambah.

Mereka meneruskan acara makan.

"Macam tu la Sarah Aisyah! Ingat pesan aku. Selagi kau ikut cakap aku. Aku akan layan kau baik." Syafiq masih menumpukan pandangan mata pada jalan. Hanya mulut berkata-kata tanpa melihat Aisyah disisi.

Aisyah pula? Seperti biasa, pandangan dibuang ke arah tingkap kereta. Air mata sudah tidak payah cerita. Laju sahaja. Setiap kali menumpang kereta Syafiq, pastinya keadaan ini akan berlaku. Pastinya akan ada air mata yang tumpah. Kadang-kadang Aisyah tidak sanggup lagi keluarkan air mata itu. Selama hampir 4 bulan berkahwin, sebulan sahaja dilayan baik. Selebihnya, hanya sepak terajang yang meninggalkan kesan di badan.

Tanpa sedar, Syafiq melihat Aisyah dengan ekor mata. Tak sanggup lihat Aisyah begitu setiap kali mereka berkongsi kereta. Dia tahu, Aisyah sudah terlalu sakit dengan apa yang dia lakukan. "Abang minta maaf. Abang terpaksa."

Takdir Aisyah (Complete)Where stories live. Discover now