BAB 2

3.8K 109 1
                                    

Sedang asyik Syafiq menolak troli di pasaraya untuk mencari barang dapur, dia terlanggar seseorang. "Sorry... sorry miss. Saya tak nampak awak." Troli ditarik sedikit supaya menghampirinya.

"It's ok. Awak tak sengaja." Wanita itu menunduk untuk mengambil beg tangan yang terjatuh. Apabila terpandangkan sahaja wajah Syafiq, satu senyuman terukir.

"Lisa!?" Bersinar-sinar mata lelaki itu melihat susuk tubuh seorang wanita yang sangat dia rindu dalam tempoh tiga tahun ini. Tidak berubah langsung figura wanita itu. Lagi cantik adalah.

"Fiq!? Tak sangka pulak jumpa kat sini. Sorang?" Soal wanita yang digelar Lisa itu dengan teruja.

"Yes. Of course! So, terlanjur dah jumpa ni, elok la kita borak kejap. Free?" Syafiq sudah memulakan bicara panjang. Harap sangat Lisa dapat meluangkan sedikit masa untuknya.

"Sure! Tempat biasa. Okay. I nak pergi ambik biskut kejap. 20 minit lagi kita jumpa sana. Ok?" Lisa menilik jam yang dipasangkan ditangan sebelum dia berlalu pergi.

Syafiq menghantar pemergian Lisa dengan pandangan mata. Dia tersenyum bahagia. Akhirnya, kerinduan sudah terubat.

"So, how your life? Good?" Soalan daripada Lisa menyebabkan Syafiq tersedak. Dia sedang menghirup kopi yang dipesan pada pelayan kafe sebentar tadi. Rasa macam nak tersembur keluar semuanya pun ada. Lisa ni pun satu. Soalan sensitif tu!

"Sorry... tapi kenapa pulak boleh tersedak ni?" Lisa memohon maaf sambil menghulurkan tisu yang diambil dari beg tangan kepada Syafiq. Dia ketawa kecil melihat gelagat Syafiq.

"Life? Good." Sepatah sahaja jawapan keluar. Saat ini, Syafiq menyembunyikan riak wajah yang sedikit kusut dengan soalan daripada Lisa itu.

"I miss you tau Lisa. Where have you been. 3 years I tunggu. Call tak dapat. Mesej tak reply. I ingat you dah lupakan I." Soalan Syafiq mengundang senyuman pada wajah Lisa. Dia tahu, Syafiq memang setia. Kalau tidak, takkan lah dalam masa tiga tahun dia ke UK, Syafiq masih ingat padanya.

"Alah, Kan I dah cakap, I nak pergi future study. You lupa la tu. Pasal mesej dengan call tu, I tahu. Mama dah cerita semuanya." Lisa menjawab soalan Syafiq bersahaja. Rasa selamat apabila lelaki kesayangannya masih setia merindui walau dia pergi tanpa khabar. Tapi, itu juga untuk masa depan.

"Hmm... jadi you tahu la, I duk call selalu? Kenapa tak jawab call I. Kenapa tak reply mesej I. I ni dah macam orang gila tunggu you. Asyik emo je rindu you. How dare you?" Syafiq menguatkan sedikit nada. Niat hanyalah mahu bergurau. Sudah lama dia tidak merasai saat-saat bahagia begitu.

Lisa sudah ketawa. Dia bahagia dengan layanan yang Syafiq berikan. Walaupun dia pergi tanpa berita, Syafiq masih baik melayan setiap kerenahnya. Bertambah yakin Lisa dengan hubungan mereka.

"Syafiq..." Lembut panggilan Lisa pada lelaki di hadapnnya. Syafiq menangkat muka. Kening diangkat sebelah.

"Yes. What?" Pertanyaan daripada mulut Syafiq dibalas dengan genggaman tangan Lisa pada tangan lelaki itu. Lembut tangan Syafiq diramas sehingga kedua-duanya selesa. Syafiq masih asyik dengan genggaman itu. Kali terakhir dia mendapatnya adalah tiga tahun lepas sewaktu kali terakhir berjumpa Lisa.

"Did you still love me?" Lisa sudah mengeluarkan soalan yang tidak Syafiq sangka. Daripada mata hitam pekat wanita itu, penuh pengharapan bahawa Syafiq akan menjawab 'ya'.

"Lisa, I tak pernah tak cintakan you. Tapi, bila you pergi, I ingat you yang dah lupakan I. You bawak semua cinta yang I bagi dekat you. Are you love me?" Soalan dibalas jawapan yang ikhlas dan juga soalan baru.

Lisa senyum puas mendengar setiap bait-bait ayat yang keluar dari mulut Syafiq. Akhirnya, lelaki yang paling disayangi dapat bersatu kembali dengannya. "Everytime loving you." Lisa melepaskan genggaman tangan Syafiq.

"Actually, I never forget you Syafiq. You always dalam ingatan I. Apa sahaja I buat dekat UK tu, mesti I teringatkan you. Tapi, I tak kuat untuk contact dengan you. I takut yang hati berbelah bahagi. I need to finished what I start. After all that, barulah I datang balik. Syafiq sayang, kita tak pernah declare yang kita dah break up tau. So, wake up." Lisa senyum. Syafiq juga begitu. Lama mereka berborak sehingga Syafiq melupai statusnya dan melupai 'seseorang' yang dia bawa ke rumah sebagai housemate yang perlu dia kongsikan segala-galanya.

Takdir Aisyah (Complete)Where stories live. Discover now