BAB 10

3.7K 103 4
                                    

Aisyah!

Aisyah!

Ketukkan kuat di pintu menyentakkan lamunan Aisyah yang sedang duduk sambil melayan chatting daripada Mastura.

Terkocoh-kocoh Aisyah membuka pintu. Terjengul muka Syafiq di muka pintu. Aisyah jadi takut. "Ke...kenapa?" Aisyah mula bersuara.

Syafiq tersenyum kecil. "Jom makan. Aku ada masak sikit. Lagipun, aku ada benda nak cakap. Turun tau! Jangan lupa." Syafiq kembali membawa kaki je dapur meninggalkan Aisyah keseorangan terkebil-kebil di hadapan pintu.

"Aku tak ade ni, kau jangan nak merayau pulak. Balik kerja terus balik rumah. Jangan nak melencong pergi lain. Aku dah tinggalkan duit kat dalam laci bilik kau. Masa aku tak ada, kau guna la duit tu. Aku rasa, dah lebih pada cukup kot. Kalau kah nak shopping, seminggu sekali je. Faham." Syafiq menyendukkan kuih ke dalam pinggan sambil mengeluarkan arahan untuk Aisyah. Kadang-kadang, dia curi-curi tengok wajah Aisyah dihadapannya ini. Malam ni last dah dapat tengok, esok nak berangkat dah. Mesti dia rindu nak sakitkan hati Aisyah.

Aisyah masih diam membisu. Hanya tangan dan mulut sahaja ligat bekerja. Berselera sekali dia makan. Sedap barangkalai. Syafiq hanya senyum kecil. Berbunga-bunga hatinya apabila dapat membuatkan isteri makan dengan begitu selera.

Kesan lebam pada tangan Aisyah menarik perhatian Syafiq. Sayu hati tiba-tiba. Kerana dia juga lah Aisyah jadi begini. Dahulu, manis sahaja wajah Aisyah sewaktu dengan Khairul. Sekarang, sudah macan mayat hidup. Kadang-kadang, Aisyah terpaksa bercuti untuk menyembunyikan kesan pukulan Syafiq pada badannya. Syafiq menyesal.

"Khai tak nak pergi mana ke cuti ni?" Puan Linda yang baru selesai makan turut menyertai Khairul di hadapan televisyen. Matanya juga memfokuskan kepada drama yang Khairul tonton.

"Malas la bu. Dah tak tahu nak pergi mana. Lagipun, Khai rasa cuti ni Khai nak balik kampung. Nak duduk dengan nenek. Dah lama jugak tak balik. Ibu nak ikut?" Khairul mengajukan pertanyaan kepada ibunya kembali. Puan Linda hanya senyum. Bukan dia tak nak ikut. Tapi, kalau dia ikut, siapa pulak nak uruskan makan pakai suaminya.

"Tak pe la. Kalau ibu pergi, siapa nak uruskan baba kamu?" Puan Linda menayangkan muka bosan. Dia nampak senyuman Khairul. Dalam masa yang sama, dia bersyukur kerana Khairul sudah seperti sediakala. Khairul sudah dapat menerima apa yang berlaku. Kini, Khairul sudah menjadi Khairul yang ceria seperti dulu.




Syafiq meninggalkan rumahnya dengan berat hati. Tak sanggup pula nak tinggal Aisyah sendiri. Tapi, nak buat macam mana, dia juga yang mahu pergi. Bagasi dimasukkan ke dalam kereta. Syafiq duduk lama menyandarkan badan di seat kereta. Dia melilaukan pandangan ke sekeliling rumah yang bakal dia tinggal. Beberapa minit kemudian, dia mula memandu meninggalkan kawasan rumah dengan hati yang sangat berat.

Sampai sahaja di hadapan rumah Lisa, wanita itu sudah menunggu di hadapan pintu. Nampak sangat muka tak sabar tu! Suka la tu, spend time dengan laki orang. Perempuan zaman sekarang ni memang macam ni ke? Lebar senyuman Lisa. Dia kemudiannya menarik bagasi berwarna merah menuju ke arah kereta Syafiq yang elok terparkir di hadapan pagar rumah.

Syafiq turun membantu Lisa. Keduanya rupa pengantin baru nak pergi honeymoon. Bahagia pula tengok. Tapi hakikatnya, suami orang uang bercuti dengan anak dara. Tak malu langsung. Sanggup tinggalkan isteri untuk berduaan dengan perempuan lain.

Selepas keduanya memboloskan diri ke dalam perut kereta, kereta itu dengan lajunya berlalu pergi.

Takdir Aisyah (Complete)Where stories live. Discover now