Ghaib Dalam Bas

996 32 0
                                    


Saya kira, tidak ada perlu datuk fikirkan. Sembahyang Subuh sudah ditunaikan. Mandi embun sudah dilakukan. Malah, kawasan rumah arwah Mahyuddin sudah kelilingi sebanyak tujuh kali. Empat penjuru kawasan rumah tersebut sudah ditanam dengan dahan pokok delima yang dipotong sepanjang enam inci.

"Tujuannya bukan apa-apa, cuma nak mengelakkan orang-orang yang tidak bertanggungjawab dari membuat perkara tak senonoh. Maklumlah semua orang tahu, arwah Mahyuddin bukan sebarang orang, mana tahu ada orang yang cuba menuju tempat tidurnya, minta itu minta ini, kerja syaitan dan maksiat begini cepat mempengaruhi fikiran orang-orang kita, lebih-lebih lagi kerja maksiat tu boleh mendatangkan wang ringgit.", datuk menjelaskan tentang perkara yang di bualnya pada saya.

Datuk terus duduk di batang kelapa buruk di sudut kanan halaman rumah. Saya terus memperhatikan beberapa ekor burung merak melompat dari dahan ke dahan di pohon mempelam.

"Datuk awak di mana?"

Saya dikejutkan oleh suara Dumba.

"Itu, datuk atas batang kelapa." Jari telunjuk saya menuding ke arah datuk.

"Tengok burung, di sini memang banyak burung", anak angkat Mahyuddin mencelah, kemudian terus mengekori Dumba menuju ke tempat datuk.

Saya capai sepotong kayu lalu membaling ke arah burung yang hinggap di ranting. Saya ketawa melihat burung-burung itu berterbangan. Kemudian, saya berlari mendapatkan datuk. Saya lihat kelopak mata Dumba berair, begitu juga dengan kelopak mata anak angkat Mahyuddin. Datuk menggigit bibir, sesekali menggosok pangkal hidung dengan ibu jari. Di wajah datuk tergambar kesedihan.

"Muktamad, sebelum masuk waktu Zuhur kami berdua akan meninggalkan tempat ini", ujar datuk dan sepasang matanya silih berganti merenung muka Dumba dan anak angkat Mahyuddin.

"Bagaimana kalau bertolak lepas Zuhur?", Dumba mengajukan cadangan.

Mengikut petua dan langkah, hari ini mesti bertolak sebelum Zuhur baru terlepas dari bencana buruk, petua peninggalan nenek moyang kita tak rugi diikuti, ini merupakan warisan", jawab datuk.

Dalam masa yang sama, saya sempat menjeling ke arah jam yang terlekat di tangan anak angkat Dumba. Jarum panjangnya menunjuk angka dua belas dan jarum pendeknya mengarah ke angka tujuh.

"Kalau sudah balik, bila pula nak datang ke sini lagi?", anak angkat Mahyuddin mengeluarkan pertanyaan. Datuk tersenyum sambil merenung wajah Dumba.

"Kalau panjang umur dan diizinkan Allah yang Maha Kuasa, saya akan datang juga ke sini."

"Dengan kehendak Allah juga kita bertemu dan awak lerusaha mem betulkan kesilapan yang saya lakukan."

Dengan mendadak Dumba meningkah cakap datuk. Semua yang ada di situ terus ketawa. Bila ketawa berakhir, aya lihat lagi sekali datuk merenung bumi agak lama. BiIa kepalanya diluruskan, saya lihat matanya merah. Tahulah saya bahawa datuk menahan air matanya membasahi kulit pipinya.

"Memang tidak pernah terfikir dalam hidup ini yang saya akan berjumpa dengan orang-orang di sini, kemudian menetap di sini hampir dua minggu, semuanya terjadi atas kehendak Allah", nada suara datuk tersekat-sekat.

Dumba terus menerpa pada datuk. Mereka berpeluk-pelukan sejenak. Bila Dumba melepaskan lingkaran tangannya dari tubuh, anak angkat Mahyuddin segera berjabat salam dengan datuk.

"Mari ke rumah saya untuk makan pagi?", bisik anak angkat Mahyuddin.

"Terima kasih lain kali saja",balas datuk sambil mengajak kami naik ke rumah arwah Mahyuddin. Semuanya tidak membantah. Bila berada dalam rumah, datuk mengarahkan anak angkat Mahyuddin mengarnbil beberapa helai kain pelikat, sehelai sejadah serta sekeping tikar mengkuang panjang dua belas. Barang-barang itu datuk suruh hantarkan kc masjid untuk digunakan oleh ramai yang berjemaah di situ. Datuk juga minta anak angkatnya menyelesaikan hutang-piutang Mahyuddin, sekiranya dia ada berhutang ketika hayatnya.

Siri Bercakap Dengan Jin ( JILID 3 )Where stories live. Discover now