PROLOG

1.1K 90 52
                                    

JAM tepat pukul 12 tengah malam. Lampu meja dipasang. Faiz Azzudin melabuhkan punggung di atas kerusi menghadap meja belajarnya. Manuskrip yang disimpan di dalam laci, dikeluarkan lalu diletakkan di atas meja. Sebatang pen dari bakul mini diambil. Muka surat buku diselak ke bahagian yang tergendala.

بوپي دنتومن جلس كدغنرن دري ه‍وجوغ كوريدور. لغكهپ دأتور مغهمڤيري بوپي دنتومن يغ تيدق هنتي٢ بربوپي.

دوم! دوم! دوم!

بوپب دنتومن إتو سمكين كوات. سبواه ڤينتو بيليك دهمڤيري. گديس إتو مغهولوركن تغنپ كتومبول ڤينتو. تومبول ترسبوت دڤگغ لالو دڤولس. ڤبنتو دبوک اخيرپ دان تيبا٣…

"Bunyi dentuman jelas kedengaran dari hujung koridor. Langkahnya diatur menghampiri bunyi dentuman yang tidak henti-henti berbunyi.

Dum! Dum! Dum!

Bunyi dentuman itu makin kuat. Sebuah pintu bilik dihampiri. Gadis itu menghulurkan tangannya ke tombol pintu. Tombol tersebut dipegang lalu dipulas. Pintu dibuka akhirnya dan tiba-tiba..."

Faiz Azzudin menyambung ayat itu dengan menulis;

…سسأورغ ممگغ بهو گديس إتو دري بلاكغ.

"...seseorang memegang bahu gadis itu dari belakang."

Bahu Faiz Azzudin dipegang dari belakang sedangkan dia seorang sahaja berjaga di dalam rumah sewanya itu. Sejuk sahaja tangan yang memegang bahu kiri Faiz Azzudin itu. Tangan kanannya terhenti menulis buat seketika.

"Shah, jangan kacau aku boleh, tak!?" ujar Faiz Azzudin, dingin.

Aisyah Maisarah melepaskan bahu lelaki itu. "Oh! Sorry! At least, boleh rasa feel seram novel tu juga, kan?"

"Banyaklah kau punya feel! Kau tu hantu, bukannya orang yang boleh feel semua benda!"

Tangan Faiz Azzudin kembali menulis manuskrip itu dalam tulisan Jawi. Aisyah Maisarah, hantu itu mengeluh lalu berbaring di atas katil tilam, melihat lampu yang tergantung di siling rumah.

"Apasal kau tulis manuskrip tu guna lampu meja? Lampu bilik kan lebih terang?" kata Aisyah Maisarah, hairan.

"Jimat elektrik! Lagipun, bil elektrik naik!" balas Faiz Azzudin, selamba.

"Yelah tu."

Tangan Faiz Azzudin terhenti.

"Shah, minta tolong sekejap!" pinta Faiz Azzudin menoleh muka ke kiri lalu melihat Aisyah Maisarah sudah berdiri di sebelahnya.

Aisyah Maisarah membuat wajah yang mengerikan; berwajah putih melepak, mata hitam legam dengan tangisan berdarah dan mulut berjahit ke pipi. Sedikitpun tidak menakutkan Faiz Azzudin.

"Okey, tunggu sekejap!" ujar Faiz Azzudin membuat catatan kecil dalam buku nota, bersilih ganti pandangannya. "Mulut berjahit ke pipi. Mata hitam berdarah. Muka tersangat putih. Okey, cun!"

Aisyah Maisarah berwajah biasa semula, cantik rupawan seperti gadis belasan tahun. Padahal, dia sudah mati bertahun-tahun lamanya. Cuma, tidak tahu punca kematiannya.

"Shah mati bila?" soal Faiz Azzudin sengaja diajukan.

"Kan aku dah kata, aku tak tahu!" jawab Aisyah Maisarah, geram sampai menunjukkan wajah mengerikan.

"Janganlah sampai marah macam tu! Itu yang nampak hodoh sangat!"

Kemarahan hantu itu jelas sudah meletus sebaik wajahnya berubah hodoh yang teramat. "KAU JANGAN CABAR AKU!" Suara dia pun berubah garau.

Surah Yassin dimainkan menerusi telefon iPhone 6s milik Faiz Azzudin. Aisyah Maisarah menjadi tenang semula, tidak terasa panas pun dengan ayat suci al-Quran tersebut.

"Kita rehat sekejap. Malam ni, malam Jumaat, kan?" ujar Faiz Azzudin menutup manuskrip.

"Okey!" balas Aisyah Maisarah tersenyum.

Faiz Azzudin bangkit dari kerusi lalu berjalan keluar dari bilik, meninggalkan penemannya itu. Aisyah Maisarah mendengar alunan ayat suci itu. Sekali-sekala mulutnya berucap ayat-ayat tersebut, mengikut bacaan si qari. Merdu sahaja suaranya. Hatinya yang sudah mati itu menjadi tenang sahaja. Segala keresahan, ketakutan, kemarahan dan semua fikiran negatif dibuang. Hanya ketenangan sahaja yang menguasai dirinya.

"SubhanAllah! Sedapnya suara dia ni," ucap Aisyah Maisarah tergoda dengan suara indah itu.

ألم أعهد إليكم يبنى ءادم أن لا تعبدوا ٱلشيطن؟ إنه لكم عدو مبين.﴿يس:٦٠﴾

Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu wahai anak Adam agar kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu. (Surah Yasin:60)

Aisyah Maisarah merenung seketika potongan ayat al-Quran itu. Lama dia termenung.

"Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu."

#vote

Penulis MalamWhere stories live. Discover now