BAB 21-SAKIT KERANA SEMALAM

453 53 5
                                    

"HABIS tu, macam mana awak boleh datang sini?" soal Faiz Azzudin tiba-tiba.

Soalan itu tergantung sepi, dibiar tiada jawapan. Aisyah Maisarah berfikir seketika, cuba ingatkan kisah silam.

JANUARI 2007
MATA Aisyah Maisarah yang duduk di kusyen belakang teksi, melihat Emy Zulkifli melambai-lambai ke arahnya. Susah payah Emy Zulkifli mengayuh basikal mengejarnya tetapi terhenti di depan simpang jalan besar. Dia begitu sayu untuk meninggalkan kanak-kanak 8 tahun itu. Air mata mengalir ke pipi tanpa sedar. Matanya tertumpu pada papan tanda jalan, terlihat perkataan Dungun.

Zapp!!

APRIL 2018
"ADUH!!" keluh Aisyah Maisarah memegang kepalanya kerana sakit.

"Kenapa ni?" kata Faiz Azzudin mula resah.

"Sakit kepalalah! Takkan sakit pinggang pula!"

Faiz Azzudin memegang bahu Aisyah Maisarah lalu membaringkan badan roh itu. "Awak rehatlah dulu!"

Aisyah Maisarah berbaring di atas tilam, cuba menahan kesakitannya. "Thanks!"

Faiz Azzudin bergerak turun dari katil. Dia tiba-tiba rebah, kurang seimbang kerana badannya masih belum sembuh. "Adoii!!"

Aisyah Maisarah melihat Faiz Azzudin tersungkur di lantai. "Oh, awak! Saya lupa nak bagitau, luka awak belum sembuh!"

"Sekarang, baru nak bagitau!"

"Yalah, dah 3 hari awak pengsan."

Mata Faiz Azzudin terbeliak mendengar kata-kata itu. "Apa!??"

"Dan 3 hari awak tak pergi sekolah."

"What the..."

"Dan 3 hari tu juga saya jaga awak."

"Ada sesiapa tanya pasal saya, tak?" kata Faiz Azzudin cuba berdiri.

"Ada, Sofea tulah. Siapa lagi? Dia WhatsApp awak sebelum ni. Saya pun jawablah."

"Kau jawab? Macam mana kau tau password telefon aku?" Faiz Azzudin merebahkan badannya di atas tilam.

"Alah, password tu sebenarnya 247924, kan?..."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"...A-I-S-Y-A-H. Betul, tak?" Aisyah Maisarah tersenyum sinis.

Faiz Azzudin terpinga-pinga dengan tekaan tepat itu. Kantoi!

"Awak jawab apa?" kata Faiz Azzudin menukar topik perbualan.

"Faiz kena penyakit darah tinggi ke langit ketujuh, sakit hati mati dan demam denggi campur demam malaria," jawab Aisyah Maisarah menyakat.

"Demam apa!?" Faiz Azzudin menengking.

"Demam denggi campur demam malaria," ulang Aisyah Maisarah.


"Woi!" kata Faiz Azzudin, dingin.

Aisyah Maisarah memandang Faiz Azzudin. "Apa?"

"Agak-agaklah aku demam sampai bercampur pula."

"Alolo, merajuk pula dia ni!" perli Aisyah Maisarah membuat wajah comelnya.

"Kau diamlah! Tadi, sakit kepala sangat, kan?"

"Dah lega sikit."

Faiz Azzudin mengeluh sedikit. "Lepas tu, Sofea kata apa?" Ubah topik.

"Oh, dia kata, dia nak..."

Ding! Dong!

"...datang!" sambung Aisyah Maisarah sepatah.

Masing-masing saling memandang. "DIA DAH SAMPAI!"

Faiz Azzudin terus bangun. Aisyah Maisarah pula berbaring di atas tilam.

"Wei, kaulah yang sakit!" kata Aisyah Maisarah terus turun dari katil.

Aisyah Maisarah menolak Faiz Azzudin jatuh ke atas tilam. Faiz Azzudin tertiarap terus. Kain selimut terus menutup seluruh badan lelaki itu. Aisyah Maisarah bergerak ke pintu pagar depan dalam sekelip mata.

Safiyah Zulaikha yang datang bersama Farah Natasha, menunggu di luar pagar. Pintu pagar dibuka dengan sendirinya, Aisyah Maisarah yang buka padahal. Dua gadis berjasad itu melangkah masuk ke dalam rumah itu seraya membawa buah tangan. Langkah mereka diatur ke bilik tidur utama. Pintu bilik tidak terkunci. Dua gadis itu terus memasuki bilik itu.

"Fa...iz!" seru Safiyah Zulaikha melangkah masuk.

Safiyah Zulaikha terhenti langkah sebaik melihat sesuatu yang mengejutkannya di depan matanya. Farah Natasha melihat apa yang dilihat kawannya itu lalu terkejut beruk. Buah tangan yang dipegangnya itu terlepas dari tangan lalu terjatuh ke lantai.

Bumm! Berseleraklah nasi goreng yang dibekal itu.

"Fa... Faiz!" kata Farah Natasha tergagap.

#vote

Penulis MalamWhere stories live. Discover now