"WAAAAAAAAAARRGGHHH!!!"
Mata Faiz Azzudin dan Aisyah Maisarah meliar mencari punca bunyi itu. Aisyah Maisarah terlihat sepasang mata merah muncul di sebalik kotak-kotak. Dia menepuk bahu Faiz Azzudin. Lelaki itu memandang hantunya itu.
"Dia dekat sana!" Jari Aisyah Maisarah ditunding ke arah makhluk halus itu.
Mata Faiz Azzudin melirik ke sepasang mata merah itu. Lembaga itu muncul di depannya. Mata kirinya dilindungi rambutnya yang panjang. Mata kanannya pula merah menyala, mengeluarkan tangisan berdarah. Pakaiannya seperti pakaian pekerja kedai 7Eleven. Mungkin 'dia' pernah kerja dekat kedai itu.
"Kau nak apa?" soal Faiz Azzudin, selamba.
"Mana gaji aku!??" balas lembaga itu, geram.
"Gaji?" Aisyah Maisarah mengangkat keningnya.
Faiz Azzudin dan Aisyah Maisarah saling memandang, hairan lalu memandang lembaga itu semula.
"Yalah! Dah masuk hujung bulan, kan? Mana gaji aku? Dah 3 bulan tak bayar!" kata lembaga itu, geram.
"Woi, boleh cerita dari A sampai Z, tak? Macam mana kita orang nak faham?" kata Aisyah Maisarah, dingin.
Lembaga itu terdiam, buat pertama kali dimarahi sebegitu. Dia mengeluh kecil. "Okey. Panggil saya, Yati. 9 tahun dulu…"
MEI 2009
YATI menjadi teruja setelah tamat waktu bekerja, hujung bulan apatah lagi. "Yes, hujung bulan sudah! Gaji bila masuk? Dah 3 bulan tak dapat lagi!""Sebelum tu, kau tolong kemas barang dekat stor dulu. Lepas tu, aku bagi gaji," pinta tauke kedai itu.
"Okey!" balas Yati merapatkan jari telunjuk dengan ibu jarinya. "Janji eh!"
Langkah Yati diatur masuk ke dalam stor kedai itu. Dia melangkah lebih dalam. Semuanya kelihatan kemas. Tiada apa yang hendak dikemaskan. Pintu stor ditutup tiba-tiba. Yati menoleh ke belakang, melihat tauke kedai itu. Pemutar skru digenggam kuat lelaki berusia itu.
"Bos, barang dekat sini nampak macam dah kemas je. Jadi, tak perlu kemas lagi rasanya," kata Yati tersengih.
Tauke itu menghampiri pekerjanya itu dengan wajah bengis. Pemutar skru masih dipegangnya. Yati mula resah.
"Bos, kenapa tutup pintu? Dan… kenapa bawa screwdriver?" kata Yati kehairanan.
"Sebab aku nak BUNUH KAU!" balas tauke itu, gila lantas berlari ke Yati.
Yati ketakutan lantas menjerit sekuat hati.
APRIL 2018
"AKU ditikam… bertubi-tubi," kata Yati, hantu itu memegang perutnya."Mata aku…" Yati menyelak rambutnya, menampakkan mata kirinya yang berdarah. "…dia cungkil!"
Aisyah Maisarah menutup mulutnya, terkejut melihat rupa hantu yang malang itu. Faiz Azzudin memicitkan kepalanya. Yati menyorokkan semula matanya.
"Allahu!" ucap Faiz Azzudin.
"Kemudian, mayat aku dia letak dalam kotak. Dia simpan dalam delivery van. Last sekali, entah ke mana dia bawa mayat aku tu," kata Yati menamatkan penceritaan.
Barulah mereka memahami jalan kematian Yati.
"Apa motif dia bunuh kau, hah?" kata Aisyah Maisarah, hairan.
"Entah. Selama aku hidup, aku tak pernah kacau hidup semua orang," balas Yati.
"Gila punya orang yang bunuh kau tu!" kata Faiz Azzudin berpaling muka.
"Nak minta tolong boleh, tak?" pinta Yati.
"Tolong bagi duit gaji!?" kata Aisyah Maisarah, dingin.
"Bukan, bukan pasal tu lagi. Tolong cari jasad aku, please! Kalau dah jumpa, aku dekat sini. Aku tunggu."
Faiz Azzudin dan Aisyah Maisarah saling memandang, terasa berat untuk terima amanah ini.
⭐⭐⭐
SAFIYAH Zulaikha berdiri di depan stor. Pintu dibuka. Faiz Azzudin melangkah keluar.
"Macam mana? Dapat tak?" kata Safiyah Zulaikha.
"Dapat dah, tapi tak halau lagi sebab kami ada tugasan cari pembunuh dia," jelas Faiz Azzudin melirik ke arah Aisyah Maisarah.
"Oh!"
"Jadi, kalau nak masuk stor ni, bagi salam dulu dan jangan buat benda bodoh dalam ni! Dia sedang perhati."
Meremang bulu roma Safiyah Zulaikha mendengar kata-kata itu. Badannya tidak dapat bergerak lagi, menggigil kesejukan.
"Ba… Baik!" kata Safiyah Zulaikha ketakutan.
"Wuu… Takut, tak? Seram, tak? Wuu… Matilah kau nanti! Dia sedang perhati kau tu!" usik Aisyah Maisarah memeluk Safiyah Zulaikha dengan sejuknya.
Faiz Azzudin mengeluh melihat karenah hantu itu, macam budak-budak😒.
#vote
YOU ARE READING
Penulis Malam
Mystery / ThrillerNovel ini mengisahkan seorang penulis seram amatur, Faiz Azzudin, lelaki yang mampu buka hijabnya untuk melihat makhluk halus di mana-mana sahaja, telah berpindah ke rumah baharunya. Dia menemui seekor hantu bernama Aisyah Maisarah di rumah itu lalu...