BAB 4-MASAKAN PUAKA

573 75 11
                                    

PUNGGUNG dihempas ke atas sofa. Keluhan kecil dilepaskan. Mata Faiz Azzudin terlihat semangkuk nasi goreng diletakkan di atas meja, depannya.

"Jemputlah makan!" pelawa Aisyah Maisarah muncul di sebelah lelaki itu.

Faiz Azzudin menjeling ke arah gadis itu. "Kau memang suka nasi goreng eh!?"

"Memang pun. Sampai tujuh keturunan sekalipun kami tetap suka nasi goreng," balas Aisyah Maisarah, angkuh.

"Eee... Berlagak kau eh!"

Aisyah Maisarah berpaling muka, sombong. Faiz Azzudin menggeleng. Dia bangun lantas bergerak ke dapur.

"Awak nak ke mana? Makanlah dulu!" kata Aisyah Maisarah melihat lelaki itu pergi.

Nasi goreng diambil lalu dibawa pergi. Aisyah Maisarah mengekori lelaki itu memasuki ruang dapur.

"Awak nak buat apa ni?" soal Aisyah Maisarah melihat Faiz Azzudin menyalakan api dapur.

"Masak lauklah! Takkanlah nak makan nasi goreng sahaja, kan?" kata Faiz Azzudin meletakkan kuali di atas dapur.

Aisyah Maisarah tersenyum sinis. "Pandai masak ke tu?"

"Mestilah. Takkan perempuan saja kot kena masak?" kata Faiz Azzudin, dingin.

"Ceh, berlagak!" Aisyah Maisarah berpaling muka.

Sayur-sayuran dipotong pantas. Ayam pula dipotong kecil. Aisyah Maisarah melihat lelaki itu memasak dengan pantas. Dia menjadi kagum. Ayam dimasak bersama sayuran yang dipotong. Entah apa yang Faiz Azzudin sedang masakkan. Nasi goreng masih dibawa Aisyah Maisarah. Sambil memasak, Faiz Azzudin mendendangkan satu lagu.

Di kesunyian malam ini,
Ku datang menghampiri
Dirimu yang pernah berjanji
Sehidup dan semati

-Kelam Malam-
The Spouse

Merdu juga suara jejaka itu, membuatkan Aisyah Maisarah terpaku.

"Pergh! Suara awak meletup dowh!" puji Aisyah Maisarah, kagum.

Faiz Azzudin kaget. Baru teringat dia bukan bersendirian lagi di dalam rumah itu. Dia memandang Aisyah Maisarah yang berdiri di belakangnya itu.

"Mana adalah! Sibuk je!" tegas Faiz Azzudin bermasam muka.

Pandangan dibuang ke masakan semula. Muka menjadi merah kerana malu.

"Hak eleh! Tak nak mengaku lagi," kata Aisyah Maisarah, selamba.

"Jangan banyak cakaplah! Pergi letak nasi goreng tu dekat meja! Lauk nak siap dah!" arah Faiz Azzudin.

Aisyah Maisarah berpaling badan. "Hmm... Baiklah, Faiz Azzudin bin Amin Fathudin."

Faiz Azzudin sekilas menoleh ke belakang, melihat Aisyah Maisarah sudah hilang. "Kau jangan sebut nama bapak aku tu!" Geram.

⭐⭐⭐

LAUK dihidang di atas meja makan. Aisyah Maisarah menghidu lauk itu, wangi.

"Wah!" ucap Aisyah Maisarah, kagum lalu memandang Faiz Azzudin. "Pandai awak masak!"

Faiz Azzudin melabuhkan punggung di atas kerusi, sebelah gadis itu. Dia memandang Aisyah Maisarah. "Mana nasi goreng kau tu?"

"Oh!" Aisyah Maisarah menghulurkan nasi goreng buatannya itu. "Nah!"

Mangkuk berisi nasi goreng bertukar tangan. Faiz Azzudin memandang hantu di sebelahnya itu.

"Shah, makanlah sekali!" ajak Faiz Azzudin, lembut dan santun.

"Eh, tak apalah! Saya tengok awak makan je. Kalau ada sisa tu, saya makan," balas Aisyah Maisarah menolak.

"Aiseh, janganlah macam ni! Tunggu kejap!" Faiz Azzudin bingkas lalu berjalan ke dapur.

Faiz ni, sekejap perangai baik, sekejap perangai buruk. Macam ada yang tersimpan dalam hati dia. Ish, kau fikir apa ni, Shah! Desis hati Aisyah Maisarah, serabut.

"Stres nampak! Fikir apa tu?" kata Faiz Azzudin tiba-tiba.

Aisyah Maisarah sekilas memandang Faiz Azzudin, melihatnya sudah berada di sisinya. Nasi goreng berlauk ayam masak apa entah sudah terhidang di depannya.

"Ehh... tak ada apa!" kata Aisyah Maisarah senyum palsu.

Faiz Azzudin menadahkan tangannya. Aisyah Maisarah turut menadah tangan. Do'a sebelum makan dilafaz lalu diaminkan. Aisyah Maisarah menikmati makan malam dengan penuh lahapnya, macam tak makan seminggu. Faiz Azzudin hanya memerhati gadis itu. Aisyah Maisarah berhenti makan buat seketika lalu memandang Faiz Azzudin.

"Kenapa pandang aku macam tu?" kata Aisyah Maisarah, dingin.

"Ni first time, aku tengok hantu makan makanan manusia," kata Faiz Azzudin, selamba.

"So, kiranya, sayalah hantu pertama yang makan masakan awak?" Senyuman terukir di bibir Aisyah Maisarah itu.

"Mohon jangan perasan sangat! Kau bukan hantu pertama pun yang makan masakan aku!"

"Habis tu, siapa hantu pertamanya?"

Faiz Azzudin mengeluh. "Makan jelah!"

Aisyah Maisarah melihat lelaki itu makan nasi goreng dengan wajah muram. Dia makan semula makan malamnya lalu terdengar kata-kata hati lelaki itu.

Roh arwah mak aku yang makan masakan aku dulu, desis hati Faiz Azzudin, murung.

Aisyah Maisarah memandang wajah Faiz Azzudin, terasa bersimpati pula. "Faiz, minta maaf pasal mak awak tu!"

"Tak apa, benda dah lepas," balas Faiz Azzudin, redha.

"Ayah awak ada lagi, tak?"

"Tak pernah jumpa langsung. Entah dia dekat mana sekarang. Mak aku pun tak pernah cerita pasal bapak aku tu."

"Ermm... Dahlah tu. Jangan cerita pasal ni! Makan!"

"Lauk ayam masak merah kuah masak kicap ni pun mak aku selalu buat untuk aku. Aku pun try buat ikut resepi mak aku, tapi tak pernah sama rasa sebab air tangan lain."

Tangan dingin memegang erat lengan kiri lelaki itu. Aisyah Maisarah cuba menenangkan keadaan. Faiz Azzudin melihat gadis di sebelahnya itu.

"Sudah-sudahlah tu! At least, saya ada, temankan awak dekat rumah ni," ujar Aisyah Maisarah memujuk.

Faiz Azzudin mengukirkan senyuman. "Terima kasih!"


#vote

Penulis MalamWhere stories live. Discover now