BAB 27-PUBLISH

411 51 12
                                    

LANGKAH diatur meluru sebuah wad. Faiz Azzudin menghampiri sebuah kaunter di hadapan pintu masuk wad. Safiyah Zulaikha menemani lelaki itu.

"Puan, kami sebenarnya nak cari pesakit bernama Aisyah Maisarah binti Ilyas Zakaria. Dia ada dekat wad mana?" kata Faiz Azzudin kepada warden di kaunter itu.

"Aisyah Maisarah binti Ilyas Zakaria ya!?" kata warden itu inginkan kepastian.

"Ya!" Faiz Azzudin mengangguk.

Warden itu mencari maklumat tentang pesakit itu menerusi komputer. "Kejap ya!"

"Tunggu dulu!" pinta satu suara.

Faiz Azzudin memgalihkan pandangannya, memandang seorang warden berusia berdiri di sebelahnya.

"Kamu cakap pasal perempuan sekolah menengah yang kemalangan 9 tahun lepas tu ke?" tanya warden bermisai itu.

"Haa... ya, dialah tu!" kata Faiz Azzudin mengangguk, yakin.

"Seumur hidup pak cik kerja dekat sini, pak cik tak pernah pun jumpa pesakit yang koma hampir 9 tahun. Sampai sekarang, khabarnya masih belum sedar lagi," terang warden itu, pasti.

"Hah!? Betulkah? Dekat mana dia sekarang?" kata Safiyah Zulaikha mencelah.

"Oh, dia tak ada dekat sini dah! Dia dah tukar hospital. Hospital Dungun tak silap saya," terang warden itu lagi, yakin.

"Hospital Dungun!" kata Faiz Azzudin dan Safiyah Zulaikha serentak lalu saling memandang.

⭐⭐⭐

FAIZ Azzudin melangkah masuk ke dalam bilik tidur. Aisyah Maisarah seperti biasa, berbaring di atas tilam empuk seraya merenung siling rumah. Dia melihat Faiz Azzudin melabuhkan punggung ke atas kerusi menghadap meja tulis.

"Hai, baru balik!?" kata Aisyah Maisarah, mesra. "Macam mana tadi?"

"Dia orang cakap, kau sebenarnya sedang koma hampir 9 tahun. Dan jasad kau sekarang berada di Dungun, tempat asal kau," jelas Faiz Azzudin, serius seraya menulis manuskrip.

"Koma? 9 tahun? Dungun?" kata Aisyah Maisarah kehairanan.

Faiz Azzudin mengeluh kecil. "Senang cerita kau masih hidup lagi! Cuma kau tak sedar lagi dari koma tu!"

"Saya hidup lagi?!"

"Yalah! Barulah aku faham kenapa kau boleh feel macam manusia. Sebab kau masih hidup." Faiz Azzudin memandang Aisyah Maisarah lalu mengukirkan senyuman. "Sekarang, barulah saya boleh sebut,... saya cintakan awak, Sarah!"

Pipi Aisyah Maisarah merona merah. Dia mengukirkan senyuman manisnya. "Saya pun cintakan awak!"

Pelukan diberikan kepada lelaki itu dengan riangnya. Baru sekarang mereka kelihatan bahagia.

"Jadi, bila nak pergi Dungun?" kata Aisyah Maisarah tersenyum.

"Buat masa ni, saya tengah sibuk ulangkaji untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun. Lepas tu, akan ada bulan puasa. Jadi, lebih elok kita pergi waktu cuti raya. Macam mana?" kata Faiz Azzudin membuat rancangan.

"Tak apakah? Tak sesak ke nanti? Waktu raya pula tu!?" kata Aisyah Maisarah agak kekok.

"Alah, tak apa! Kita naik moto jer pun! Bukannya kereta!"

"Oh, betul juga!" kata Aisyah Maisarah tersengih.

"Apapun, sebelum kita ke sana, saya nak habiskan manuskrip ni dulu! Saya nak publish. Lepas tu, saya nak awak baca lepas awak sedar dari koma nanti."

"Beres, bos!"

⭐⭐⭐

HARI terus berganti hari. Peperiksaan Pertengahan Tahun dilalui Faiz Azzudin. Selepas sahaja tamat peperiksaan itu, dia terus menumpukan perhatian terhadap manuskrip itu. Perasaan cinta dan kasih sayang mekar di sanubari jejaka itu terhadap Aisyah Maisarah. Sudah tidak sabar untuk menemui Aisyah Maisarah yang sebenar.

Penulis MalamWhere stories live. Discover now