LANGKAH diatur masuk ke dalam kelas. Faiz Azzudin melihat Safiyah Zulaikha tidur nyenyak di sebelah tempat duduknya, mungkin dia penat pasal semalam. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi. Pelajar lain belum sampai lagi. Faiz Azzudin mengambil kesempatan untuk menulis manuskrip yang tergendala itu. Pen berdakwat darah dari perpustakaan itu dikeluarkan. Faiz Azzudin menyambung semula manuskrip tersebut.
عأيشه برلاري دكجر سواتو مخلوك حلوس، مغليليغي ڤرڤوستكاءن برڤواک إتو. دي مپوروق دباوه مجا باچ. ماتپ مليهة مخلوك يغ تيدق بركاكي إتو ملينتاسي ددڤنپ. مولوتپ دتوتوڤ دغن تاغن.
"دمان كأو، بودك كچيل! نينيك اد چوكلت اونتنق كامو،" اوجر مخلوك إتو چوب مغومڤن عأيشه.
اكو ده بسرله. تق مينت ده باب٢ چوكلت سموا تو، دسيس حاتي عأيشه.
مخلوك هودوه إتو برلالو ڤرگي دري سيتو. عأيشه مغمبيل كسمڤتن اونتوق ملاريكن ديري دري ڤرڤوستكأءن إتو. دي برجيغكيت كڤينتو مسوق ڤرڤوستكأءن دغن سپڤ سكالي. سلغكه دمي سلغكه دي ملغكه. هاكيكتپ،…
"Aisyah berlari dikejar suatu makhluk halus, mengelilingi perpustakaan berpuaka itu. Dia menyorok di bawah meja baca. Matanya melihat makhluk yang tidak berkaki itu melintasi di depannya. Mulutnya ditutup dengan tangan.
“Di mana kau, budak kecil! Nenek ada coklat untuk kamu‚” ujar makhluk itu cuba mengumpan Aisyah.
Aku dah besarlah. Tak minat dah bab-bab coklat semua tu, desis hati Aisyah.
Makhluk hodoh itu berlalu pergi dari situ. Aisyah mengambil kesempatan untuk melarikan diri dari perpustakaan itu. Dia berjengket ke pintu masuk perpustakaan dengan senyap sekali. Selangkah demi selangkah dia melangkah. Hakikatnya,…"
Kkrriiiiiiiiiiiinngggg!!!!
Faiz Azzudin menutup manuskrip itu lalu melihat para pelajar sudah memasuki kelas. Dia melihat Safiyah Zulaikha masih tidur lagi. "Sofea! Sofea! Bangun, Sofea!!"
Safiyah Zulaikha membuka matanya lalu melihat Faiz Azzudin sudah di sebelahnya. "Oh, Faiz! Selamat pagi!"
⭐⭐⭐
MAKANAN yang dibekal, dinikmati mereka berdua. Safiyah Zulaikha sudah mengantuk ketika menjamu selera tadi. Faiz Azzudin melihat gadis di sebelahnya sudah meletakkan kepala di atas meja.
"Sofea, nak aku beli air untuk kau, tak?" tanya Faiz Azzudin.
Safiyah Zulaikha berdengkur.
Faiz Azzudin mengeluh. "Aku nak pergi beli air ni. Jangan pergi mana-mana pula!"
YOU ARE READING
Penulis Malam
Mysterie / ThrillerNovel ini mengisahkan seorang penulis seram amatur, Faiz Azzudin, lelaki yang mampu buka hijabnya untuk melihat makhluk halus di mana-mana sahaja, telah berpindah ke rumah baharunya. Dia menemui seekor hantu bernama Aisyah Maisarah di rumah itu lalu...