HIDANGAN makan malam disediakan di atas meja makan. Nasi putih biasa dengan lauk ayam masak merah. Air teh turut dihidangkan. Aisyah Maisarah menghidu bau yang enak itu.
"Wah, sedapnya bau!" ujar Aisyah Maisarah tidak sabar untuk makan.
Sepinggan nasi berlauk ayam dihidangkan di depan Aisyah Maisarah.
"Alright! Bismillahi rahmani rahim!" ucap Faiz Azzudin.
Sesuap nasi dimasukkan ke dalam mulut Faiz Azzudin tetapi Aisyah Maisarah... bayangkanlah sendiri😒. Faiz Azzudin melihat perangai 'syaitan' itu.
"Shah!" seru Faiz Azzudin, sedikit tegas.
Aisyah Maisarah berhenti makan lalu memandang lelaki itu. "Ya."
"Boleh tak kau makan elok sikit? Aku nak makan pun tak senang," pinta Faiz Azzudin berwajah serius.
Roh itu berdiam. Faiz Azzudin mengambil sesuap nasinya.
"Nganga," pinta Faiz Azzudin, lembut.
Aisyah Maisarah membuka mulutnya. Faiz Azzudin menyuapkan sesuap nasinya ke mulut roh itu. Aisyah Maisarah mengunyah suapan itu, tidak pernah orang layannya sebegini.
"Okey?" kata Faiz Azzudin memandang roh itu.
Aisyah Maisarah mengangguk.
"Sekarang, makan ikut cara aku suap tadi tu," pinta Faiz Azzudin.
Aisyah Maisarah mengambil sesuap nasi lalu memasukkannya ke dalam mulut. Faiz Azzudin berpuas hati.
"Haa... Kan elok macam tu!" puji Faiz Azzudin tersenyum lalu membelai rambut Aisyah Maisarah. "Good girl!"
Lain macam dia ni? Ada benda tersangkut kat otak dia ke ni? Entah-entah kena rasuk? Desus hati Aisyah Maisarah, hairan.
"Awak ni dah kenapa tiba-tiba baik sangat?" soal Aisyah Maisarah, selamba lalu menghabiskan hidangannya secepat mungkin.
"Nak minta tolong boleh, tak?" ujar Faiz Azzudin mengukirkan senyuman.
"Dah agak! Buat baik ada makna ni! Hmm... Tolong apa?"
"Tolong teman aku baca manuskrip! Kau asyik tidur je kat sebelah aku sebelum ni. Tidur pun berdengkur," pinta Faiz Azzudin berwajah dingin lalu makan hidangannya.
"Excuse me, saya tidur tak berdengkur, okey!?"
Telefon pintar dikeluarkan. Satu rakaman video ditunjukkan kepada Aisyah Maisarah.
Grroookkkk!!! Huuuuuu~
Bunyi dengkuran jelas didengar kuat. Aisyah Maisarah melihat rakaman yang memaparkan dirinya sedang tidur berdengkur. Dia tercengang lalu memandang Faiz Azzudin.
"Kau rakam aku tengah tidur?!! Kau memang suka cari penyakit eh?" kata Aisyah Maisarah, dingin.
Faiz Azzudin menyimpan telefonnya. "Apasal aku pula? Kaulah yang cari penyakit tu! Tidur berdengkur sampai aku nak tidur pun tak boleh!"
Aisyah Maisarah mengeluh, tanda mengalah. "Yalah! Yalah! Saya yang salah!"
"Kalau macam tu, jom! Habis basuh pinggan, kita sambung baca manuskrip tu." Faiz Azzudin bangun lalu membawa pinggan mangkuk ke dapur.
"Yalah!" balas Aisyah Maisarah acuh tak acuh.
⭐⭐⭐
LAMPU bilik dibuka. Dua makhluk itu berbaring di atas tilam. Manuskrip di tangan Faiz Azzudin itu diselak ke muka surat yang ditangguh. Aisyah Maisarah meletakkan kepalanya di atas bahu lelaki itu.
YOU ARE READING
Penulis Malam
Mystery / ThrillerNovel ini mengisahkan seorang penulis seram amatur, Faiz Azzudin, lelaki yang mampu buka hijabnya untuk melihat makhluk halus di mana-mana sahaja, telah berpindah ke rumah baharunya. Dia menemui seekor hantu bernama Aisyah Maisarah di rumah itu lalu...