MATA Faiz Azzudin dibuka perlahan-lahan. Dia melihat siling rumah lalu memandang sekeliling. Dia berbaring di atas tilam ditutupi badan dengan kain selimut. Matanya tertumpu pada Aisyah Maisarah yang tertidur di sebelahnya berkeadaan bersimpuh. Dia melihat siling semula.
"Semalam, apa jadi?" monolog Faiz Azzudin tertanya-tanya.
"Semalam, siapa rasuk Aisyah?"
"Semalam, siapa tekan loceng?"
Badan Aisyah Maisarah bergerak sedikit, mahu terjaga. Matanya terbuka perlahan-lahan lalu melihat Faiz Azzudin berjaga. Dia mengeliat badannya.
"Selamat pagi!" ucap Aisyah Maisarah seraya meregangkan badan.
Faiz Azzudin menoleh muka ke arah roh comel itu. Dia bingkas serta-merta. Kedua-dua bahu Aisyah Maisarah dipegang.
"Awak okey, tak?" kata Faiz Azzudin, risau.
Mata Aisyah Maisarah terus segar. Buat pertama kali lelaki itu kerisauan terhadap keselamatan dirinya. Kepala Aisyah Maisarah diangguk sedikit.
"Awak ingat apa-apa, tak pasal semalam?" soal Faiz Azzudin.
Aisyah Maisarah berfikir seketika. "Semalam, saya rasa, ada orang memanggil saya. Macam pernah kenal orang tu," katanya seraya memicit kepalanya.
Fikiran Faiz Azzudin terlintas sesuatu.
"Siapa Helmi?" tanya Faiz Azzudin.
Aisyah Maisarah sekilas memandang Faiz Azzudin dengan renungan tajam. "Awak jangan paksa saya!"
"Just tanya, okey! Saya nak tahu kisah silam awak tu. Manalah tau ingatan awak sebelum kemalangan akan timbul balik." Dingin.
Aisyah Maisarah menundukkan kepala. Ada benar juga kongsi cerita. Keluhan dilepaskan.
"Okey,..."
DISEMBER 2006
CUTI sekolah masih berbaki 3 minggu. Aisyah Maisarah yang berusia 14 tahun berjalan di sepanjang pantai bersama seorang kanak-kanak 7 tahun."Helmi selalu buat apa waktu cuti sekolah ni?" soal Aisyah Maisarah kepada Helmi/Emy atau nama sebenarnya, Emy Zulkifli.
"Tak buat apa," jawab Emy Zulkifli, ringkas.
"Helmi! Helmi kenalah tolong mak Helmi tu. Kesian dia. Kalau mak Helmi tak ada nanti, siapa nak masak untuk Helmi nanti?"
Emy Zulkifli berdiam. Dia melihat mata hijau gadis remaja itu. "Kalau Helmi tak ada?"
Giliran Aisyah Maisarah berdiam pula. Tidak tahu membalas kata.
"Zul, balik! Mandi! Nanti, makan!" jerit ibu Helmi Zulkifli dari rumah yang tak jauh dari mereka berdiri.
"Ya!" balas Emy Zulkifli menjerit.
Emy Zulkifli memandang Aisyah Maisarah. "Okeylah, kak! Helmi balik dulu. Assalamu'alaikum!"
"Wa'alaikumussalam," balas Aisyah Maisarah.
Langkah Emy Zulkifli diatur pergi dari situ.
APRIL 2018
"CINTA pertama kau, seorang budak? Lawak apa ni? Siapa nama budak tu?" kata Faiz Azzudin, sinis."Saya suka budak-budak. Nama sebenar dia, Helmi Zulkifli. Kawan-kawan dia panggil dia, Zul. Cuma, saya je panggil dia, Helmi. Comel apa nama tu!" jelas Aisyah Maisarah duduk di sebelah Faiz Azzudin.
Faiz Azzudin berfikir seketika.
"Lepas beberapa bulan, saya dapat berita yang dia diculik," kata Aisyah Maisarah lagi dengan nada muram.
"Culik!?" Faiz Azzudin terkejut.
Aisyah Maisarah memandang Faiz Azzudin, hairan. "Ya, kenapa?"
Faiz Azzudin berfikir lebih dalam lagi.
Bila difikirkan balik, Emy bukan mangsa penculik dekat taman kalau tempat tinggal dia tepi pantai. Ni pun sebab tak ada tanda-tanda Shah kerapkali pergi taman. Kalau Shah dengan Emy duduk sekampung, Shah mesti tinggal dekat Pahang, Terengganu atau Kelantan sebab tinggal tepi pantai. Habis tu, macam mana Shah boleh ada dekat Selangor ni?? Desis hati Faiz Azzudin.
"Ah, serabutnya!!" jerit Faiz Azzudin berserabut.
"Serabut apa? Ada betul juga kata-kata hati awak. Dalam hidup ni, kata-kata dari hati lebih jitu daripada kata-kata dari akal. Awak kenal tahu ayat puitis ni!" kata Aisyah Maisarah, selamba.
Faiz Azzudin terdiam.
"Jadi, apa yang awak kata tadi tu memang betullah," tambah Aisyah Maisarah.
"Apa yang betulnya?" Faiz Azzudin mengangkat kening kanannya.
"Betullah. Saya mungkin datang dari negeri pantai Timur. Dan kes culik Helmi sudah pasti tak ada kaitan langsung dengan kes culik budak-budak dekat taman tu sebab sana, pantai Timur dan sini, Shah Alam. Memang tak ada kaitanlah."
"Habis tu, macam mana awak boleh datang sini?" soal Faiz Azzudin tiba-tiba.
#vote
YOU ARE READING
Penulis Malam
Mystery / ThrillerNovel ini mengisahkan seorang penulis seram amatur, Faiz Azzudin, lelaki yang mampu buka hijabnya untuk melihat makhluk halus di mana-mana sahaja, telah berpindah ke rumah baharunya. Dia menemui seekor hantu bernama Aisyah Maisarah di rumah itu lalu...