BAB 26.5-ALIBI TERAKHIR

446 51 9
                                    

MOTOSIKAL ditunggang melepasi kawasan sekolah rendah yang pernah disinggah Faiz Azzudin dan Aisyah Maisarah sebentar tadi. Waktu sekarang hampir dengan waktu imsak.

"Okey, kita fikir macam pembunuh kau tu! Kalau dia langgar lari dan bawa mayat mangsa dan juga lalu jalan ni pada masa yang sama, berkemungkinan besar... dia pergi..." kata Faiz Azzudin berfikir lebih dalam.

⭐⭐⭐

"PELABUHAN Kelang? Kenapa kita di sini?" kata Aisyah Maisarah kehairanan.

"Sebab aku rasa, dia pun penculik budak-budak dekat taman tu juga. Aku nampak van putih datang culik budak-budak tu semua. Aku yakin, semua penculik akan bawa mangsa datang sini," kata Faiz Azzudin, yakin.

Motosikal yang ditunggang Faiz Azzudin berhenti di tengah kawasan pelabuhan itu.

"Kenapa berhenti?" soal Aisyah Maisarah, hairan.

Mata Faiz Azzudin tertumpu pada susuk tubuh seseorang yang berdiri tidak jauh di depan mereka. Aisyah Maisarah memandang ke depan, turut terlihat seorang lelaki berdiri di depan mereka. Lampu motosikal ditinggikan, mengenai bahagian bawah tubuh lelaki itu.

"Akhirnya, kau datang juga!" kata lelaki itu memandang tajam ke muka Faiz Azzudin.

Aisyah Maisarah cuba mengenal wajah lelaki tersebut. Dia berwajah terpegun. "Dia... Dia tu..."

Faiz Azzudin menoleh ke belakang, memandang Aisyah Maisarah. "Dia tu siapa?"

"Tauke 7E yang langgar saya dulu!" kata Aisyah Maisarah membulat mata.

Faiz Azzudin memandang lelaki itu semula lalu kembali memandang muka Aisyah Maisarah. "Dia ni?"

Aisyah Maisarah mengangguk laju. Faiz Azzudin menuruni motosikalnya.

"Awak nak buat apa?" tanya Aisyah Maisarah, bimbang.

"Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu," ucap Faiz Azzudin, serius.

Aisyah Maisarah terdiam mendengar potongan ayat dari ayat ke-60 Surah Yasin. Faiz Azzudin melirik tajam ke mata Aisyah Maisarah.

"Panggil Tasha cepat!" pinta Faiz Azzudin, tegas.

Mata hitam Faiz Azzudin yang bertukar hijau sebentar tadi, bertukar hitam semula. Aisyah Maisarah terasa aura syaitan pada tubuh Faiz Azzudin. Dia terus melesapkan diri. Pandangan Faiz Azzudin tertumpu pada lawannya itu.

"Dah sedia nak jumpa neraka?" kata Faiz Azzudin, serius.

⭐⭐⭐

FARAH Natasha yang sedang tidur dengan nyenyak di atas tilam, dihampiri Aisyah Maisarah.

"Kenapa Faiz nak panggil dia ni? Kenapa tak panggil si Sofea tu? Apa-apa jelah!" monolog Aisyah Maisarah, hairan.

Badan Farah Natasha digoncang sedikit.

"Tasha!" seru Aisyah Maisarah membangunkan Farah Natasha. "Oh, Tasha! Natasha!"

Farah Natasha membuka matanya sedikit. Badannya diregangkan. Segala buih sendi pecah dengan sendirinya. Gadis itu bangun dari tidurnya. Matanya digosok.

"Ada apa, ibu?" kata Farah Natasha, mamai.

Pakk!! Pipi Farah Natasha ditampar kuat.

Segar terus muka Farah Natasha. Pipinya digosok.

"Aduh!" Farah Natasha melihat Aisyah Maisarah di depannya. "Kau ni dah kenapa?"

"Faiz panggil kau!" kata Aisyah Maisarah, serius.

"Hah?! Kenapa pula ni? Cer cita sikit!"

Tangan Farah Natasha dipegang serta-merta. Farah Natasha terkejut lalu cuba melepaskan genggaman itu.

"Dah tak ada masa nak cerita buat masa ni! Kau kena ikut aku!" kata Aisyah Maisarah, tegas dan serius.

Farah Natasha terus diheret ke pintu bilik. Aisyah Maisarah menembusi pintu.

"Eh, nan..." ujar Farah Natasha belum habis kata.

Dbukk!! Kepala Farah Natasha terhantuk kuat pada pintu.

"Aduh!!" keluh Farah Natasha memegang kepalanya yang sakit.

Pintu dibuka dari luar. Aisyah Maisarah menjenguk masuk, melihat Farah Natasha mengaduh kesakitan.

"Oh, terlupa pula! Kau bukannya macam aku!" kata Aisyah Maisarah menggaru kepalanya, tersengih.

⭐⭐⭐

GURUH mengaum kuat dari langit dinihari. Hujan mula merintik membasahi bumi. Faiz Azzudin masih berdiri menghadap lawannya.

"Jadi, kaulah yang culik budak-budak dekat taman tu?" kata Faiz Azzudin.

"Ya, memang! Anggota badan dia boleh buat duit, bro! Tak boleh sia-siakan benda macam tu," kata tauke yang lebih dikenali sebagai Rahim Maut.

"Kau memang gila!" Faiz Azzudin menengking.

"Gila? Aku rasa, kau yang gila! Sanggup curi barang aku!!" kata Rahim Maut.

"Apa masalah kau sebenarnya? Aku curi apa sekarang?" Faiz Azzudin mengerutkan dahi.

"Manuskrip," kata Rahim Maut sepatah.

"Manuskrip?" Faiz Azzudin, bingung.

"Manuskrip yang kau tengah buat tulah!!"

"Oh, manuskrip tu! Untuk maklumat encik, itu bukan manuskrip saya. Itu manuskrip ayah kawan saya. Saya cuma teruskan saja manuskrip tu."

"Itu... MANUSKRIP AKULAH!!!" kata Rahim Maut dengan penuh amarahnya.

Kening kanan diangkat. "Manuskrip kau?"

"Dia cuma ghostwriter! Aku cuma bagi idea jalan cerita saja. Faham, tak!?"

Faiz Azzudin mengangguk, baru faham. "Cuba bagi alasan sikit kenapa dia perlu jadi ghostwriter kau!?"

Rahim Maut mengeluh kecil. "Dia kawan aku. Dia pandai dalam sastera Melayu. Jadi, aku bagi jalan cerita seram untuk dia. Dia sendiri kata, novel ni penulisnya aku. Tapi, dia letak semua buku aku atas nama aku!! Semua novel dalam bilik yang kau tidur tu adalah milik aku!!!"

"Whoa! Jap! Jap! Jap! Aku sendiri pun nak tanya kau." Faiz Azzudin berwajah tenang dengan mata hitamnya.

Rahim Maut berdiam sebentar, memasang telinga.

"Kenapa kau gunakan kawan? Kenapa kau tak belajar je subjek Sastera dulu?" kata Faiz Azzudin, selamba.

Rahim Maut hilang kata.

"Itulah! Waktu hidup tak nak mampus! Bila dah mati menyusahkan orang pula!" perli Faiz Azzudin, sinis.

Deep, desis hati Rahim Maut.

"Aarrghh!!" tempik Rahim Maut, marah. "Kita jumpa dekat sini bukannya nak sembang! Kita jumpa ni sebab nak berlawan!!!"

"Tengok! Orang cakap sikit, sentap! Orang cakap sikit, sentap!" Selamba sahaja Faiz Azzudin berbicara.

"Eeeee!!!!! Budak ni!" Rahim Maut terus menyerang Faiz Azzudin. "Rasakan ni!"

Krraakk!! Bunyi patah tulang-temulang jelas kedengaran.

Rahim Maut rebah tak terkata. Sebenarnya, Faiz Azzudin yang mulakan serangan terlebih dahulu dengan cengkaman maut.

"Fa... Faiz!" ujar Farah Natasha dari belakang, terkejut melihat serangan lelaki itu tadi.

Faiz Azzudin memusingkan badannya ke belakang lalu melirik ke mata Farah Natasha dan Aisyah Maisarah yang baru tiba di situ.

"Sekarang, giliran kau pula!"

#vote

Penulis MalamWhere stories live. Discover now