BAB 29-CINTA TERABAI

499 51 47
                                    

BEKAL diletakkan di atas meja. Faiz Azzudin membuka bekas makanan lalu melihat nasi goreng yang dimasaknya sendiri, bukan lagi masakan Aisyah Maisarah. Keluhan dilepaskan, menarik perhatian Safiyah Zulaikha yang selalu menemaninya tika waktu rehat.

"Kenapa ni?" kata Safiyah Zulaikha kehairanan.

"Dia dah tak ada," kata Faiz Azzudin murung.

"Siapa?" Safiyah Zulaikha mengerutkan dahi.

"Aisyah... Dia mana ada dah! Aku dah bawa dia balik ke Terengganu. Tapi, dia lupakan aku." Faiz Azzudin menundukkan kepala.

Safiyah Zulaikha melihat lelaki itu menangis perlahan. Dia menggosok belakang badan Faiz Azzudin. "Bertabahlah ya! Ada ramai lagi perempuan dekat luar sana. Lagipun, Tasha kan suka kau? Kenapa kau tak pujuk dia balik?"

Faiz Azzudin mendongak semula lalu mengesatkan air matanya. Tangisannya terhenti. "Ada betul juga!"

"Faiz!" seru seseorang dari belakang Faiz Azzudin.

Faiz Azzudin memandang ke belakang lalu ternampak Farah Natasha berdiri di belakangnya. "Oh, Tasha! Panjang umur! Awak buat apa datang sini?" Berlagak ego.

"Sebenarnya, saya nak ucapkan terima kasih kepada awak sebab temukan saya dengan cinta saya," ucap Farah Natasha mengukirkan senyuman manis.

Faiz Azzudin membalas senyuman. "Cinta awak? Siapa?"

Akulah tu, desis hati Faiz Azzudin berbunga.

"Dia ni haa..." Farah Natasha menunjukkan teman lelakinya.

Mata Faiz Azzudin terbuntang luas melihat cinta Farah Natasha yang amat dikenalinya itu. "Mat?"

"Ya, disebabkan awak sedarkan saya dari bercinta dengan awak, saya putuskan untuk bercouple dengan Ahmad," terang Farah Natasha tersenyum.

"Terima kasih tau, Faiz! Kaulah sahabat sejati kami!" ucap Ahmad Hamidi, teman lelaki Farah Natasha.

Faiz Azzudin mengukirkan senyuman palsu lalu ketawa tiba-tiba tanpa sebab puncanya. Dia bertepuk tangan dengan 'gembiranya'. Dia bangun. "Hoho... Dalam hidup aku, inilah pasangan yang paling sempurna yang pernah aku nampak. Pembuli bercouple dengan nerd. Perfecto, bro! Aku salute sama lu. Aku gerak dulu! Tak tahan nak buang hadas besar ni!"

"Okey!" kata Ahmad Hamidi sepatah.

Langkah Faiz Azzudin dipecut pergi dari situ. Dia melangkah ke kawasan belakang sekolah di mana kaki ponteng selalu lepak. Beberapa pelajar melihat Faiz Azzudin datang.

"Huishh!! Budak tu datang lagi!!" kata seorang pelajar lelaki mula takut.

"Kau orang ni takut sangat apasal? Pergi jelah belasah di tu. Dia seorang sahaja pun," kata ketua kumpulan itu, tegas.

"Tak mahu. Bos buatlah sendiri! Kita orang nak ciao!" kata pelajar tadi lantas melarikan diri bersama kawannya yang lain.

Ketua samseng sekolah itu melihat semua anak buahnya pergi dari situ. "Woi!"

"Tak guna punya samseng!" rungut ketua samseng itu lalu memandang Faiz Azzudin.

Faiz Azzudin menghampirinya dengan wajah bengis.

"Kau nak fight dengan aku? Marilah! Aku tak goyang wei!!" cemuh ketua samseng itu bersedia untuk berentap.

Dbukk!! Tumbukan pantas mengenai perut ketua samseng itu.

Faiz Azzudin terus melepaskan segala kekecewaan dan kemarahan menerusi serangan kuat terhadap lawannya itu. Ketua samseng itu rebah terbaring serta-merta. Faiz Azzudin duduk di atas perutnya lalu menumbuk muka lawan bertalu-talu tanpa henti.

"Kau tau, tak? Aisyah dah LUPAKAN AKU! Dia dah TAK INGAT PASAL AKU dah!! Si Tasha pula DAH ADA ORANG LAIN pula! Kau rasa, LAYAKKAH AKU TERIMA semua ni!??" luah Faiz Azzudin dengan penuh geramnya.

"Ya," kata ketua samseng itu, lemah.

Faiz Azzudin menyerang lelaki itu lagi. "Tapi, masalahnya, aku TAK BOLEH TERIMA semua ni!! FAHAM, TAK? AKU TAK BOLEH TERIMA SEMUA NI!!"

Dbukk!! Bakk!! Bukk!! Gedush!!

Tiba-tiba, serangan kuat tadi terhenti. Ketua samseng yang berdarah hidung dan mulut melihat wajah Faiz Azzudin yang agak menakutkan.

"Melainkan,..." kata Faiz Azzudin dengan nada serius. "...aku bawa dia ke sini dan tunjuk semua kenangan kami bersama selama ni."

"Ya... ya... aku sokong... aku sokong!" balas ketua samseng yang sudah lemah longlai itu.

Faiz Azzudin melirik tajam ke mata ketua samseng itu. "Betul?"

Ketua samseng itu mengangguk laju. Faiz Azzudin membelai rambut mangsanya itu.

"Kau memang budak baik," ucap Faiz Azzudin, santun ayu lantas kembali berwajah bengis. "Tapi ia takkan berhasil!"

Krraakk!! Tulang tekak dipatahkan secara mengejut.

Faiz Azzudin melihat mangsanya lemah terbaring lalu bergerak ke dinding blok. Dia bersandar dengan tangisannya. Telefonnya dikeluarkan lalu memainkan satu lagu.

Dan tak seharusnya aku
Bertemu dirimu di dunia ini,
Dan kau membuang diriku sesuka hati mu,
Dan memilih dia,
Dan ku tersandar begini
Meratapi hati yang telah dilukai.
Aku sedar betapa hinanya
Ku di matamu.

-Di Matamu-
Sufian Suhaimi.

"Setiap apa yang kita impikan, tak semua menjadi kenyataan. Hiduplah dalam kebenaran. Kenyataan akan lebih jujur dari penantian."

Kata-kata dari Aisyah Maisarah bermain di fikiran lelaki itu.

"Aisyah~" teriak Faiz Azzudin menangis bersendirian, berpelukan tubuh sendiri.

#vote

Penulis MalamWhere stories live. Discover now