JAM pada skrin telefon menunjukkan pukul 12 tengah malam. Faiz Azzudin melabuhkan punggung di atas kerusi, menghadap meja tulis. Lampu meja dipasang. Manuskrip diletakkan di atas meja. Pen berdakwat darah diambil dari bekas simpan alat tulis. Aisyah Maisarah berbaring di atas tilam.
"Awak ada terfikir tak nak ubah novel seram kau tu jadi novel cinta?" soal Aisyah Maisarah bersahaja.
"Adalah juga. Tapi, aku tak pandai tulis bab-bab cinta semua tu. Sendiri tak pernah alami lagi," jawab Faiz Azzudin, selamba.
"Apa kata awak bercinta dengan sesiapa? Dating sama-sama ke? Keluar sama-sama ke? Manalah tau awak dapat ilham baru nak tulis novel cinta," cadang Aisyah Maisarah.
"Kau cakap macam kau nak dating dengan aku je." Faiz Azzudin memandang Aisyah Maisarah, dingin.
Aisyah Maisarah hilang kata. "Err…"
"Tapi, bagus juga cadangan kau tu. At least, aku dapat keluar rumah. Jalan-jalan berpasangan macam orang lain." Faiz Azzudin kembali menulis manuskrip.
"Jadi, awak nak keluar dengan siapa?"
"Kalau kau nak aku keluar dengan kau, lebih baik tak payah! Nanti, orang kata aku ni kurang siuman pula."
"Saya tak cakap pun nak keluar dengan awak. Kalau nak keluar dengan saya pun, waktu malam je." Aisyah Maisarah menggulingkan matanya.
Faiz Azzudin mengeluh. "Esoklah, aku tanya siapa-siapa. Ajak Sofea tengok cerita hantu hujung minggu ni. Dia memang minat cerita hantu."
"Dia kan ada cakap dia dah ada boyfriend? Tak pasal-pasal nayalah awak nanti, kacau girlfriend orang," kata Aisyah Maisarah tersenyum kecil lalu tertawa.
"Ajaklah boyfriend dia sekali! Aku nak ajak Tasha je pun," kata Faiz Azzudin, selamba.
"Tasha mana pula?" Aisyah Maisarah mengerutkan dahi.
"Farah Natasha tu. Budak kacukan Melayu-Jerman tu."
"Wow! Mix Melayu-Jerman. Hebat! Okey, saya tak kacau kau orang dating nanti." Aisyah Maisarah terpegun lalu berjalan menghampiri Faiz Azzudin.
Faiz Azzudin melihat Aisyah Maisarah berdiri di sebelahnya. "Kau sebenarnya suka aku ke tak? Tetiba support aku bercinta. Apasal?"
Pakk!! Satu tamparan melekat ke pipi Faiz Azzudin.
"Aduh!" keluh Faiz Azzudin menggosok pipinya. "Apasal kau ni?"
"Saya buat macam ni sebab saya nak awak dapat ilham tulis novel cinta nanti. Bukannya suruh cinta sampai ke Jannah, hingga akhir hayat bersama tu. Suruh bagi dapat ilham je," kata Aisyah Maisarah, dingin.
"Kalau ya pun, janganlah tampar kuat-kuat!" kata Faiz Azzudin bermasam muka.
Ding! Dong! Bunyi loceng itu menarik perhatian dua penghuni rumah itu.
"Siapa pula yang datang tengah malam ni?" soal Aisyah Maisarah, hairan.
Faiz Azzudin bingkas lalu mendekati jendela. Aisyah Maisarah mengikutinya dari belakang. Mereka menjenguk keluar jendela lalu melihat tiada seorang pun di depan rumah. Hanya keheningan larut malam pekat yang menguasai taman perumahan itu.
"Siapa yang bunyikan loceng tadi?" kata Aisyah Maisarah kehairanan.
Faiz Azzudin melangkah ke tingkat bawah, diikuti Aisyah Maisarah. Mereka berjalan ke pintu depan.
Ding! Dong! Loceng itu berbunyi lagi.
Pintu masuk rumah dihampiri mereka berdua. Tangan Faiz Azzudin dihulurkan ke tombol pintu rumahnya. Pintu dibuka perlahan-lahan.
Tiba-tiba, bahu Faiz Azzudin dipegang dari belakang. Sejuk sahaja. Faiz Azzudin mengeluh kecil.
"Shah, aku serius sekarang ni!" kata Faiz Azzudin, dingin.
"Saya dekat luarlah!" kata Aisyah Maisarah berdiri di luar rumah.
Mata Faiz Azzudin terbeliak melihat Aisyah Maisarah berada di depannya. Dia menoleh ke belakang. Tiada sesiapa pun di belakang. Habis? Siapa yang pegang bahu Faiz Azzudin tadi?
"Kenapa Faiz? Ada apa-apa yang tak kena ke?" kata Aisyah Maisarah, lembut.
"Siapa yang pegang bahu aku tadi?" kata Faiz Azzudin dilanda kehairanan.
"Bukan aku! Aku sudah lama keluar ikut tingkap."
"Habis tu, siapa tadi?" Dahi Faiz Azzudin dikerut.
Aisyah Maisarah mengangkat bahunya, tanda tidak tahu.
Ding! Dong! Ding! Dong!
Pandangan dialihkan ke pintu pagar depan. Faiz Azzudin melangkah keluar rumah lalu memakai seliparnya. Mereka berdua berjalan mendekati pintu pagar depan. Faiz Azzudin membuka pintu pagar lalu melihat keheningan di situ. Tiada seorang pun di situ. Sunyi.
"Siapa tadi?" kata Faiz Azzudin tertanya-tanya.
"Rasanya, ada orang nak 'bermain' dengan kau," kata Aisyah Maisarah.
Faiz Azzudin memandang muka roh itu dengan reaksi berwajah kosong. "Tapi, siapa?"
#vote
YOU ARE READING
Penulis Malam
Mystery / ThrillerNovel ini mengisahkan seorang penulis seram amatur, Faiz Azzudin, lelaki yang mampu buka hijabnya untuk melihat makhluk halus di mana-mana sahaja, telah berpindah ke rumah baharunya. Dia menemui seekor hantu bernama Aisyah Maisarah di rumah itu lalu...