KATA-kata dari mulut Farah Natasha dinantikan oleh Faiz Azzudin.
"Saya sebenarnya..." ucap Farah Natasha terasa berdebar.
Faiz Azzudin menanti kata-kata dari gadis itu. Telinganya dipasang.
"...suka awak!" sambung Farah Natasha tertunduk.
Boom!! Sebuah bom nuklear meletus di hati Faiz Azzudin.
Aisyah Maisarah yang berada di luar kafe Tealive, turut terkejut mendengar ayat keramat itu. Dia berundur lantas melenyapkan diri entah ke mana.
"Kenapa... kau suka aku?" kata Faiz Azzudin ingin tahu.
"Sebab... saya pun macam awak. Mata saya... boleh nampak 'benda' tu juga," kata Farah Natasha, jujur.
"Apa?" kata Faiz Azzudin terkejut beruk.
"Pada mulanya, saya fikir, saya seorang sahaja yang nampak 'benda' tu. Rupanya, tak. Saya silap. Kali pertama saya pandang awak, saya anggap awak cuma budak biasa macam kawan kita yang lain. Tapi rupanya, awak pun macam saya."
Faiz Azzudin menampar pipinya sekuat yang mampu. Pakk!!
"Adoi!" kata Faiz Azzudin menggosok pipinya yang ditamparnya tadi.
Mata Faiz Azzudin melihat Farah Natasha berada di depannya. Ini bukan mimpi!
"Selama ni, saya berpura-pura jadi penakut sebab nak dipandang macam orang biasa. Saya pakai contact lens selama ni. Jadi,..." kata Farah Natasha lagi.
Faiz Azzudin melihat kawannya menanggalkan kanta lekap mata kirinya. Mata hijau sebelah kiri Farah Natasha terserlah juga. Mata kanannya kekal coklat seperti insan biasa.
"Mata kiri kau..." Faiz Azzudin terpegun.
"Mata kiri saya sahaja yang boleh nampak 'benda' tu. Mata kanan je tak boleh," terang Farah Natasha memandang tajam ke wajah Faiz Azzudin.
Faiz Azzudin berdiam sahaja. Tidak tahu hendak berbalas kata.
"Saya dah lama perhati kau orang. Cuma, saya diam, tak berani nak dekat. Pasal buku Sofea tertinggal dekat perpustakaan tu pun saya tau," kata Farah Natasha lagi.
"Macam mana..." Faiz Azzudin terpegun.
"Saya ikut kau orang."
~Throwback~
"Seriuslah kau tertinggal buku dekat sini?" kata Faiz Azzudin berjaket hoodie hitam.
"Yalah! Esok, kan nak hantar dah buku tu," balas Safiyah Zulaikha berjaket hitam berbintik putih.
Faiz Azzudin mengeluh. Aisyah Maisarah yang membonceng motosikalnya, terus bergerak turun dari motosikal 125ZR itu. Dia melihat pintu pagar depan ditutup rapat.
"Kita nak masuk macam mana?" kata Aisyah Maisarah.
"Kita pecah masuk," ujar Faiz Azzudin kepada Aisyah Maisarah..
"Apa? Kau gilakah?" Safiyah Zulaikha sekilas memandang Faiz Azzudin dengan mata terbeliak. Padahal, lelaki itu bercakap dengan roh.
Farah Natasha memerhatikan mereka dari dalam kereta Perodua Axia kuning. Mata kirinya ditutup. Susuk tubuh Aisyah Maisarah tidak kelihatan. Mata kiri dibuka semula tetapi mata kanan ditutup. Susuk tubuh Aisyah Maisarah dapat dilihat Farah Natasha. Memang sah Aisyah Maisarah ialah makhluk ghaib.
~End Throwback~
"Sejak waktu tu, barulah saya yakin yang awak ada deria keenam," kata Farah Natasha.
"Habis tu, kenapa kau diam selama ni?" kata Faiz Azzudin, dingin lalu menghirup airnya.
"Sebab saya takut. Saya takut awak tak terima semua ni. Lagipun, awak suka si Aisyah tu, kan?"
Pfftt!! Terpercik air dari mulut Faiz Azzudin kerana ayat terakhir itu.
"Ma... Macam ma..." kata Faiz Azzudin gagap.
"Jangan nak berdalih lagi! Sejak tadi, saya perasan yang Aisyah perhatikan kita berlima tadi. Awak pun perasan juga, kan?" kata Farah Natasha, selamba.
Faiz Azzudin tertunduk kepala. Dia mengangguk.
"Awak jagalah dia! Saya tahu, dia pun suka dekat awak," tambah Farah Natasha mengukirkan senyuman ikhlas.
LANGKAH diatur masuk ke dalam rumah, meluru ke bilik tidurnya. Katil dihampiri Faiz Azzudin. Badannya terus rebah di atas tilam empuk itu.
"Awak jagalah dia! Saya tahu, dia pun suka dekat awak."
Kata-kata Farah Natasha bermain di fikiran lelaki itu.
"Ah, serabutnya!" monolog Faiz Azzudin menggosok rambutnya.
#vote
YOU ARE READING
Penulis Malam
Mystery / ThrillerNovel ini mengisahkan seorang penulis seram amatur, Faiz Azzudin, lelaki yang mampu buka hijabnya untuk melihat makhluk halus di mana-mana sahaja, telah berpindah ke rumah baharunya. Dia menemui seekor hantu bernama Aisyah Maisarah di rumah itu lalu...