MOTOSIKAL dicuci Faiz Azzudin pada petang Ahad itu. Span dicelup ke dalam baldi berisi air sabun lalu membasuh motosikal. Aisyah Maisarah sekadar memerhati lelaki itu dari bangku luar rumah.
Oh, sayangku!
Pimpinkan tanganku!
Menuju mahligai bahgia.
Kita bersama
Nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga!
Oh, kasih!-Luahan Hati-
Kristal.Suara Faiz Azzudin yang merdu itu buatkan hati Aisyah Maisarah mencair lagi.
"Sedap nyanyi! Nyanyi untuk siapa tu?" puji Aisyah Maisarah bersahaja.
Faiz Azzudin menoleh ke belakang, melihat roh itu berdiri di belakangnya. Dia kembali mencuci. "Suka hatilah nak nyanyi ke tak. Kau sibuk ni apahal?"
Aisyah Maisarah tersenyum sinis. "Eleh, ada maknalah tu!"
"Ish, diamlah!"
Aisyah Maisarah duduk bercangkung di sebelah Faiz Azzudin, melihat enjin motosikal dibasuh. "Awak pernah merempit, tak?"
"Tak, sekali pun tak! Aku ni mat moto, bukan mat rempit."
"Okey, faham." Aisyah Maisarah mengangguk sahaja.
Mereka berdiam buat seketika. Faiz Azzudin menukar tempat mencuci motosikalnya.
"Faiz, saya nak tanya ni?" kata Aisyah Maisarah, lembut.
"Sehari kalau kau tak tanya memang tak sah kau. Apa dia?" kata Faiz Azzudin, dingin.
"Betulkah awak ada perasaan dekat saya?"
Booom! Bergegar dunia mendengar soalan itu dari seorang gadis.
Faiz Azzudin merenung tajam ke mata hijau Aisyah Maisarah. "Tak pernah terlintas dalam fikiran, okey!"
"Alah, comel pipi merah!" kata Aisyah Maisarah tersenyum lebar.
"Ish, mana adalah!"
"Baru saya perasaan sekarang. Antara laki dengan perempuan, bila muka merah sebab malu, laki nampak comel lagi," kata Aisyah Maisarah menambahkan lagi kemerahan pada muka Faiz Azzudin.
Faiz Azzudin menjirus air paip ke muka roh itu. Basah kuyup terus muka Aisyah Maisarah.
"Kau jangan nak memandai-mandai eh! Entah-entah kau pun suka aku!" kata Faiz Azzudin, geram.
"Memang saya suka awak pun, Faiz! Dari awal lagi sejak kita jumpa, saya suka awak. Awak ingat roh orang yang dah mati tak ada perasaan ke?" balas Aisyah Maisarah, selamba.
Faiz Azzudin terdiam mendengar kata-kata itu. Dia terus melangkah masuk ke dalam rumah. Kunci motosikal dan helmet diambil. Faiz Azzudin kembali keluar rumah lalu menaiki motosikalnya. Helmet dipakai. Enjin dihidupkan.
"Faiz, awak nak ke mana?" tanya Aisyah Maisarah, hairan.
Motosikal ditunggang keluar dari laman rumah itu. Aisyah Maisarah melihat lelaki itu pergi tanpa berkata apa-apa.
"Saya salah cakap ke?" kata Aisyah Maisarah mula resah.
Paip air ditutup roh itu. Pintu pagar dikatupnya juga. Aisyah Maisarah kembali duduk di atas bangku. Keluhan dilepaskan.
⭐⭐⭐
AIR teh tarik dihidang di atas meja.
"Terima kasih, bang!" ucap Faiz Azzudin.
Air panas itu dihirup sedikit. Fikiran Faiz Azzudin melayang entah ke mana memikirkan hal tadi. Hati pula bermain kata dengan akal.
***
Akal: Dia suka aku?
Hati: Betullah dia suka kau. Kau pun suka dia, kan?
Akal: Ish, tak pernah terlintas dalam fikiran kot! Dia tu roh. Aku ni manusia.
Hati: Haih, Faiz! Kalau dah terasa cinta tu, luahkan je. Selama kau buli dia sebab suka dia, kan?
Akal: Aku cakap,…
***
"Aku tak suka DIALAH!" kata Faiz Azzudin, geram.
Orang ramai di warung itu melihat lelaki itu bercakap seorang diri. Mereka mula berbisik-bisik. Faiz Azzudin melihat sekeliling, terasa malu. Dia menghirup air teh tarik sedikit. Telefon iPhone 6s dikeluarkan. Safiyah Zulaikha dihubungi.
Tut! Tut!… Tut! Tut!…
"Helo, Faiz! Baru nak call kau tadi. Kau dekat mana sekarang?" kata Safiyah Zulaikha.
"Warung dekat simpang tiga masuk taman. Boleh cepat sikit, tak?" balas Faiz Azzudin, sedikit tegas.
"Oh, okey! Okey, nanti, aku sampai."
Talian diputuskan. Faiz Azzudin meletakkan kepala di atas meja makan, mengeluh.
"At least, ada juga 'doktor' untuk aku!" monolog Faiz Azzudin.
Motosikal Honda EX5 berhenti di depan warung itu. Safiyah Zulaikha melihat Faiz Azzudin kelihatan longlai di meja makan. Langkah diatur mendekati lelaki itu.
"Faiz!" seru Safiyah Zulaikha menepuk bahu Faiz Azzudin dari belakang.
Faiz Azzudin mengangkat kepalanya lalu menoleh ke belakang. Dia melihat Aisyah Maisarah muncul di depan matanya.
"Shah!" ujar Faiz Azzudin, gila bayang.
Safiyah Zulaikha kehairanan. "Shah? Ni akulah!"
Faiz Azzudin menggosokkan matanya. Dia melihat Safiyah Zulaikha muncul pula. "Oh, Sofea! Bila datang?"
"Baru je." Safiyah Zulaikha melabuhkan punggung di depan lelaki itu. "Kenapa ni?"
Faiz Azzudin buntu sama ada hendak beritahu atau tidak. Safiyah Zulaikha melihat Faiz Azzudin yang sudah gelisah, mengagak ada sesuatu yang hendak diberitahu oleh jejaka itu.
"Cakaplah! Ni mesti bergaduh dengan girlfriend, kan?" Safiyah Zulaikha membuat andaian.
Faiz Azzudin sekilas memandang Safiyah Zulaikha dengan wajah terkejut. "Eh, mana adalah!"
"Alah, jangan nak tipulah! Tengok muka dah tahulah."
Faiz Azzudin hilang kata. Dia bukannya bergaduh dengan Aisyah Maisarah pun.
"Kalau bergaduh dengan cinta, tu dah jadi kebiasaan dah. Inilah cabaran semasa bercinta. Kau kena kuat untuk hadapi benda ni. Kau ada dua pilihan, sama ada hendak berbaik atau berpisah. Macam tali ikatan juga. Sama ada kau nak leraikan ikatan atau putuskan ikatan. Tali dengan cinta sama je, sebab ada 'ikatan'. Jadi, kalau kau betul-betul suka dia, buatlah cara elok. Faham?" kata Safiyah Zulaikha dengan panjang lebar.
"Kita orang bukannya nak berpisah," kata Faiz Azzudin, dingin.😑
Safiyah Zulaikha menjadi bingung. "What?"
Faiz Azzudin mengeluh.
#vote
YOU ARE READING
Penulis Malam
Misteri / ThrillerNovel ini mengisahkan seorang penulis seram amatur, Faiz Azzudin, lelaki yang mampu buka hijabnya untuk melihat makhluk halus di mana-mana sahaja, telah berpindah ke rumah baharunya. Dia menemui seekor hantu bernama Aisyah Maisarah di rumah itu lalu...