BAB 2-BUDAK BARU

622 82 24
                                    

MOTOSIKAL diparkir di tempat yang disediakan di sekolah menengah itu. Dia berjalan ke kelasnya yang terletak di blok B. Anak tangga dipijak satu per satu ke tingkat tiga. Langkah diatur ke kelas.

Sebaik Faiz Azzudin melangkah masuk, ramai pelajar memulaukan dia kerana mereka sudah tahu Faiz Azzudin ada deria keenam. Dia melabuhkan punggung di kerusi baris hadapan sebelah pintu depan kelas. Cikgu Rohaini melangkah masuk ke kelas.

"Bangun!" arah Ghazali Mustaffar selaku ketua kelas.

Semua murid di dalam kelas itu berdiri.

"Selamat pagi, cikgu!" ucap ketua kelas, diiringi pelajar lain.

"Selamat pagi, murid-murid! Duduk!" balas Cikgu Rohaini, mesra.

Pelajar kelas 5 Cempaka melabuhkan punggung masing-masing.

"Kelas, hari ni, kita ada pelajar baharu," kata Cikgu Rohaini.

Pandangan Cikgu Rohaini dibuang ke luar kelas. Tangannya memberi isyarat kepada pelajar baharu kelas itu. Seorang gadis melangkah masuk ke dalam kelas nombor dua tercorot itu. Dia berdiri di sebelah guru bahasa Melayu itu.

"Sofea, perkenalkan diri!" pinta Cikgu Rohaini tersenyum.

Gadis itu memandang pelajar kelas itu. Dia agak rendah sedikit daripada Faiz Azzudin. Dia kelihatan mesra dan comel. "Nama saya, Nur Safiyah Zulaikha. Panggil Sofea saja."

Cikgu Rohaini sekadar mengangguk. "Sofea, boleh duduk sebelah Faiz tu."

Safiyah Zulaikha memandang guru itu. "Baik, cikgu!" Mesra.

Pandangan dialihkan ke tempat duduknya. Para pelajar mula berbisik-bisik.

"Habislah dia tu nanti!"

"Tak pasal-pasal mati kena saka dia pula!"

"Kesian dia, muka cantik macam tu mati awal."

Faiz Azzudin tidak mengendahkan kata-kata itu. Dia mengeluh kecil.

"Baik, kelas. Kita sambung pembelajaran kita hari ni," kata Cikgu Rohaini.

⭐⭐⭐

BEKAL makanan dari rumah diletakkan di atas meja makan di kantin. Dengan lafaz bismillah, Faiz Azzudin menikmati hidangannya berseorangan. Seseorang muncul di belakang lelaki kurus itu.

"Assalamu'alaikum! Boleh tak saya makan dengan awak? Tempat duduk dekat kantin dah penuh," kata seorang remaja perempuan itu.

Faiz Azzudin mengalihkan pandangan ke belakang, melihat Safiyah Zulaikha berdiri di situ. "Oh, Sofea! Wa'alaikumussalam! Duduklah. Aku pun duduk seorang sahaja."

Safiyah Zulaikha melabuhkan punggung di sebelah Faiz Azzudin lalu meletakkan sepinggan nasi dari kantin di atas meja bulat itu. Dia menikmati nasi goreng dengan sudu.

"Awak, kenapa awak tak makan dengan kawan kita yang lain? Saya tengok awak ni macam antisosial," kata Safiyah Zulaikha mencedok segelintir nasi goreng.

Faiz Azzudin memandang gadis itu, melihat mulut gadis itu menganga. Nasi goreng hendak disuap ke dalam mulut syaitan, bukan mulut Safiyah Zulaikha. Dengan pantas, tangan Faiz Azzudin memegang lengan gadis itu. Safiyah Zulaikha terkejut melihat tindakan lelaki itu lantas memandangnya.

"Lain kali, sebelum makan, baca do'a dulu!" pesan Faiz Azzudin, serius.

Safiyah Zulaikha terasa malu sedikit lalu menundukkan kepala. Nasi goreng tadi dialihkan ke atas pinggan semula. Faiz Azzudin melepaskan lengan Safiyah Zulaikha. Gadis itu membaca do'a sebelum makan. Syaitan yang hendak makan bersama tadi terus melarikan diri, terpaksa berlapar. Safiyah Zulaikha kembali menikmati hidangan setelah mengaminkan do'a.

"Tadi, kau kata apa dekat aku?" tanya Faiz Azzudin, hairan.

"Antisosial," jawab Safiyah Zulaikha sepatah.

Faiz Azzudin mengeluh kecil. "Bukan macam tu. Aku cuma dipulaukan je."

Safiyah Zulaikha mengangkat kening kirinya. "Dipulaukan? Kenapa pula?"

Pandangan Faiz Azzudin dialihkan ke muka Safiyah Zulaikha. Mata hijaunya tepat melirik ke mata coklat gadis itu.

"Mata awak hijaulah! Cantik! Baru saya perasaan," kata Safiyah Zulaikha, terpegun.

"Mata aku ni... boleh nampak benda yang orang lain tak nampak," jelas Faiz Azzudin, jujur.

Safiyah Zulaikha terasa seram sejuk pula mendengar kata-kata itu. Mahu sahaja dia membuka langkah seribu darinya.

"Awak ni... biar betul!" kata Safiyah Zulaikha mula menggigil.

"Betullah! Kalau tak, aku takkan tegur kau baca do'a sebelum makan tadi," ujar Faiz Azzudin memperkukuhkan bukti.

Ada benar juga kata-kata dia ni, desis hati Safiyah Zulaikha.

"Aku cuma nak tolong orang, tapi ramai yang takut dengan aku," kata Faiz Azzudin menunduk lalu makan nasi yang dibekalnya.

Safiyah Zulaikha terasa bersalah pula kerana menjadi takut sebentar tadi. Apabila dilihat pada paras rupa Faiz Azzudin, lelaki itu kelihatan seperti samseng sekolah tetapi dalam hati, rupanya ada taman.

"Dunia sekarang, kan? Tak apa! Saya jadi kawan awak!" kata Safiyah Zulaikha, ikhlas.

Faiz Azzudin terus memandang kawan sekelasnya itu. "Kau serius?"

"Yelah! Bukan selalu nak jumpa orang berderia enam ni. Lagipun, saya suka tengok cerita hantu, macam Train to Busan, Conjuring, Insidious, Annabelle, Sadako,The Ring, dan macam-macamlah."

Faiz Azzudin menjadi terpinga-pinga. "Seriously?"

"Betul! Saya jadi kawan awak, eh!?"

"Okey, dengan syarat! Jangan panggil saya awak saya awak macam tu! Dah macam bercouple pula. Kau tahu, tak? Kalau laki dengan perempuan duduk berdua-duaan, akan ada orang ketiga tau, tak? Jadi, duduk jauh sikit," jelas Faiz Azzudin, serius.

Safiyah Zulaikha berganjak sedikit tempat duduknya jauh dari lelaki itu.

"Bagus!" Faiz Azzudin menunjukkan genggamannya dengan ibu jari terjuntai.

#vote

QueenOfBlink

Penulis MalamWhere stories live. Discover now