AISYAH Maisarah menemani Sharifah Azizah memasuki tandas.
"Aku tunggu dekat sini tau!" kata Aisyah Maisarah berdiri di luar tandas.
"Haa... okey!" kata Sharifah Azizah, ceria.
Sharifah Azizah memasuki tandas lalu melangkah masuk ke kubikel.
Dum! Pintu kubikel ditutup.
Tiba-tiba, seseorang munculkan diri dari hujung kubikel. Gunting digenggam pelajar lelaki itu. Hanya lelaki itu dan Sharifah Azizah sahaja di dalam tandas perempuan itu. Pelajar lelaki itu berdiri di depan kubikel yang Sharifah Azizah berada sekarang. Sharifah Azizah yang sedang melepaskan hajat, terlihat satu bayang berada di luar kubikel.
"Aisyah ke tu?" kata Sharifah Azizah salah tekaan.
Dum! Dum! DUM!!! Pintu dirempuh kuat.
Sharifah Azizah terkejut sakan melihat seorang pelajar lelaki berada di dalam tandas perempuan. Gunting yang digenggam lelaki itu dilihatnya.
"Kau buat apa?" kata Sharifah Azizah mula resah.
Pelajar lelaki itu melangkah mendekati gadis itu.
"Tolong! Lepaskan aku!" teriak Sharifah Azizah, cemas.
Aisyah Maisarah yang terdengar teriakan itu terus memasuki tandas.
"Tak nak! Jangan dekat! JANGAAAAAAANNN!!!!" teriak Sharifah Azizah lagi.
Aisyah Maisarah melangkah menghampiri suara itu, berdiri di depan kubikel yang Sharifah Azizah berada.
"Ughh!" keluh Sharifah Azizah, lemah.
Aisyah Maisarah menutup mulutnya sebaik melihat kawannya ditikam pada perut. Sharifah Azizah menjadi longlai di atas mangkuk tandas itu. Lelaki itu memusingkan badannya ke belakang, melirik tepat ke mata Aisyah Maisarah.
"Kau ni dah kenapa, Zack!?" tempik Aisyah Maisarah kepada Razak Zakwan.
Razak Zakwan berdiam sahaja.
"Kenapa kau bunuh dia!? Kau memang gila! KAU GILA!!!" kata Aisyah Maisarah, marah.
"Ya, memang aku gila. Sebab aku GILA cintakan kau!" ujar Razak Zakwan mendekati Aisyah Maisarah.
Tubuh badan Razak Zakwan kian dekat dengan tubuh Aisyah Maisarah. Gunting yang dipegang Razak Zakwan itu diacu ke arah gadis itu, membuatkan gadis itu mula ketakutan. Aisyah Maisarah mengundurkan langkah lalu tersandar pada dinding.
"Kau kena ikut aku!" Badan Razak Zakwan mula menghimpit badan Aisyah Maisarah.
"Tak nak!" balas Aisyah Maisarah menangis.
Hujung gunting tajam itu menyentuh perut Aisyah Maisarah lalu menusuk perlahan-lahan.
"Sakitlah!" Aisyah Maisarah menepis tangan Razak Zakwan ke tepi dengan kasar.
Gunting tersebut terus menusuk perut Razak Zakwan. Aisyah Maisarah terbeliak mata dengan perbuatannya tadi. Razak Zakwan mengeluarkan darah dari mulutnya lalu rebah. Aisyah Maisarah terduduk dengan matanya yang terbuntang luas.
"KYAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!" jerit Aisyah Maisarah ketakutan.
Gadis yang terselamat itu melangkah keluar dari tandas perempuan itu. Dia berlari ke tempat letak motosikal pelajar. Motosikal Yamaha RXZ dicapainya. Enjin dihidupkan terus. Aisyah Maisarah terus menunggang keluar dari kawasan sekolah.
"Woi, sekolah tak habis lagi!" jerit pengawal di pondok, melihat Aisyah Maisarah menunggang keluar dari sekolah.
Jeritan itu tidak menghiraukan Aisyah Maisarah. Motosikal ditunggang ke kedai berdekatan.
YOU ARE READING
Penulis Malam
Misterio / SuspensoNovel ini mengisahkan seorang penulis seram amatur, Faiz Azzudin, lelaki yang mampu buka hijabnya untuk melihat makhluk halus di mana-mana sahaja, telah berpindah ke rumah baharunya. Dia menemui seekor hantu bernama Aisyah Maisarah di rumah itu lalu...