FAIZ Azzudin memarkir motosikal di bawah anjung rumah. Dia bergerak turun dari motosikal lalu berjalan ke pintu masuk rumahnya. Pintu dibuka.
"Assalamu'alaikum!" ucap Faiz Azzudin.
Langkah diatur masuk. Aisyah Maisarah yang muncul dari dapur, melihat lelaki itu tiba.
"Wa'alaikumussalam. Awak dah balik! Saya ada masak untuk awak!" kata Aisyah Maisarah berdiri di muka pintu dapur seraya memegang semangkuk hidangan.
"Tak apalah. Terima kasih. Aku tak makan makanan hantu," balas Faiz Azzudin, selamba.
Pintu bilik dibuka. Aisyah Maisarah muncul di dalam bilik pula. Di tangannya, semangkuk nasi goreng dipegang. Beg sekolah Faiz Azzudin diletakkan di tepi pintu bilik.
"Rasalah dulu!" pinta Aisyah Maisarah merayu.
"Tak mahulah! Tak pasal-pasal aku makan ulat pula nanti," balas Faiz Azzudin, keras.
Faiz Azzudin bergerak keluar dari biliknya lantas menutup pintu rapat. Dia memusingkan badannya. Aisyah Maisarah muncul lebih dekat lagi. Kali ini, di depan mata.
"Sikit pun jadilah!" kata Aisyah Maisarah dengan wajah penuh harapan.
Faiz Azzudin melihat nasi goreng kegemarannya di depan mata lalu mengeluh. "Kalau aku mati sebab keracunan makanan, jangan sesekali langkah mayat aku nanti!"
Sudu dari mangkuk diambil lalu mencedok nasi goreng. Dengan lafaz bismillah, Faiz Azzudin makan sesuap nasi goreng itu. Dia merasainya.
"Macam mana? Sedap, tak? Okey, tak?" soal Aisyah Maisarah ingin tahu.
"Tak sedap! Boleh kurangkan garam tak lain kali? Masin sangat tahu, tak! Kalau macam ni, lebih baik tak payah masak untuk aku! Bagi je kat mayat!" jawab Faiz Azzudin mengkomplen.
"Oh, masin eh!" Senyuman Aisyah Maisarah terus pudar.
"Yalah! Ni… aku nak keluar kejap. Beli barang dapur."
"Okey!"
Faiz Azzudin melangkah ke pintu depan rumah. Dia tersenyum kecil. Sedap juga nasi goreng tu tadi. Garam lebih pun dah cukup sedap, desis hatinya.
"Saya dengar apa hati awak kata. Cuma, mulut awak sendiri tak nak akuinya. Betul, tak?" kata Aisyah Maisarah tersenyum lebar.
Faiz Azzudin terkejut mendengar kata-kata hantu itu. Dia memandang Aisyah Maisarah di belakangnya, dingin. "Mana adalah!? Sendiri perasan!"
"Eleh! Tak nak mengaku pula."
"Dahlah! Aku nak keluar ni!" Faiz Azzudin kembali bergerak keluar dari rumah itu.
"Hmm… Yalah! Jaga diri tu baik-baik!" pesan Aisyah Maisarah, ceria.
Enjin motosikal dihidupkan. Motosikal terus ditunggang keluar dari rumah itu. Pintu pagar ditutup rapat sebelum bergerak pergi dari situ.
⭐⭐⭐
MOTOSIKAL diparkir di depan kedai 7Eleven. Faiz Azzudin menuruni motosikalnya lalu melangkah masuk ke kedai itu. Pintu dibuka. Pandangan dibuang ke arah jurukaunter. Dahi dikerut.
"Sofea?" ujar Faiz Azzudin melihat Safiyah Zulaikha bekerja di situ.
Safiyah Zulaikha mengukirkan senyuman manis melihat rakannya datang. Dia melambai tangan.
"Kau kerja sini ke?" soal Faiz Azzudin mendekati Safiyah Zulaikha.
Safiyah Zulaikha mengangguk. "Ya, baru kerja dua tiga hari ni."
"Oh, baguslah macam tu!"
"Faiz! Nak minta tolong sikit boleh, tak?" seru Safiyah Zulaikha, perlahan.
"Apa dia?" kata Faiz Azzudin mengekalkan senyumannya.
"Boleh tak kau datang pukul 7 malam nanti, lepas Maghrib? Boleh, tak?" pinta Safiyah Zulaikha.
Senyuman di bibir Faiz Azzudin pudar. "Kenapa pula?"
Safiyah Zulaikha menunding jari ke arah stor kedai itu, melihat stor tersebut. "Aku rasa, ada 'benda'lah dalam stor. Sebab, waktu aku nak kemas barang, ada bunyi bising, bukan bising biasa-biasa macam barang jatuh. Cuma, bising macam ada orang mengamuk entah apa-apa. Lepas tu, ada orang menangis. Padahal, saya seorang sahaja masa tu."
"Jadi, kau nak aku halau 'benda' tu!?"
"Ya, staf kedai ni pun pernah kena dengan 'benda' tu. Please, awak!"
"Ermm… yalah. Lepas Maghrib nanti, aku datang."
⭐⭐⭐
BARANG-barang yang sudah dibeli, diletakkan di atas meja. Aisyah Maisarah melihat bahan-bahan masakan sudah tiba.
"Kita nak apa masak malam ni? Biar saya masak!" kata Aisyah Maisarah tersenyum.
"Malam ni, kita keluar. Ada kerja sikit untuk kau!" balas Faiz Azzudin memandang Aisyah Maisarah berambut panjang sampai ke pinggang.
"Kerja apa?" Aisyah Maisarah mengangkat kening kanannya.
⭐⭐⭐
MATA Aisyah Maisarah tertumpu di kedai 24 jam yang masih dibuka pada waktu senja di depannya itu. Buat kali pertama dia merasai dunia luar.
"Jomlah!" ujar Faiz Azzudin melangkah masuk ke dalam kedai 7Eleven.
Safiyah Zulaikha melihat Faiz Azzudin datang. Dia menjadi teruja.
"Kau datang juga!" kata Safiyah Zulaikha tersenyum lebar.
"Hmm… boleh kita tengok stor tu?" kata Faiz Azzudin.
Riak wajah Safiyah Zulaikha berubah menjadi pucat mendengar persoalan itu. "Ah, jo… jomlah!" Gagap.
Dua remaja itu melangkah ke stor kedai itu. Safiyah Zulaikha berdiri di belakang lelaki itu.
"Kau yakin ke ada 'benda' tu?" kata Faiz Azzudin bersahaja.
"Betul! Tak tipu!" balas Safiyah Zulaikha, manja.
Pintu stor dihampiri. Safiyah Zulaikha membuka pintu itu lantas menyorok semula ke belakang badan lelaki itu. Bilik stor yang gelap dan dingin jelas dilihat dari luar.
Ding! Dong!
"Oh, ada pelanggan! Aku pergi kejap ya!" kata Safiyah Zulaikha memandang ke depan kedai, terlihat pelanggan datang.
Faiz Azzudin melihat gadis itu bergerak pergi. Pandangan dialihkan ke stor semula. Aisyah Maisarah muncul dari dalam stor itu.
"Macam mana? Ada tak?" kata Faiz Azzudin, perlahan.
Aisyah Maisarah mengangguk. "Masuklah!"
Langkah diatur masuk ke dalam stor itu. Pintu stor ditutup tiba-tiba sebaik Faiz Azzudin melangkah lebih dalam. Sedikitpun tidak terkejut, sudah menjadi kebiasaan.
"Shah, kau dekat mana?" kata Faiz Azzudin cuba melihat dalam gelap.
"BARH!!" sergah Aisyah Maisarah muncul di depan lelaki itu dengan wajah berdarah.
Faiz Azzudin kelihatan dingin. "Boleh serius, tak?"
Aisyah Maisarah tersengih lalu tertawa kecil. "Yalah!"
"Mana 'benda' tu?"
"Oh, kau dengar dulu!"
Faiz Azzudin memasang telinganya lalu terdengar bunyi seseorang sedang menangis. "Bayi ke? Tak pun pontianak?"
"Kedua-dua tu, tak!" balas Aisyah Maisarah, selamba.
"Habis tu apa?"
"WAAAAAARRRGGGHHHHH!!!!!" Bunyi dari mana entah dapat didengar, kuat.
#vote
YOU ARE READING
Penulis Malam
Mystery / ThrillerNovel ini mengisahkan seorang penulis seram amatur, Faiz Azzudin, lelaki yang mampu buka hijabnya untuk melihat makhluk halus di mana-mana sahaja, telah berpindah ke rumah baharunya. Dia menemui seekor hantu bernama Aisyah Maisarah di rumah itu lalu...