BAB 1

699 21 0
                                    

#MARRIAGE

ERNIE POV

        Laju saja jari-jemari saya menari di atas keyboard pc. Saya harus menyiapkan kerja yang masih tersisa sebelum bertukar jawatan menjadi PA kepada COO yang baru saja di lantik tempoh hari.
      Kerana terlalu sibuk menyiapkan kerja, kehadiran lilly di sebelah saya sejak tadi langsung saya tidak endahkan. Kerja saya lagi penting daripada melayan mulut lilly yang tak ubah seperti makcik bawang. Setiap hari ada saja cerita baru yang dia dapat.

“ehh! Kalau aku tak silap hari nie kan COO baru kita tu start”

    Ujar lilly teruja setelah puas jadi pemerhati, bukan dia tidak tau yang saya sengaja tidak mempedulikan kehadirannya sejak tadi.
   Saya hanya menjongketkan kedua belah bahu sebagai isyarat tidak tau. Mata saya hanya tertumpu pada pc dan kertas-kertas kerja yang berselerak di atas meja.

“bukan kau kena tukar department kah? Hari nie kan sepatutnya?”lilly. Saya mengangguk kecil mengiyakan soalan lilly.

“habistuh kau buat apa lagi di sini?”lilly

     Saya mengeluh. Rasa geram pada lilly membuak-buak. Mau saja saya ketuk kepala lilly supaya dia berhenti bercakap.

“aku masak nasi nie, kau nak makan?”

     Sindir saya geram. Laju saja lilly menampar lembut bahu saya.

“kau nie! Aku tanya betul-betul kau loyar buruk pula”lilly.
“habistuh? Ishhh! Kau nampakkan aku banyak kerja nie, boleh tak kau jangan banyak soal?”

   Lilly hanya tersenyum sambil dia mengemas sedikit kertas-kertas yang berselerak di atas meja saya.

“aku tanya ja, aku hairanlah sikit kenapa kau masih ada di sini”lilly

   Lembut saja lilly menutur kata-katanya. Saya menghela nafas panjang. Lilly nie memanglah macam makcik bawang tapi saya tidak nafikan yang lilly adalah sahabat yang baik.

“aku nak siapkan kerja aku nie, esok aku pindahlah”
“kau kena pindah ke department apa ya? Dari hari tu aku tanya, kau tak jawap pun”lilly.
“ehh! Kau bukan wartawankah dalam office nie? Bukan hari tu kau kata pada aku yang semua berita dalam office nie kau boleh dapat sekelip mata, petik jari ja. Kan?!”
“itu lain, ini lainlah!”lilly.
“aku kena tukar jadi PA kepada COO bar.....”
“hahhh!”cantas lilly dengan suara kuat.

    Laju saja saya berdiri dan terus menutup mulut lilly, semua mata yang ada di department kami memandang pelik pada kami berdua

“kau kenapa? Kena rasuk?”ujar saya geram. Lilly sengih.
“kau biar betul kena tukar jadi PA, COO baru kita”tanya lilly tidak percaya.
“betullah! Yang kau terlebih excited nie kenapa?”
“tiadalah, bestlah kau dapat jadi PA kepada COO baru tu”lilly.
“apa yang best? Kau tau tak yang aku nie tengah stress memikirkan tentang COO baru kita tu. Aku dahlah tak pernah nampak orangnya tu macam mana, boleh pula aku yang di lantik jadi PA untuk dia. Entah-entah tua krepot. Haihh! Hari-harilah akh stress kalau macam nie”

   Bebel saya sambil memicit-micit kepala saya yang tidak sakit. Entah macam manalah diorang boleh pilih saya jadi PA. Kenapalah diorang tak pilih makcik bawang satu nie!! Kalau aku letak jawatan, susah juga. Bukan senang nak dapat kerja sekarang nie.

“hoii! Yang kau tegeleng-geleng nie kenapa?”sergah lilly.
“lilly kau tau tak ak....”

    Terbantut terus niat saya mengadu pada lilly, apabila perhatian saya di curi oleh seorang lelaki yang sedang melangkah masuk di iringi CEO sendiri.

“itukah COO baru tu?”lilly.

   Saya mengalih pandangan kepada lilly yang tengah sibuk membetulkan rambut dan bajunya.

MARRIAGEWhere stories live. Discover now