BAB 22
SYAMEL POV
Tangisan hannah dan juga jeritan ernie mengejutkan saya dari tidur. Mata saya liar mencari kelibat ernie dan hannah di dalam bilik. Kosong!
Dengan pantas saya berdiri dan berlari turun ke tingkat bawah. Suara ernie dan hannah datang dari bawah.
Saya melihat ernie duduk di satu sudut sambil meramas-ramas rambutnya. Mata saya liar ke sana sini mencari hannah. Akhirnya pandangan saya terhenti pada sofa, hannah ada di situ dengan darah yang berlumuran.
“hannah!”
Saya terus berlari dapatkan hannah, saya terus mendukung hannah dan mencari di mana datang darah tadi. Bagai di siat-siat hati saya bila melihat paha montel hannah di hiris.
Saya memandang ernie yang seperti tidak waras, luntur niat saya hendak memarahi ernie. Dari mana dia dapat pisau nie? Setahu saya, saya sudah sorok di tempat lain.
Saya meletakkan hannah sebentar di atas sofa kemudian saya melangkah menghampiri ernie.
“jangan dekat! Jangan! Nanti aku bunuh kau! Pergi!!!”jerit ernie.
Tidak memperdulikan ugutan ernie, saya terus saja melangkah dan menarik dia berdiri. Saya memeluk dia dengan erat. Sedih hati saya melihat ernie seperti sekarang. Ini semua salah saya!
“sayang.... tolonglah... jangan buat saya macam nie.. saya merayu. Saya sayangkan sayang. Saya cintakan sayang”rayu saya menahan sebak. Dengan pantas ernie menolak saya.
“tak! Kau tak sayang aku! Kau ada perempuan lain! Kau madukan aku! Kau tipu aku!!!”jerit ernie.
“tak sayang, percayalah. Sayanglah isteri pertama saya dan sayang jugalah isteri terakhir saya. Saya dah ceraikan ramona. Saya dah takda apa-apa dengan dia! Ramona dah kena penjara dah”
“tak! Kau tipu aku! Kau tipu!!”ernie
“saya tak tipu!”
“kau tak tipu aku?”ernie perlahan.
“tak saya tak tipu, saya cintakan sayang”balas saya dan terus memeluk ernie.
“kenapa kau buat aku macam nie? Aku sayangkan kau! Kenapa kau tipu aku!”ernie dengan suara begetar
“saya tau saya salah, bagi saya peluang sekali lagi. Saya janji, saya takkan sakiti sayang lagi. Maafkan saya”
Tiada respon dari ernie, dia senyap. Tiada sebarang bunyipun dari ernie. Ernie juga langsung tidak bergerak.
“ernie...”panggil saya.
Masih sama, tiada respon dari ernie. Saya jadi panik, saya melepaskan pelukan. Ernie terus melorot jatuh. Dengan pantas saya menangkap ernie semula, sikit saja lagi dia jatuh di atas lantai.
Saya mendukung ernie dan bawa dia masuk ke dalam kereta kemudian saya masuk semula kedalam rumah mengambil hannah.
Selepas itu saya terus memandu laju ke hospital yang berdekatan. Sempat saya menelefon lilly, memaklumkan tentang ernie.
Setibanya saya di hospital ernie dan hannah terus di kejarkan ke zon merah. Hannah tidak lagi menangis, dia diam sama seperti ernie. Saya
Saya jadi gusar melihat kedua-dua orang yang saya sayang jadi seperti itu. Saya takut, saya tak mahu kehilangan mereka. Cukuplah hannan pergi tanpa sempat saya melihat dan memberikan kasih sayang pada dia.
“syamel! Apa jadi? Mana ernie dan hannah?”soal lilly yang baru saja sampai. Hael turut bersama dia.
“ernie kat dalam, masih kena rawat. Aku tak tau, aku sedar-sedar ja paha hannan dah luka”
“kau dah tahu keadaan ernie macam mana! Kenapa kau tak jaga dia? Kenapa tak sorok benda-benda tajam tu semua!”hael.
“aku dah sorok, tak tau macam mana dia boleh jumpa. Aku minta maaf, memang salah aku. Aku lalai”
“baru sekarang kau nak mengaku salah kau?! Selama nie apa ja yang kau buat! Ernie jadi macam nie sebab kau!!”bentak hael.
“abang... dahlah tu. Syamel dah minta maafkan”lilly.
“kenapa dengan lilly nie? Lilly dah lupakah apa dia buat pada ernie?”hael
“saya tak lupa, tapi dia dah minta maafkan? Manusia mana yang tak buat salah”lilly.
“semudah itu ja sayang maafkan dia?!”
“ya! Dalam keadaan ernie macam nie, kita tak boleh pentingkan diri sendiri. Ernie jadi macam tu di sebabkan kita semua! Dia tertekan! Tapi dia pendam semuanya seorang diri! Nak dia tambah tekanan dia lagi?!”balas lilly memarahi hael. Hael terus diam begitu juga saya.
Hampir sejam saya berlegar-legar di depan pintu zon merah. Akhirnya pintu di buka dan doktor pun keluar. Jantung saya jadi laju takut dengan segala kemungkinan.
“macam mana isteri dan anak saya doktor?”soal saya senafas.
“isteri dan anak encik ok, dua-dua stabil. Selepas mereka di pindahkan ke wad kamu boleh lawat”doktor.
“ok, terima kasih doktor”
Saya menghela nafas lega. Selepas urusan pemindahan ernie dan hannah ke wad selesai. Saya terus saja melawat ernie sementara lilly dan hael pergi melawat hannah.
“sayang....”panggil saya lembut. Ernie menoleh memandang saya.
“kita berubat ya”
“berubat kenapa? Saya tak sakitlah!”
“ya, sayang tak sakit. Tapi sayang tetap perlukan rawatan”
“taknak! Aku kata aku tak sakit! Aku tak perlukan rawatan!”
“sayang... sayang tak kesiankan hannan kah? Dia mesti sedih tengok Keadaan ibu dia sekarang”
“ya. Kalau sayang taknak buat rawatan tu untuk saya, sayang buat untuk hannan dan hannah. Hannah masih perlukan sayang, dia perlukan ibu dia”tambah saya.
Ernie terus membuang pandangan ke tempat lain, entah apa yang dia fikirkanpun saya tidak pasti. Saya Cuma berharap yang dia akan bersetujuh untuk melakukan rawatan nanti.
ERNIE POV
SEBULAN KEMUDIAN.....
Saya tersenyum kecil mendengar gelak tawa hannah bermain dengan syamel. Syamel sudah banyak berubah, dia sudah dapat menerima hannah begitu juga dengan hannan.
Dia tidak lagi melayani saya seperti dulu. Sekarang dia sudah banyak masa untuk saya, tidak pernah seharipun dia tidak pulang ke rumah.
“sayang.. sarung tangan hannah basah nie. Gantilah, kesian dia tak selesa. Kan hannah?”ujar syamel.
“alah, tak payahlah. Nanti keringlah tu”
“mana boleh, kesian dia”syamel.
Saya hanya menggeleng kepala melihat ketelitian syamel tentang pemakaian hannah. Saya berdiri dan melangkah hampiri katil. Saya mengambil tempat duduk di atas tilam.
“buka ja lah sarung nie, dia dah besar dah. Tak payah pakai sarung tangan. Sayang yang beria sangat pakaikan dia”bebel saya sambil membuka sarung tangan hannah.
Hannah terus membuka genggaman tanganya sebaik saja sarung terbuka. Sebentuk cincin jatuh di atas tilam. Saya mengambil dan memandang pelik pada cincin itu. Pelik, dari mana datangnya.
“sayang?”soal saya pada syamel sambil mengajukan cincin tu pada dia.
Syamel mencapai tangan saya dan di genggamnya dengan erat.
“saya dah banyak buat salah, saya sakitkan hati sayang, saya musnahkan hidup sayang, saya tak percayakan sayang, saya abaikan tanggungjawap saya pada sayang, saya biarkan sayang menderita, saya takda di sisi sayang di saat sayang perlukan saya, saya hina sayang, saya buat sayang macam takda perasaan. Terlalu banyak salah saya pada sayang. Saya minta maaf, saya salah. Saya menyesal sangat....”
“sayang”cantas saya sebak.
“shhh! Bagi saya habis cakap dulu. Cincin tu sebagai tanda untuk kita mulakan hidup baru, hidup yang lebih bahagia dan saya akan menebus semua kesalahan saya pada sayang. Saya janji saya akan jadi suami yang baik, yang bertanggungjawap dan saya janji saya akan jadi suami dan daddy yang penyayang. Saya harap, saya dapat maafkan saya dan berikan saya peluang sekali lagi”
“saya dah lama maafkan sayang”balas saya.
“tak payahlah menangis”syamel bergurau.
Saya ketawa kecil. Syamel mengesat perlahan airmata saya di pipi. Dia mengambil cincin itu dari saya kemudian dia menarik tangan saya dan terus menyarung cincin itu di jari manis saya.
“kita mulakan hidup baru, janji dengan saya. Kita berdua takkan menoleh kebelakang lagi”syamel dengan nada sebak. Airmatanya perlahan-lahan menitik keluar.
“tak payahlah menangis”ajuk saya bergurau. Syamel ketawa kecil
“mana ada menangis. Mata masuk habuklah, kan hannah? Mana ada daddy nangiskan?”balas syamel sambil mengaga-aga hannah. Hannah senyum meleret.
Saya hanya senyum memandang mereka berdua, inilah hari yang paling membahagiakan saya. Melihat syamel tersenyum gembira dengan hannah menyentuh hati saya. Tanpa saya duga airmata gembira mengalir di pipi.
“heiii... hannah, tengok ibu tu. Ibu nangislah. Ishh! Apalah ibu nie kan, buat malu ja. Tengok hannah, tak nangispun kan?”tegur syamel bergurau. Saya ketawa kecil.
“ibu tak nangislah tapi ibu gembira sebab daddy dah sayangkan kita dah”balas saya sambil mencuit pipi hannah.
“sejak dulu lagi saya dah sayangkan sayang. Tapi sebab ego, saya butakan mata dan hati saya. Maafkan saya ya”syamel.
Dia menggenggam tangan saya lantas di kucup lembut kemudian dia menarik saya ke dalam pelukanya. Akhirnya segala derita saya di balas dengan kebahagiaan.
“i want to spent my lifetime loving you...”ucap saya di dalam pelukan syamel.
“terima kasih sayang, i love you so much”ucap sambil mengusap-ngusap belakang saya.
Hannan, pemergian kamu membawa seribu satu hikmah untuk ibu. Dua jiwa kini menjadi satu, ibu harap kebahagiaan ini akan berkekalan selamanya. Tenanglah kamu di sana nak, ibu sentiasa rindukan kamu..
TAMAT.
YOU ARE READING
MARRIAGE
RomancePENULIS : NINAA NINA PAGE : NINAA TYPEWRITER Bermula sebagai PA kepada syamel selaku COO syarikat NN holding, ernie sudah pun menyimpan perasaan kepada syamel sejak pertama kali mereka bersua muka. Berbeza dengan syamel yang membenci Ernie dan...