BAB 16

288 17 1
                                    

#MARRIAGE
BAB 16

RAMONA POV

Mangga yang terpasang pada grill rumah syamel dan ernie saya pandang seketika. Syamel banyak berubah sudah banyak berubah dan saya yakin semua nie jadi di sebabkan ernie!
  Ernie betul-betul sudah melampaui batas, tidak cukupkah dia rampas syamel dari saya dulu dan sekarang nie dia racun fikiran syamel pula!
  Mundar-mandir saya berjalan di hadapan rumah mereka. Saya takkan berganjak dari sini selagi saya tidak bertemu dengan ernie! Saya takkan lepaskan dia kali nie, saya sudah cukup bersabar tapi nampaknya dia seperti mahu mencabar kesabaran saya. Dia tak kenal lagi saya siapa!
  Setelah puas menunggu akhirnya ernie kelibat ernie kelihatan. Dia memandang saya dengan wajah ke hairanan dan saya memandangnya dengan penuh rasa benci.

“cari siapa cik?”ernie bermukadimah.

  Saya tersenyum sinis lantas memeluk tubuh, jelingan tajam saya lemparkan pada dia. Hipokrit sungguh perempuan di hadapan saya sekarang.

“kau mengandung rupanya, dah berapa bulan?”soal saya berbasa-basi
“ohh, dah 8bulan. Cik siapa ya? Saya rasa macam pernah nampak cik tapi saya tak ingat sangatlah”ernie
“aku wife syamel. Kenal dah sekarang?”
“wife?”ernie seakan-akan tidak percaya
“kau bodohkah apa nie. Aku dah kata wife syamel, wife syamel lah. Tak payahlah ulang soalan tu!”balas saya bernada keras. Riaknya wajahnya berubah memandang saya.
“cik janganlah bergurau pasal benda nie, tak baik tau. Sebab syamel tu husband saya”ernie
“aku taulah dia husband kau. Sebab tulah aku datang sini jumpa kau. Kau nie memangkan, perempuan tak tau malu! Dah takdakah lelaki dalam dunia nie sampaikan husband orang lainpun kau nak sapu?!”bentak saya mereka cerita.
“apa yang cik merepek nie? Saya tak rampaspun dia. Setahu saya, masa saya kahwin  dengan dia, dia bujang lagi tak kahwin dengan sesiapapun lagi”ernie
“itu yang kau tau, yang kau taktau sebenarnya dia dah kahwin dengan aku masa tu. Sekarang nie kau dah rampas dia, kau racun pula fikiran dia!!”
“racun fikiran dia? Saya tak buat apa pun. Dan kalau saya nie terampas dia dari kau, saya minta maaf, saya betul-betul taktau yang dia dah kahwin masa tu”ernie
“ehh! Aku tak hadappunlah maaf kau tu! Sekarang nie aku nak tau, apa kau buat pada syamel sampaikan dia layan saya macam sampah sekarang nie!”
“saya tak buat apa punlah, cik nie kenapa? Datang rumah saya lepas tu serang saya macam nie kenapa? Saya boleh lapor polis tau kalau cik macam nie!”ernie
“kau ugut aku? Ehh! Sebab kau syamel duakan aku tau! Sebab kau syamel dah tak pedulikan aku! Semua nie sebab kau dan anak sial dalam perut kau tu!”
“kau cakap elok sikit ya! Kau nak hina aku, kau hinalah sepuas hati kau tapi jangan sesekali kau libatkan anak aku!”ernie lantang.
“aku peduli apa dengan anak kau! Yang aku tau kau dengan aku nie memang pembawa sial! Menyusahkan hidup aku! Kenapalah kau dengan anak kau nie tak mati-mati lagi!!!!”bentak saya. Tanpa saya duga ernie berani menampar saya.
“jaga sikit mulut kau tu! Anak aku takda kena mengena dalam hal nie! Lebih baik kau pergi dari sini sebelum aku call polis!”ugut ernie lagi.

  Api kemarahan saya semakin membara, berani dia naik tangan pada saya. Dasar perempuan tak sedar diri! Pelacur!
  Saya menampar ernie dengan kuat sekali sebagai balasan kerana berani menampar saya kemudian saya menarik rambut dan apa saya yang saya boleh tarik agar ernie merasa sakit.
  Namun ernie tidak berdiam diri, sedaya-upaya dia melawan perbuatan saya dan terjadinya pergulatan di antara kami. akhirnya saya menangkap kedua bahu ernie dan terus menolak dia.
   Dia terjatuh di atas lantai serentak dengan itu, darah mengalir keluar dari celah kelengkangnya. Saya tersenyum memandang dia. Apa yang buat saya lebih berpuas hati apabila mendengar dia mengerang kesakitan. Padan muka kau ernie!

“ini balasan untuk kau sebab kau berani lawan aku! Sundal!”ujar saya puas.
“ramona!!” jerit seseorang

  Saya berpaling menoleh ke arah suara lelaki itu. Membuntang mata saya bila melihat syamel berlari dapatkan ernie. Macam mana pula syamel boleh  ada di sini? Bukankah dia outstation?!

MARRIAGEWhere stories live. Discover now