BAB 20

313 17 3
                                    

#MARRIAGE
BAB 20

LILLY POV

   Ernie terus memalingkan wajahnya tatkala melihat saya datang melawat dia. Awal pagi tadi syamel mengejutkan saya dengan berita, ernie cuba membunuh diri dan hannah hampir lemas di dalam bath tub dengan air yang terpasang.
  Saya mengambil tempat duduk di sisi ernie di atas tilam. Saya membiarkan keadaan sunyi seketika, biar ernie merasa tenang.

“kenapa pandang tempat lain?”soal saya. Ernie menggeleng perlahan.
“takdalah, permandangan kat situ cantik sangat”ernie. Mata saya meliring memandang sudut yang di maksudkan ernie
“dinding putih tu pun kau kata cantik?”
“cantiklah tu, putih bersih”ernie.
“kenapa kau buat macam nie? Kan aku dah kata kalau kau ada apa-apa masalah kongsi dengan aku, aku boleh dengar. Tengoklah sekarang nie, kau bukan ja sakiti diri sendiri tau tapi kau sakiti hannah. Hannah nyaris mati tau, nasib baik syamel cepat  sampai”ujar saya mula membebel. Akhirnya ernie memandang saya.
“hannah! Hannah! Tak habis-habis hannah! Korang langsung tak fikirkan hannan kan?!”ernie bernada tidak puas hati.
“kenapa dengan kau nie? Aku bukan tak fikirkan hannan tapi aku tau dia dah tenang di sana. Sekarang nie hannah yang ada dengan kau, kenapa kau nak sia-siakan? Kenapa kau buat dia macam tu? Kalau jadi apa-apa macam mana?”
“kau cakap senanglah lilly, kau tak rasa apa aku rasa! Hannah tu menyusahkan tau tak?! Tak henti-henti menangis, baik dia mati ja. Aman hidup aku”
“ernie! Bawa mengucap! Hannah tu anak kau! Kau sedar tak yang kau tengah sumpah dia?!”
“aku peduli apa? Bukan kau yang jaga hannah, aku! Lagipun, alang-alang aku dah kehilangan hannan lebih baik hannah pun ikut sekali...”
“ERNIE!!”cantas saya separuh mmenjerit. kedua bahunya terkejut.
“kenapa kau tinggikan suara dengan aku?!”ernie
“kau sedarkah dengan apa yang kau cakap tadi?! Aku tak suka kau sumpah hannah macam tu! Hannah tu ja la satu-satunya anak kau sekarang tapi kau sanggupkan sumpah dia macam tu? Mana pergi akal kau....”
“aku stress kau tau tak?! Aku tertekan! Aku penat urus dia! Aku penat fikirkan syamel! Aku dah penat dah nak teruskan hidup aku! Tuhan tak henti-henti uji aku! Tuhan tu tak adil! Lebih baik aku mati ja kalau macam nie! Kau faham tak?!!”cantas ernie juga meninggi suara, membuatkan saya tergamam  seketika.
“aku dah kata, banyak kali aku pesan dengan kau. Kalau kau ada masalah cerita dengan aku. Jangan pendam sorang diri. Atau kau tak percayakan aku?!”
“diamlah lilly, kau tak tau apa-apa!”bentak ernie terus membuang muka.

  Saya mengeluh perlahan, nampaknya saya perlu berlembut sedikit. Dengan keadaan  ernie sekarang saya tidak boleh berkeras kalau tidak lain pula akan jadi nanti.

“ernie.... kau taukan aku sayangkan kau? Kau ja la satu-satunya kawan aku. Aku taknak jadi apa-apa pada kau, aku taknak kehilangan kau. Sebab tu la aku ada di sini, lepaskan semuanya pada aku, aku boleh dengar. Kita sama-sama cari jalan penyelesaian”pujuk saya lembut.

   Saya jadi sebak melihat ernie, tekak saya perit menahan sebak. Saya cuba untuk menahan airmata yang hanya menunggu untuk mengalir.
   Sebelum perkenalanya dengan syamel, ernie seorang yang ceria. Tidak pernah sekalipun saya melihat dia seperti sekarang. Tapi selepas dia kenal syamel, segala-galanya berubah dengan sekelip mata.

“kau takkan faham...”balas ernie dengan suara bergetar.
“aku tau, tapi aku akan cuba untuk faham. Please”rayu saya.

  Ernie terus memandang saya, airmatanya jatuh di pipi kemudian di kesatnya perlahan. Saya mencapai tanganya dan terus saya genggam, memberi kekuatan untuk dia.

“aku tertekan lilly, selama kami kahwin syamel tak pernah peduli dengan aku. Aku lalui masa-masa mengandung sendiri, alahan, pergi check up aku hadap sendiri. Lepas keluar hospital, aku ingat syamel sudah berubah aku ingat dia dah menyesal. Tapi dia tetap sama. Tak pernah sekalipun dia tolong aku uruskan hannah, masa hannan meninggal, aku perlukan dia di sisi aku tapi dia pergi!”luah ernie sayu. Saya maju sedikit dan membawanya kedalam pelukan saya.
“kenapa kau tak pernah beritahu aku? Kenapa kau lalui semua nie sendiri? Kau kata kau bahagia dengan syamel, syamel sayangkan kau! Tapi rupanya kau tipu aku. Kenapa ernie?”
“sebab aku taknak kau semakin bencikan syamel”ernie. Saya melepas pelukan, saya memandang ernie dan mengesat airmata di pipinya.
“macam mana aku nak bencikan dia, sedangkan kau terlalu sayangkan dia?”
“kau tau tak? Sebenarnya aku isteri kedua syamel. Aku rampas suami orang lilly...”

MARRIAGEWhere stories live. Discover now