#MARRIAGE
LILLY POV
Saya memandang kosong segenap ruangtamu. Sejak ernie bercinta dengan syamel, ernie langsung tiada masa di rumah. Lepas balik kerja dia mesti akan keluar semula lepas tu balik lewat malam, masa cutipun sama.
Terngiang-ngiang di telinga saya apa yang perkerja-pekerja di office katakan siang tadi. Perlukah saya beritahu pada ernie. Kalau saya bagitahu dia pun, dia percayakah?
Ernie yang saya kenal bukanlah jenis yang mudah termakan dengan khabar angin. Dia hanya akan percaya kalau dia melihatnya sendiri.
Bunyi pintu di buka mematikan lamunan saya, saya menoleh memandang pada pintu. Ernie membuka pintu kemudian masuk kedalam rumah. Selepas dia menutup dan mengunci semula pintu dia melangkah hampiri saya.“awal balik”tegur saya. Ernie mengeluh selepas melabuhkan punggungnya di sofa.
“hurmm, takda moodlah”balas ernie sambil melepaskan nafas berat.
“kenapa? Gaduh?”
“takdalah. Malas ja nak keluar, penatlah”ernie
“laa, aku ingatkan kau dah tak tau apa tu erti penat”
“kenapa kau kata macam tu?”ernie
“yalah, kalau dah setiap hari kau keluar”
“ishh! Syamel tu haa, tak boleh kalau tak nampak aku”ernie. Saya mengangguk faham.
“syamel layan kau macam mana? Ok?”soal saya. Ernie memandang saya dengan segaris senyuman.
“kenapa kau tanya?”ernie
“takdalah, aku nak tau ja”
“oklah!”ernie
“aku nak bagitahu kau sesuatu nie, tak taulah kalau kau percaya atau tak”
“ishh! Aku baru balik nie, kau jangan nak ajak aku membawang”ernie
“dengarlah dulu”
“ok, aku dengar ja tau. Aku taknak komen apa-apa”ernie.Saya mengangguk dan menarik nafas panjang, risau akan penerimaan ernie nanti. Saya perlu beritahu dia juga sebelum dia dengar dari mulut orang lain. Sama ada dia percaya atau tidak itu belakang kira, yang penting saya sudah beritahu dia.
“siang tadi, aku... aku terdengar diorang cerita pasal kau dengan syamel....”
“alahh! Biarlah diorang. Aku dah biasa dah dengan mulut geng-geng kau tu. Nanti lama-lama diorang diamlah tu”cantas ernie tenang.
“kau dengar dulu boleh tak? Tunggu sampai aku habis cakap baru kau sambung”arah saya. Ernie mengeluh dan mengangguk.
“ok dengar tau. Dengar baik-baik. Diorang kata yang syamel tu kaki perempuan. Sudah berapa kali diorang ternampak syamel keluar dengan perempuan yang berbeza sebelum korang bedua bercinta lagi”
“apa kau cakap nie lilly?”ernie
“aku taknak kau sakit hati nanti”
“ehh! Syamel tu setiap hari tau dengan aku. Aku tau dia buat apa sepanjang hari. Yang kau pergi percaya cakap orang tu kenapa? Atau korang cemburu sebab aku bercinta dengan syamel”sembur ernie.
“aku bukan nak percaya cakap diorang, jauh sekali nak cemburu. Cuma aku nak kau berjaga-jagalah, bersedia. Sekurang-kurangnya nanti kau tak sakit hati”
“lilly! Kau sahabat aku tau. Kau sepatutnya sokong aku, beri aku dorongan. Percayakan aku, bukannya percaya cerita makcik-makcik bawang tu”ernie.
“bukan aku tak sokong kau, aku taknak syamel tu nanti ambil kesempatan pada diri kau”
“apa kau cakap nie? Kau merepek apa? Aku kenal syamel tu macam mana. Dia takkan duakan aku dan dia takkan ambil kesempatan pada aku!”tengking ernie.
“sekarang nie memanglah...”
“ehh dahlah! Cakap banyak pun tak gunalah dengan kau nie! Lebih baik aku naik atas, tidur. Daripada dengar fitnah buat tambah dosa aku ja!”ujar ernie dan terus melangkah tinggalkan saya.
“nanti jangan menyesal, jangan kata aku tak bagitahu kau”balas saya dengan suara kuat.Saya merebahkan badan di atas sofa. Macam apa yang saya fikirkan, ernie tidak mungkin percaya dengan khabar angin. Apa lagi ini khabar angin nie tentang syamel.
ERNIE POV
Telefon pejabat berbunyi, menghentikan saya dari membuat kerja. Saya mengangkat gagang telefon dan membawanya ketelinga.
📞hello ernie bercakap.
📞Ernie, Tuan hassani nak jumpa kau sekarang.
📞okSaya meletakkan semula gagang telefon di tempat asalnya selepas menamatkan panggilan. Saya berdiri kemudian masuk kedalam bilik syamel.
YOU ARE READING
MARRIAGE
RomancePENULIS : NINAA NINA PAGE : NINAA TYPEWRITER Bermula sebagai PA kepada syamel selaku COO syarikat NN holding, ernie sudah pun menyimpan perasaan kepada syamel sejak pertama kali mereka bersua muka. Berbeza dengan syamel yang membenci Ernie dan...