BAB 8

170 11 0
                                    


LILLY POV
    
Dari semalam hati saya rasa tidak sedap seperti ada sesuatu yang yang buruk akan berlaku. Melihat ernie tidak ada di dalam biliknya pagi tadi membuat saya gusar. Bertalu-talu saya menelefon ernie, namun satupun tidak berjawap. Menambah lagi kerisauan saya.
    
“ada nampak ernie tak?”tanya saya di kounter receptionist.
“ernie? Macam takda. Tak taulah kalau saya terlepas pandang”pekerja.
“tuan syamel?”
“tuan syamel pun takda”pekerja.
“ok thanks”ucap saya dan terus melangkah.

   Saya menghela nafas berat. Hati saya betul-betul tidak tenang memikirkan ernie. Saya pun tidak pasti sama ada dia pulang kerumah atau tidak semalam.
   Saya terus duduk di bangku setibanya saya di meja saya. Sekali lagi saya menelefon ernie dengan harapan yang ernie akan menjawapnya namun hampa, sekali lagi panggilan saya tidak di jawap.
   Ernie tidak pernah macam nie, walau macam mana pun dia mesti akan menjawap panggilan saya. Saya dah tak tahu nak buat apa. Syamel pun belum masuk lagi, nombor telefonnya pun saya takda. Macam mana saya nak bertanya pasal ernie.
   Harap-haraplah yang ernie baik-baik ja walau di mana pun dia sekarang dan aku harap syamel tak buat sesuatu yang tak baik pada ernie. Saya mengeluh seketika dan menyandar di bangku.
   Tiba-tiba telefon saya berbunyi mematikan lamunan saya. Saya memandang skrin telefon, dengan pantas saya menjawapnya apabila melihat nama pemanggil.

“ya allah, kau di mana? Kenapa tak jawap call aku? Kau ok kah tak nie? Jangan buat aku risau boleh tak?!”soal saya bertalu-talu selepas menjawap panggilan ernie. Tiada respon dari ernie, hanya suara esakkan kedengaran.
“ernie?”panggil saya kehairanan.
“li..lly”panggilnya terbata-bata.
“ernie! Kau kenapa? Apa syamel buat?”soal saya risau.
“tolong aku”pintanya bersambung dengan tangisan
“kau dekat mana nie?”soal saya. Ernie diam hanya tangisan saja yang kedengaran.
“kau send location dengan aku sekarang, aku ambil kau”sambung saya dan terus tamatkan panggilan.

   Saya berdiri dan terus mengatur langkah keluar dari office. Selepas menerima location dari ernie, saya terus memandu menuju ke sana. Saya harap tiada jadi apa-apa yang jadj antara dia dan syamel.
  Selepas meletakkan kereta saya di lot parking, saya terus berlari masuk ke lobi hotel mencari ernie.
   Sebak hati saya melihat dia duduk di satu sudut sambil memeluk lututnya. Laju kaki saya melangkah dapatkan dia.

“ernie, apa yang jadi pada kau? Apa syamel buat? Kenapa kau mavam nie?”tegur saya dan menarik dia untuk bangun.

   Ernie memeluk saya dengan erat, dia menangis semahu-mahunya tanpa pedulikan orang-orang yang memandang pada kami.
    Saya mengusap lembut belakang ernie, saya biarkan dia menangis seketika agar dia merasa tenang. Setelah tangisannya kian redah saya memapahnya pergi ke kereta saya memandangkan dia seperti tidak mampu berjalan sendiri.

“bagitahu aku, apa yang jadi sebenarnya? Jangan buat aku risau macam nie”rayu saya setelah kami berdua di dalam kereta.
“syamel... di.. dia.. rogol aku...”jawap ernie terbata-bata.
“hahh?! Kau biar betul?!”
“dia rogol aku, dia dah rampas segala-galanya dari aku. Aku dah tak suci lagi lilly!!”raungnya.

   Saya menarik ernie kedalam pelukkan saya, saya betul-betul simpati dengan apa yang jadi pada dia. Air mata saya jatuh tatkala mendengar raungannya.
   Saya tidak pernah terfikir ini akan jadi pada dia, saya tidak sangka yang syamel akan sekejam ini pada dia.

“shhh! Tenang ya, sekarang nie kita pergi klinik dulu”pujuk saya. Laju ernie menggelengkan kepalanya.
“tak boleh kita kena pergi check juga, aku taknak jadi apa-apa lagi pada kau. Aku tengok kau macam teruk sangat nie”pujuk saya lagi. Sekali lagi ernie menggeleng kepalanya.
“aku tak nak, aku takut, aku malu. Aku nak balik”rayu ernie. Saya mengeluh perlahan.
“ok, aku hantar kau pulang”

   Saya menghidupkan enjin dan terus pergi dari perkarangan hotel. Setelah sampai di rumah saya membantu ernie masuk kedalam rumah sampailah di dalam biliknya.

“tinggalkan aku sendiri”ernie
“takpalah aku teman kau”
“tinggalkan aku sendiri”ajuknya. Saya mengeluh sambil mengangguk.
“kau sure kau ok tinggal sendiri?”soal saya kurang yakin. Ernie mengangguk perlahan.
“ok aku kalau macam tu, aku keluar sekejap. Tak lama pun, sekejap ja. Kau baik-baik tau kat rumah jangan buat benda-benda bodoh. Ingat tuhan”pesan saya.

   Selepas ernie mengangguk, saya terus keluar dan terus memandu semula ke office. Saya perlu berjumpa dengan syamel.
   Sampai saja di office saya terus ke bilik syamel. Belum sempat saya sampai di depan pintu bilik syamel. Seorang perempuan terlebih dahulu menghalang saya dari masuk.

“maaf, cik siapa? Ada buat appoitment dengan syamel?”unknown
“saya ramona, PA syamel dan ju....”
“aku peduli apa kau siapa! Sekarang nie kau bagitahu bos kau yang aku nak jumpa dia sekarang”arah saya meninggi suara. Semua staff memandang pada kami.
“dia sibuk dan dia tak nak di ganggu”ramona dengan nada angkuhnya.
“aku tak peduli dia sibuk ataupun tidak yang aku tahu sekarang nie aku nak jumpa dia. Sekarang nie kau bagitahu dia, kalau dia tak nak jumpa aku. Aku akan pergi jumpa tuan hassani sekarang juga!”bentak saya tidak memperdulikan semua yang ada di situ.
“tak payah nak melalak dekat sini, masuklah!”arah syamel yang baru saja membuka pintu.
“taupun keluar, ingatkan dah mati dekat dalam bilik tu”ujar saya dan terus mengikut langkah syamel masuk ke dalam.
“cepat kau cari pengganti ernie kan?”sindir saya. Syamel melemparkan senyuman sinis.
“sekarang nie, kau tak payah banyak cakap. Kau bagitahu aku, kau mahu apa?”balas syamel sinis.

   Saya mendekati syamel dan terus menamparnya dengan kuat, melepaskan api kemarahan saya pada dia atas apa yang dia lakukan pada ernie.

“kau nie memang binatangkan? Sanggup kau buat ernie macam tu? Kau ingat ernie tu tempat kau lepaskan nafsu syaitan kau tu kah?!”
“anggap ja ini sebagai balasan atas apa yang dia buat belakang aku!”syamel
“dia buat apa di belakang kau? Haa?! Dia buat apa?!”
“ehh! Kau tak payahlah nak berpura-pura lilly, tak payahlah nak tutup kesalahan ernie. Kau fikir aku tak tahukah yang selama nie dia menyundal dengan lelaki lain di belakang aku?”syamel
“kau cakap elok sikit, ernie tak pernah curang dengan kau. Dia  sayangkan kau, dia cintakan kau. Tapi ini yang kau balas pada dia! Kau rosakkan hidup ernie! Kau tak fikir apa kesannya pada dia lepas kau buat dia macam nie!”
“kau tak payah banyak cakap! Sekarang nie, kau keluar dari bilik aku sebelum aku panggil security”syamel
“aku pun tak hadaplah nak tengok muka binatang macam kau nie”
“then? Keluarlah!”syamel.
“ohh ya, bagitahu kawan kau tu. Dalam handbag dia, aku ada tinggalkan sejumlah wang. Itu sebagai bayaran untuk daranya yang aku sudah pecahkan semalam. Dan bagitahu dia, dia tak perlu masuk kerja lagi sebab aku dah tak nak pandang muka dia walaupun sesaat. Aku dah pecat dia dan aku sudah ada pengganti”
“perangai kau nie tak ubah macam anjing kurap yang bertempiaran di luar sana. Tak ada hati dan perasaan. BINATANG!”balas saya dengan geram.

   Perkataan binatang sengaja saya tekan agar dia faham dan tahu yang dia tak ubah seperti binatang. Saya keluar dari biliknya dengan perasaan marah yang belum surut.
  Saya perlu pulang cepat ke rumah. Saya takut ernie buat perkara bodoh. Walaupun saya tahu ernie seorang yang berpegang kepada agamanya. Namun fikiran orang yang tengah bersedih, kecewa dan marah nie tak ada siapa yang boleh jangkakan. Apa lagi, ini melibatkan maruahnya.

ERNIE POV


    Air yang keluar dari shower, terus membasahi seluruh tubuh saya. Jari-jemari saya sudahpun mengecut akibat terlalu lama berendam. Saya menangis semahu-mahunya, Kalaulah saya tak keluar semalam, semua nie tak jadi!
    Sudah lebih dari sejam saya duduk di dalam kamar mandi dengan shower yang terpasang. Saya tahu walaupun saya berendam di dalam air lama-lama tiada apa yang akan berubah.
   Saya menyesal, saya malu dengan semua orang terutamanya dengan lilly. Dulu waktu lilly nasihatkan saya, saya marah lilly, saya tuduh dia cemburu sebab saya dapat syamel. Tahu-tahu ini yang saya dapat.
  Kenapa syamel buat saya macam nie, kenapa dia sanggup buat semua nie. Kenapa?! Kenapa dia sanggup rampas segala-galanya dari saya!

“ARGHHHHH!!! KENAPA KAU BUAT AKU MACAM NIE?!!”

  Saya meraung, menangis dan menjerit sekuat yang saya mampu untuk melepaskan semua kesedihan saya, namun sedikitpun kesedihan dan kekecewaan saya tidak berkurang.

“ernie! Buka pintu nie!!!”jerit lilly dari luar sambil mengetuk-ngetuk pintu.
“jangan ganggu aku! Keluar!!!”
“kau tak boleh macam nie ernie! Keluarlah! Jangan jadi bodoh boleh tak?!”lilly
“kau jangan sibuk hal aku boleh tak?!”
“memang aku sibuk hal kau, aku kawan kau!”lilly
“kau nak tahu buat apa? Kau nak ketawakan aku?!”
“kau jangan jadi bodoh boleh tak?! Lebih baik kau keluar sekarang, sebelum aku call abang kau”ugut lilly.

   Nak tak nak, saya terpaksa berdiri dab berjalan lemah ke pintu. Lilly terus menarik saya kedalam pelukannya tanpa pedulikan pakaian saya yang sudah basah lencun dan masih tersarung di tubuh saya.

“kau jangan buat macam nie, boleh tak? Jangan buat aku risau. Aku sayang kau”rayu lilly seperti cuba untuk menenangkan saya.
“jangan bagitahu abang, aku tak nak dia tahu”
“kenapa ? Dia patut tahu. Dia, abang kau”ernie. Saya terus melepaskan pelukan lilly.
“aku takut. Aku tak nak dia tahu. Tolonglah lilly aku merayu sangat jangan bagitahu abang hael atau sesiapa pun”rayu saya. Lilly mengeluh seketika.
“ok, aku tak bagitahu abang hael atau sesiapa pun. Aku janji. Tapi kau kena janji, kau tak boleh macam nie. Kau kena kuat, kau kena bangkit, kau kena lawan semua nie, jangan jadi lemah. Terima ini sebagai takdir kau”pujuk lilly. Saya mengangguk perlahan.
“dah sekarang nie pergi ganti baju”sambung lilly.

   Saya hanya mengangguk dan masuk semula kedalam kamar mandi. Saya bersyukur sebab tuhan menghantar lilly di dalam hidup saya, dia bukan saja kawan malah dia sudah seperti darah daging saya sendiri. Dia sentiasa ada di sisi saya di saat-saat saya memerlukan dia. Dia sentiasa jadi pembangkit semangat saya semula.
   Betul kata lilly, saya tidak boleh lemah. Saya mesti menerima semua nie sebagai takdir saya, saya mesti kuat hadapi semua nie. Dan syamel mesti bertanggungjawap atas apa yang dia lakukan pada saya.


MARRIAGEWhere stories live. Discover now