BAB 14

264 7 0
                                    

#MARRIAGE
BAB 14

ERNIE POV

    Perlahan-lahan saya membuka mata saya yang terasa berat untuk di buka, saya memejam celik mata saya beberapa kali sampailah pandangan saya menjadi jelas. Saya memandang kiri dan kanan, memerhati segenap ruang yang ada.

“haii mummy. Good morning, baguslah mummy dah sedar”

   Saya terus menoleh ke pintu, seorang doktor perempuan dan dua orang nurse menghampiri saya dengan senyuman manis. Saya membalas senyuman mereka dengan senyuman tawar.

“macam mana hari nie? Rasa ok tak?”doktor. Saya mengangguk perlahan malas untuk bersuara.
“mummy jangan risau tau, baby ok. Dia sihat”tambah doktor itu ramah.

   Sama mengerling name tag doktor itu. Nama wany tertera di situ. Saya terus mengukir senyuman memandang doktor wany. Rasa lega bila dapat tahu keadaan kandungan saya.
   Selepas kedua nurse selesai membuat check up, doktor wany terus mengarahkan mereka untuk keluar dahulu sementara doktor wany mengambil tempat duduk di kerusi sebelah katil saya.

“Saya pinjam masa kamu sekejap boleh?”doktor wany.
“boleh doktor. Kenapa kandungan saya ada masalahkah?”soal saya bernada risau.
“buat masa nie kandungan kamu takda masalah tapi bakal ada masalah kalau ini terjadi lagi, kamu tahukan wanita yang tengah mengandung tak boleh stress, angkat yang berat-berat, buat sesuatu yang x-trime”
“saya ada sedikit masalah kelmarin doktor, tak sangka pula akan jadi macam nie”
“kandungan kamu masih baru lagi, masih terlalu lemah, jagalah sebaik mungkin. Beribu orang kat luar tu mengharapkan cahaya mata termasuklah saya sendiri. Sepatutnya kamu rasa bersyukur dan bertuah sebab tuhan berikan kamu rezeki. Kalau boleh jagalah kandungan tu sebaik mungkin”doktor wany
“ya saya faham doktor. Cuma saya gagal kawal emosi saya kelmarin. Lagipun ini kandungan pertama saya, saya tak tahu stress boleh menyebabkan bleeding”
“wanita mengandung memang macam tu terlalu beremosi, so kenalah bijak kawal emosi sendiri, pastikan lepas kamu kawal emosi kamu. Sebelum kamu lakukan apa-apa fikirkan terlebih dulu kandungan kamu”pesan doktor wany.

   Saya mengangguk dan tersenyum hambar. Baiknya layanan doktor wany pada saya, andai saja syamel melayani saya seperti ini.
   Di mana syamel? Kenapa saya langsung tak nampak dia sejak tadi? Dia ada di luarkah?

“kalau dah takda apa-apa saya keluar dulu ya. Kalau ada apa-apa kamu tekan button emergency kat sebelah tu”tambah doktor wany.

    Sekali lagi saya mengangguk faham. Doktor wany melemparkan senyuman pada saya dan terus berdiri.

“doktor, husband saya ada kat luar tak?”
“husband kamu? Macam takda, sebab masa saya masuk tadi takda lelakipun kat luar”doktor wany. Saya mengeluh perlahan.
“kamu call lah dia, tanya dia di mana. Mungkin dia ada dekat bawah”tambah doktor wany.
“saya takda bawa handphone, tertinggal dekat rumah”
“oh kalau macam tu....”doktor wany diam seketika sambil memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya.
“nahh! Kamu pakai handphone saya”sambungnya dan menghulurkan iphone6 nya pada saya.
“ehh! Takpa doktor, tak payah susah-susah”tolak saya segan.
“takpa guna ja. Takpa saya faham, masa-masa macam nielah isteri sangat-sangat perlukan suami di sisi”doktor wany.

    Saya hanya tersenyum dan menyambut huluran doktor wany. Bertuahnya saya di rawat oleh doktor yang begitu prihatin pada pesakitnya.
   Saya menekan digit nombor telefon syamel. Nasib baiklah saya hafal nombornya. Dengan perasaan yang berbelah bagi saya menekan button dail. Saya risau akan respon syamel nanti, saya harap sangat syamel akan melayani saya dengan baik.

📞 hello
📞 sayang dekat mana?
📞 siapa nie? Ernie?
📞 ya saya. Sayang dekat bawahkah?
📞 aku kat office, kau nak apa call aku?
📞 sayang nak datang pukul berapa?
📞 pergi mana? Lawat kau? Takda masa aku nak lawat kau. Kau bukan budak kecil yang nak di lawat bila sakit. Lagipun dalam perut kau tu bukan anak aku. Dah jangan ganggu aku.

MARRIAGEWhere stories live. Discover now