#MARRIAGE
BAB 19SYAMEL POV
Saya merebahkan tubuh di atas sofa. Entah sampai bila saya harus jadi seperti ini. Perasaan saya kosong, fikiran saya berserabut.
Saya seperti terkesan dengan pemergian hannan, apa lagi bila saya melihat sendiri keadaan ernie saat jasad hannan di bawa masuk kedalam rumah. Dia menangis, meratap pemergian hannan. Dia seperti tidak dapat terima dengan apa yang terjadi.
Melihat ernie dalam keadaan sayu seperti itu membuatkan saya rasa seperti tersedar sesuatu. Tangis dan raunganya seperti membuka mata saya.
Saya tidak mampu melihat ernie dalam keadaan seperti itu, hati saya tergerak untuk memujuk dia namun ego saya sebagai seorang lelaki menolak.“daddy ingat kamu dah balik”tegur daddy sambil menepuk bahu saya.
Saya berpaling memandang daddy yang mahu mengambil tempat duduk di hujung kaki saya. Segera saya bangun dan berduduk.
“saya dah tak bolehkah tinggal kat sini?”balas saya bergurau.
“takdalah. Daddy hairan ja, kalau daddy tak silap hampir seminggu dah kamu kat sini lepas hannan meninggal hari tu”daddy. Saya mengeluh perlahan.
“saya tak sedia lagilah daddy...”balas saya perlahan.
“kamu tak boleh macam tu, kamu tak boleh biarkan ernie seorangan macam tu. Dia tu isteri kamu..”daddy
“entahlah dy”balas saya malas. Daddy mengeluh kecil sambil menggeleng-geleng kepala.
“macam nielah syamel, daddy rasa sudah sampai masanya untuk daddy bersuara.. kamu tu lelaki tau, seorang suami. Kamu kena bijak mengawal emosi dan menyelesaikan masalah rumah tangga kamu”daddy
“saya tau tu, tapi.....”
“tapi kamu di kuasai ego kamu sebagai seorang lelaki. Syamel... isteri tu adalah amanat untuk kamu, kamu kena jaga dia sebaik mungkin ataupun lebih dari jaga nyawa kamu sendiri... daddy tengok ernie tu elok ja, hormat kamu, sayang kamu tapi kamu ja yang tak hargai”cantas daddy.
“itu yang daddy nampak, ernie tu baik depan kita ja dy. Tapi bila di belakang kita dialah ibu segala setan. Curang sampai mengandungkan anak lelaki lain....”
“syamel... bawa mengucap nak yang kamu hina tu isteri kamu. Kamu cakap ernie tu curang kamu ada buktikah? Habis kamu tu tak curangkah dengan ernie? Ingat daddy tak taukah yang kamu kahwin senyap-senyap dengan PA kamu tu?”daddy.Saya terus memandang daddy, terkejut dengan apa yang daddy katakan. Macam mana daddy boleh tau pula nie?!
“mana daddy tau?”
“ramona yang beritau daddy sebelum dia kena tangkap hari tu, dia merayu dengan daddy suruh pujuk kamu supaya rujuk dengan dia semula. Kenapa kamu ceraikan dia?”daddy.
“saya kahwin dengan dia sebab saya marah dengan ernie, dia banyak tipu saya. Ernie tu licik orangnya, tengoklah dia berjaya perangkap saya sampai saya kahwin dengan dia”
“dah-dahlah salahkan ernie tu syamel, daddy tau yang dia di pihak yang betul”daddy.
“daddy percaya dengan apa yang dia cakap?”
“ya, daddy percaya. Sebab daddy kenal kamu macam mana. By the way, kamu belum jawap soalan daddy kenapa kamu ceraikan ramona”
“saya ceraikan dia sebab saya rasa marah pada dia masa tu, saya tak boleh terima dengan apa yang dia buat pada ernie. Saya nampak dengan mata saya sendiri yang dia tolak ernie sampai ernie terjatuh”
“so, maknanya kamu sayangkan ernie lah nie? Pulanglah syamel, ernie perlukan kamu. Kamu dah hilang satu anak kamu, kamu nakkah kalau hilang seseorang lagi?”Saya terdiam tanpa jawapan. Perlukah saya pulang ke rumah? Macam mana kalau saya pulang ke rumah ernie membenci saya?
“anak-anak nie, adalah anugerah yang paling terindah dari tuhan. Anak-anak nie lah yang akan mengubah kita jadi manusia yang sebenar, mengajar kita sabar. Begitu juga isteri yang sanggup betarung nyawa melahirkan zuriat untuk kamu. Hargailah dia sebelum kamu terlambat”sambung daddy membuat fikiran saya semakin tenang.
“jangan peduli cakap daddy kamu tu, dia memang macam tu, suka sangat bela betina tu. Entah-entah betina tu dah goda daddy kamu, itulah asyik membela betina tu ja kerjanya”sampuk mummy tiba-tiba muncul. Saya mengeluh perlahan.
“apa kamu cakap nie? Dia tu kan menantu kita. Kenapa suka sangat buruk sangka dengan menantu sendiri nie?”daddy
“saya tak buruk sangkalah, apa yang saya cakap tu semua betul. Sekarang nie saya tak faham, kenapa abang asyik bela betina tu ja?”mummy
“sebab dia menantu saya dan saya percayakan dia”
“oh! Jadi abang percayakan dia lebih dari abang percayakan anak abang sendiri?”
“ya, sebab abang tahu anak abang macam mana. Boleh tak sayang tu buka mata? Ernie tu layan sayang baik ja biarpun sayang tu tak pernah anggap dia sebagai menantu”
“tak kisahlah apa abang nak cakap, saya tetap dengan pendirian saya. Saya takkan terima dia!”
“suka hati sayanglah, sayang tu mana nak kalah”
“taupun! Syamel, dengar cakap mummy tak payah balik. Tinggal ja sini, rumah nie besar tak luakpun kalau kamu ada”
YOU ARE READING
MARRIAGE
RomancePENULIS : NINAA NINA PAGE : NINAA TYPEWRITER Bermula sebagai PA kepada syamel selaku COO syarikat NN holding, ernie sudah pun menyimpan perasaan kepada syamel sejak pertama kali mereka bersua muka. Berbeza dengan syamel yang membenci Ernie dan...