SYAMEL POV
“kau nak apa lagi?”
“saya nak kau bertanggungjawap dengan apa yang kau sudah buat”ernie
Saya tersenyum kecil memandang ernie. Bertanggungjawap? Perlukah saya bertanggungjawap? Apa yang saya buat pada tu adalah pengajaran untuk dia sebab berani menyundal dengan lelaki lain.
“bertanggungjawap? Untuk apa?”
“untuk apa? Untuk apa yang kau sudah rampas dari saya tanpa kerelaan saya”ernie
“apa yang aku rampas dari kau?”tanya saya berpura-pura
“syamel, boleh tak jangan buat saya macam nie”ernie
“aku buat apa pada kau?”soal saya masih lagi berpura-pura.
“malam tu...”
“ohh! Pasal malam tu kah? Aku tak sengajalah. Aku tak sengaja letakkan ubat tidur dalam air minum kau dan aku tak sengaja bawa kau dalam bilik. Oh! Tapi aku sengaja buat benda tu dengan kau. Tak sangkakan perempuan macam kau nie masih virgin lagi”cantas saya sengaja menyakitkan hatinya.
“Sebab tu saya nak kau bertanggungjawap”ernie
“perlukah aku bertanggungjawap? Apa yang aku buat tu sebagai balasan, sebab kau curang dengan aku. So sekarang nie, kira macam win-win situationlah”
“curang? Saya tak pernah curang! Tolonglah syamel, jangan cari alasan semata-mata mahu lepaskan diri. Saya sudah maafkan kau dan saya mahu kita mulakan hidup baru berdua”ernie
“alasan kau kata? Ehh! Sudahlah tak payahlah nak berpura-pura, aku dah tahu semuanya! Aku tak harapkan maaf pun dari perempuan macam kau!”
“kau tahu apa?! Aku tak pernah curang dengan kau! Aku cintakan kau dan aku setia dengan kau!”ernie
“dan aku tak cintakan kau. Kau yang tergila-gilakan aku selama nie!”
“janganlah buat aku macam nie, aku merayu”ernie
“boleh tak kau jangan buang masa aku? Lebih baik kau keluar! Aku taknak tengok muka kau lagi!”
“syamel, tolonglah”rayu ernie.
“ehh! Kau nie tak pandai faham bahasakan? Aku kata aku taknak, aku taknaklah! Dasar perempuan takda malu! Takda maruah! Duit yang aku bagi hari tu tak cukupkah? Sampai kau nak paksa aku kahwin dengan kau?!”bentak saya.
Ernie diam dan terus tunduk, tangannya di angkat mengusap pipinya, saya tahu dia menangis. Esakkannya masih kedengaran walaupun begitu perlahan. Tidak
Tidak lama begitu dia berdiri kemudian terus melempar sejumlah duit pada saya, mungkin duit yang saya berikan pada dia tempoh hari.
“kau boleh ambil semua nie, satu sen pun aku tak hadap. Harga diri aku lebih tinggi dari duit-duit kau nie! Aku tak nak semua tu yang aku nak kau bertanggungjawap itu ja!”bentak ernie. Dia mengesat airmatanya yang tidak berhenti mengalir.
“aku akan pastikan kau bertanggungjawap atas apa yang kau buat pada aku. Kalau tak, kita selesaikan semua nie di balai polis”ugut ernie dan terus keluar.
Ramona terus masuk kedalam bilik sejurus ernie keluar, saya lemparkan pada dia satu senyuman tawar.
“perempuan tu nak apa?!”sembur ramona.
“takda apa”
“eee! Boleh tak jangan tipu i? Perempuan tu nak apa? U kata u dah takda apa-apa dengan dia! So dia buat apa dekat sini!”bentak ramona
“takda, dia hantar surat resign ja tadi”tipu saya.
“surat resign? Mana surat tu mana? Jangan nak tipulah! U ingat i nie bodohkah?! Dia datang sini sebab nak bebaikkan dengan u?!”
“mana ada, dahlah tak payahlah nak tuduh-tuduh i”
“kalau i dapat tahu u ada apa-apa hubungan lagi dengan dia. Siap u! I takkan....”
“kau boleh tak diam? Jangan tambah serabutkan kepala aku! Boleh tak?!”cantas saya meninggi suara.
Ramona terdiam, dia memandang saya, seperti tidak percaya yang saya tinggikan suara pada dia. Saya tidak pernah berkasar dengan dia dan inilah pertama kalinya saya meninggi suara pada dia.
Saya betul-betul tertekan, ugutan ernie buat saya tidak tenang. Macam mana kalau dia betul-betul buat laporan polis? Apa akan jadi pada saya?
ERNIE POV
Saya berdiri di hadapan sebuah banglo yang tersergam indah. Saya tidak punya pilihan lain lagi, hanya ini pilihan terakhir saya agar syamel bertanggungjawap.
Saya menarik nafas panjang, mencari kekuatan. Saya perlu kuat hadapi semua nie, saya kena berani. Kalau tidak syamel akan lepaskan diri begitu saja. Dan saya tidak mahu itu terjadi!
Saya menekan loceng rumah beberapa kali sebelum seorang lelaki Sedikit tua memakai baju seorang guard membuka pagar.
“ya cik, ada apa-apa yang saya boleh bantu?”guard
“saya nak jumpa dengan tuan hassani. Dia ada?”
“ada, tapi cik nie siapa? Ada apa cik nak jumpa dia?”guard
“saya ernie, PA kepada anak tuan hassani, syamel. Saya ada hal penting nak beritahu dengan tuan hassani”
“tunggu sekejap ya, saya tanya tuan hassani dulu. Cik tunggu sini sekejap ya”guard.
Saya hanya mengangguk dan membiarkan pakcik guard itu berlalu tinggalkan saya. Tidak lama kemudian barulah pakcik guard keluar semula menghampiri saya.
“cik boleh masuk, tuan hassani tunggu cik di ruang utama”ujarnya. Saya hanya mengangguk.
“cik ikut laluan nie, lepas tu belok kiri nanti cik nampaklah pintu rumah”pesan pakcik guard.
Sekali lagi saya mengangguk dan menyusun langkah meninggalkan pakcik guard. Degupan jantung saya semakin laju, tangan saya terasa sejuk bagaikan tiada darah yang mengalir di sebabkan terlalu nervous.
Saya masuk ke dalam rumah di iringi pembantu rumah tuan hassani. Saya hanya membuntutinya dari belakang memandangkan saya tidak tahu di mana ruang utama yang di maksudkan pakcik guard tadi.
“selamat petang tuan, puan. Maaf sekiranya kehadiran saya mengganggu”sapa saya setibanya saya di ruang utama.
Tuan hassani hanya membalas dengan senyuman dan memberi isyarat agar saya duduk. Saya hanya menurut dan duduk.
Terasa tubuh saya menggeletar tatkala memandang tuan hassani dan puan kamalia. Di masa inilah baru saya berfikir betul atau tidak keputusan saya untuk berjumpa dengan mereka berdua.
Mahu saja saya lari dari sini dan melupakan niat saya untuk berterus terang tentang apa yang telah syamel lakukan. Tapi bila saya fikir semula, saya tidak boleh jadi lemah. Saya mesti juga beranikan diri untuk maruah saya yang tercalar di sebabkan anak mereka.
“ada apa kamu nak jumpa saya?”tuan hassani. Saya diam tanpa respon.
“kalau macam tu, saya naik dululah. Taknaklah mengganggu kamu berdua”puan kamilia.
“no! Maksud saya, puan duduk ja. Saya memang nak jumpa tuan dan puan”
“ok”puan kamilia
“so? Apa yang kamu nak beritahu?”tuan hassani.
Saya menarik nafas sedalamnya kemudian saya hembuskan perlahan. Saya mengesat peluh yang mengalir di dahi akibat gemuruh.
“sebenarnya....... sebenarnya...”ujar saya terbata-bata.
“apa dia? Cakap ja jangan takut”puan kamilia
Sekali lagi saya menarik nafas panjang sebelum mula menceritkan perkara yang jadi antara saya dan syamel tempoh hari. Beberapa kali puan kamilia cuba mencelah namun dengan pantas saya cuba menghalang.
“perempuan murah!”bentak puan kamilia setelah habis saya menjelaskan perkara sebenar pada mereka.
“maafkan saya, saya pun tidak tahu semua nie jadi. Apa yang jadi nie luar dari kawalan saya dan semuanya berpunca dari syamel. Sebab itulah saya ke sini sebab nak minta agar syamel bertanggungjawap”
“sekarang nie kau nak tuduh dia pula? Entah-entah kau yang goda dia kan! Lepas tu kau nak salahkan dia semata-mata kau nak kahwin dengan anak orang kaya!”puan kamilia
“sayang..... dahlah tu, Sabar dulu. Boleh tak dengar dulu apa yang ernie nak cakap?”tuan hassani cuba menenangkan
“sabar abang kata? Abang sedar tak yang perempuan nie nak pergunakan anak kita semata-mata sebab harta!”puan kamilia
“maaf puan, walaupun saya tidak sekaya ini tapi saya masih boleh berfikiran waras. Harga diri saya lebih tinggi nilainya daripada harta yang syamel ada. Kalau syamel tak buat saya macam nie, saya takkan minta untuk dia kahwini saya sebab saya tahu taraf saya dan dia terlalu jauh berbeza”bantah saya.
“aku takkan benarkan kau kahwin dengan anak aku!”puan kamilia
“sayang, sudah!”tuan hassani.
“ernie apa saya pesan pada kamu tempoh hari? Saya sudah beri amaran dan suruh kamu putuskan hubungan dengan syamel. Apa kamu jawab? Sekarang nie bila ada masalah baru kamu nak datang sini minta pertolongan dari kami”tuan hassani.
“ya saya tahu saya khilaf, saya buta di sebabkan cinta”
“kau berambus dari rumah aku sekarang! Aku taknak tengok muka kau dekat sini! Berambus!”
“baiklah puan. Cuma sebelum tu saya nak tuan dan puan fikir macam mana kalau anak perempuan kamu di perlakukan lelaki lain sama macam mana anak lelaki kamu buat pada saya. Adakah kamu akan berdiam?”
“kau tak faham lagi kah? Aku kata aku takkan biar syamel kahwin dengan perempuan murah macam kau! Pelacur pun tak murah macam kau!”puan kamilia
“ernie, kamu baliklah dulu. Kemudian kita bincang hal nie”tuan hassani. Saya mengangguk perlahan.
“tak benda yang nak di bincangkan lagi keputusan saya muktamat! Berambus!”
“ya puan, puan tak perlu halau saya. Saya tahu jalan balik. Tujuan saya ke sini hanya mahu selesaikan masalah dengan baik. Tapi kalau masih tidak ada persetujuan dan kerjasama dari pihak puan. Saya terpaksa buat pilihan terakhir dengan cara buat laporan pada polis dan dakwah syamel merogol saya, saya ada bukti yang kukuh untuk dakwah dia. Jadi dengan hati yang terbuka saya biar puan buat pilihan. Saya minta diri dulu, maaf andai saya terkasar bahasa”
Saya terus berdiri dan keluar dari rumah agam milik tuan hassani. Saya melangkah dengan laju, airmata yang saya tahan-tahan sejak awal tadi akhirnya mengalir juga.
Sakit rasanya mendengar penghinaan demi penghinaan puan kamilia. Dia fikir saya mahukah semua nie jadi pada saya? Dia fikir saya relakah syamel buat saya seperti perempuan tiada maruah?
Tanpa sengaja saya terserempak dengan syamel yang baru saja keluar dari dalam kereta audi miliknya. Saya mengesat airmata di pipi kemudian saya melangkah laju keluar dari perkarangan banglo ini.
Saya tidak mahu syamel melihat saya sebagai perempuan yang lemah, cukuplah saya menangis di hadapannya sekali itu saja.
LILLY POV
Saya memandang ernie yang sedang leka bermain dengan smartphonenya. Entah apa yang dia fikirkan sekarang, saya sendiri tidak dapat menduganya.
Dia kelihatan tenang, seperti tiada apa yang berlaku. Saya gembira melihat dia seperti ini, walaupun di timpa masalah yang begitu berat namun dia masih mampu untuk bangkit. Mujurlah dia tidak selemah yang saya sangkakan.
Serba salah rasanya untuk saya memberitahu padanya tentang siapa ramona pada syamel sebenarnya. Saya juga terkejut bila mendengar cerita itu kelmarin. Saya tidak sangka, semudah itu syamel menduakan ernie dan sanggup melakukan ernie seperti ini.
“pergi mana-mana tak pagi tadi?”soal saya memulakan perbualan.
“pergi office”ernie ringkas. Tanpa memandang saya.
“pergi office? Buat apa? Barang-barang kau semuakan aku dah ambil? Ada yang tertinggalkah?”soal saya bertalu-talu. Ernie menggeleng perlahan.
“jumpa syamel”ernie.
“hah?! Jumpa syamel? Buat apa?”
“aku nak dia bertanggungjawap, ya aku tahu aku tak pregnant tapi dia tetap kena bertanggungjawap”jawap ernie. Dia menyimpan smartphonenya di atas meja kemudian dia memandang saya.
“lepas tu dia nak tak?”
“tak”ernie sepatah.
“aku dah katakan, dia takkan mahu bertanggungjawap. Lelaki tak guna macam tu mana tahu erti tanggungjawap yang dia tahu, sedap-sedap lepas tu buanglah”
“entahlah, aku pun dah buntu sekarang nak buat apa. Tapi aku akan pastikan dia bertanggungjawap”ernie
“habis tu kau nak buat apa lepas nie? Kita lapor polis ja lah. Habis cerita”
“aku tengah tunggu keputusan dari tuan hassani dan puan kamilia, kalau diorang pun taknak suruh anak diorang tu bertanggungjawap. Aku buatlah laporan polis”ernie
“ishh! Kau nie suka tau buang masa. Benda nie tak boleh di lambat-lambatkan tau”
“sabarlah lilly. Aku kalau boleh, aku taknak terburu-buru dalam hal nie. Selagi boleh selesaikan cara baik, aku akan buat”ernie
“kau ja yang nak selesai cara baik, belum tentupun tuan hassani tu nak setujuh”
“diorang akan setujuh. Diorang nak kah anak diorang tu kena tangkap polis. Aku jamin diorang takkan nak punya”ernie
“gilalah kau nie, kau ugut diorang sampai macam tu sekali?”
“ya. Kenapa jahat sangatkah? Habis anak diorang tu baik sangatkah? Kalau syamel tak buat aku macam nie aku pun taknaklah serah diri pada diorang. Free-free aku kena hina, kena cop nak bolot harta syamel”ernie
“diorang cakap kau macam tu kah?”soal saya tidak percaya.
“ya, mummy si syamel yang kata macam tu. Tuan hassani diam ja”ernie
“teruknya”balas saya sepatah.
“tapi aku masih tak puas hati. Siapa PA baru syamel tu? Kau tahu apa-apa tak tentang dia? Macam mana dia boleh jadi PA syamel sekelip mata? Lepas tu perempuan tu pandang aku macam aku nie ada salah dengan dia”ernie.
Saya terdiam seketika, otak saya ligat memikirkan jika perlu atau tidak saya beritahu pada ernie tentang ramona.
Tapi kalau saya tak beritahu, siapa lagi nak beritahu dia? Sampai bila ernie nak kena tipu terus oleh syamel. Tapi kalau saya beritahu nie, ernie akan percayakah?
Ishh! Percaya atau tak yang penting dia tahu. Taklah ralat sangat kalau dia dengar dari mulut orang lain.
“kalau aku beritahu kau nie, kau jangan melenting pula tau”pesan saya. Ernie mengangguk setujuh.
“perempuan tu nama dia ramona dan apa yang aku dengar dia tu girlfriend syamel masa korang bercinta lagi dan si ramona tu pernah sekali datang office jumpa syamel. Masa tu kau baru lagi bercinta dengan sya.....”
“cukup! Aku tak dengar apa-apa lagi”cantas ernie.
Dia berdiri dan terus tinggalkan saya sendiri. Saya hanya menghantar dia dengan pandangan serba salah. Tak patut rasanya saya beritahu dia sekarang di saat dia di timpa masalah macam nie. Masalah satu belum selesai lagi ini d tambah lagi dengan ramona.
YOU ARE READING
MARRIAGE
RomantizmPENULIS : NINAA NINA PAGE : NINAA TYPEWRITER Bermula sebagai PA kepada syamel selaku COO syarikat NN holding, ernie sudah pun menyimpan perasaan kepada syamel sejak pertama kali mereka bersua muka. Berbeza dengan syamel yang membenci Ernie dan...