BAB 7

176 11 0
                                    

#MARRIAGE
BAB 7

HAEL POV

Lilly dan ernie melangkah hampiri saya. Selepas hampir sejam menunggu kedatangan mereka barulah mereka muncul. Ernie datang pada saya dengan muka terujanya sambil mendepakan tangannya. Saya terus berdiri dan membawanya kedalam pelukan saya.

“eeee! Rindunya dengan abang!”luah ernie lalu mengeratkan lagi pelukannya.
“yaka? Ingatkan tak”balas saya menyakat.
“ishh! Kenapa pula cakap macam tu”ernie
“sebab ernie tak pernah pun whatsapp abang. Kata rindu”
“ishh! Saya busy lah”ernie.

    Saya hanya ketawa kecil mendengar rengekkan ernie. Sudah hampir lima tahun saya tinggalkan dia di sini semata-mata mahu menimba ilmu di melbourne. Tapi perangainya masih tidak berubah, tetap mengada-ngada sama macam dulu. 
    Lilly berdehem kecil.

“ernie dahlah tu, malu orang tengok. Ishh!”tegur lilly separuh berbisik. Saya senyum memandang lilly.
“biarlah. Malu orang tengokkah atau kau cemburu?”balas ernie lantas melepaskan pelukannya.
“laaa. Lilly cemburukah. Mehh, sini meh. Abang hael peluk”usik saya.

   Lilly tersipu-sipu malu dan terus menundukkan kepalanya mendengar usikkan saya. Begitulah lilly  setiap kali saya mengusiknya.

“tak payahlah senyum macam tu, macam kerang busuk ja aku tengok. Duduklah!”tegur ernie.

    Lilly terus memandang ernie dan melemparkan jelingan tajam. Saya hanya ketawa memandang mereka berdua. Sejak mereka berkawan dari zaman study dulu tidak ada sehari pun mereka tidak berbalah.
   Pelayan datang untuk mengambil pesanan ernie dan lillu. Selepas membuat pesanan, pelayan itu terus berlalu pergi.

“so, apa cerita? Dah ada boyfriend?”tanya saya pada ernie.
“dah”dengan pantas lilly memberi jawapan.
“ohh, siapa?”
“mana ada. Ishh! Kau nie suka buat-buat cerita”bantah ernie geram.
“apa? Betullahkan? Memang ada pun”bantah lilly pula.

   Saya memandang pada ernie yang duduk di sebelah saya. Dia membalas pandangan saya dan mengeluh.

“yalah, ada”jawapnya perlahan kemudian dia memandang bengis pada lilly.
“eh! Kau tunggu tau lilly, siap kau”ugut ernie. Lilly membalas ugutan ernie dengan mimik muka mengejek.
“ok dah, cukup. Korang tak penatkah begaduh setiap hari, dari dulu tak pandai berubah. Abang yang penat tengok kamu bergaduh”
“alahh! Macamlah a..bang tak tahu perangai si ernie nie. Raja menjawap, kita cakap satu sepuluh jawapan dia ada. Lepas tu keras kepala, tak nak kalah asyik nak menang ja kerja dia. Dialah manusia yang sentiasa betul dalam dunia nie”adu lilly. Perkataan abang di sebutnya dengan lembut dan perlahan.
“amboi, mengadu nampak. Aku sajalah yang buruk kan? Habis kau tu baik sangat. Dengan mulut bawangnya lagi, sibuk hal orang. Ishh! Entah macam manalah aku boleh berkawan dengan kau nie”balas ernie tidak mahu mengalah.
“ehh! Mana ada. Aku sibuk sebab aku sayang tau”lilly.

   Saya tunduk dan mengurut-ngurut kepala saya yang sakit mendengar berbalahan mereka berdua yang tiada hentinya. Entah siapa yang perlu saya marah, kedua-duanya punya tempat di hati  saya. Kalau saya marah ernie, dia adik saya. Kalau saya marah lilly, sebab sayang tak sampai hati pula.

“ellehh, sayanglah konon macam tu”ernie
“sayanglah, habis tu apa lagi?”lilly
“itu jaga tepi kain orang namanya”ernie.
“ok, stop! Nak makankah atau nak bergaduh? Kalau nak bergaduh abang pergi dari sini”
“makan!”serentak ernie dan lilly menjawap. Saya menggeleng kepala memandang mereka berdua.
“nak makan, senyap! Jangan asyik nak bergaduh. Korang dah besar, bukan budak-budak lagi. Masing-masing dah boleh berfikir dengan baik”
“sorry”ujar lilly perlahan.

   Saya memandang lilly kemudian memandang ernie. Macam manalah kalau jodoh saya dengan lilly? Terpaksalah saya hadap berbalahan diorang nie setiap hari.

MARRIAGEWhere stories live. Discover now