BAB 2

285 11 0
                                    

#MARRIAGE

SYAMEL POV

    Jam di pergelangan saya pandang seketika, sekejap lagi masa berkerja akan bermula. Saya menyandar di bangku dan memejamkan mata. Sejak awal pagi tadi lagi saya sudah masuk office semata-mata mahu mengelak dari terjumpa dengan staff yang menyaksikan kejadian semalam. Akibat kecuaian Ernie semalam, saya yang terpaksa menanggung malu. Sampaikan saya tak sempat mengutip smartphone saya yang terlepas dari tangan saya semalam.
     Kenapalah daddy pilih dia jadi PA saya? Habis sudahkah staff dalam syarikat nie sampaikan dia yang di lantik jadi PA saya! Perempuan cuai! Ishh! Tak padan dengan kecik, kuat pula dia tolak saya macam tu ja.
     Sekali lagi saya memandang pada jam di pergelangan tangan saya apabila Ernie masih tidak datang melapor diri pada saya. Mustahil dia tidak tau di mana bilik saya!
    Gagang telefon saya capai kemudian mendail nombor kounter receptionist.

📞Ernie belum sampai?
📞Maaf. ernie yang betugas sebagai PA COO tu ka?
📞Ya. Saya sekarang becakap.
📞Ohh maafkan saya tuan. Ya ernie suda sampai lebih kurang setengah jam.
📞Ok terima kasih.

    Saya terus berdiri selepas meletakkan semua gagang telefon itu di tempat asalnya. Sudah sampai setengah jam, tapi dia langsung tidak lapor diri pada aku! Mesti dia pergi mengular! Huh! Saya paling benci dengan orang yang tidak jujur masa berkerja.
     Saya mengancing butang baju kemudian berjalan ke pintu. Baru saja saya mau mencapai tombol pintu, ernie sudah terlebih membukanya. Dia berdiri di depan pintu memandang saya sambil tersenyum lebar menunjukkan sebaris giginya yang putih dan tersusun.

“morning bos”sapanya sambil mengangkat-ngangkat keningnya.
“kau sudah sampai lebih setengah jam, baru sekarang kau nak masuk jumpa aku? Kau  dari mana? Mengular?”bentak saya. Dia mencebik seketika.
“apa bos nie, tak bagus tau marah awal-awal pagi macam nie. Nanti rezki susah nak masuk. Mana ada saya mengular. Saya sampai tadi, saya terus pergi pantry bancuhkan bos coffee”ernie
“aku peduli apa? Aku memang dah kaya. Bancuhkan aku coffee, habis tu aku tak nampak pun kau bawa coffee untuk aku”
“sabarlah, kejap ya. Kejap”

     Dia terus berlalu tinggalkan saya. Geram pula saya dengan budak kecik nie. Dia tak nampakkah yang saya nie tengah marah. Dia tiadakah rasa bersalah pasal semalam. Boleh pula dia buat macam tiada apa yang berlaku.
      Saya terus menyusun langkah mahu keluar dari bilik, mencari dia. Belum sempat saya kemana-mana, ernie terus muncul dan berjalan tidak memandang depan. Tidak semena-mena dia melanggar saya dan coffee yang di bawanya tertumpah di baju saya.

“haaaaaa!”ernie bernada terkejut, tanganya menutup mulutnya.

    Saya menunduk memandang badan saya, serta-merta saya mengeluh memandang blezers saya yang sudah di kotori air coffee. Nasib baiklah coffee suam dan nasib baik jugalah cuma terkena di blezers.

“kau tunggu aku di sini, jangan kemana-mana!”arah saya. Dia mengangguk perlahan.

    Saya terus berlalu tinggalkan dia. Nasib baiklah saya ada simpan blezers di kereta saya. Kalau tidak terpaksalah saya pulang kerumah semata-mata menukar baju.
    Selesai menukar blezers, saya naik semula kedalam office dan pergi ke bilik saya. Saya memandang ernie yang sedang duduk di bangku sambil menundukkan kelapanya.
    Saya duduk di bangku hadapannya sambil memeluk tubuh. Sebab dia, saya terpaksa menanggung malu, sebab dia smartphone saya entah ke mana, sampaikan saya terpaksa beli smartphone baru dan sebab dia jugalah saya terpaksa menukar blezers pagi-pagi begini.

“kau tau kan apa kesalahan-kesalahan yang kau sudah buat?”saya bernada tegas. Dia mengangguk perlahan tanpa memandang saya.
“kalau buat salah tu, buatlah cara macam orang buat salah. Minta maaf bukan pandang bawa dan senyap macam tu!”
“maafkan saya bos, saya tak sengaja”ernie. Masih tidak memandang saya.
“pandang aku!”bentak saya. Perlahan-lahan ernie mengangkat mukanya memandang saya.
“saya minta maaf, saya tahu saya salah”ernie
“kau memang cuai dari kecilkah?”
“sebenarnya saya tak cuai, saya tak pernah pun macam nie. Saya pun tak tau kenapa, asal saya jumpa bos mesti saya jadi macam nie....”
“diam!”cantas saya. Bukan setakat cuai dia nie, tapi banyak cakap pun dia juga.
“saya tak sengaja”ernie bersuara perlahan dan menunduk.
“tak sengaja kau kata? Tolak aku di halayak staff, kau tumpahkan coffee di baju aku. Itu yang kau kata tak sengaja?! Ehh! Ikutkan hati aku, mau ja aku pecat kau. Tahu tak!”bentak saya.
“janganlah pecat saya, saya tak sengaja. Betul! Kalau pasal kelmarin tu, saya cuma mau selamatkan bos ja dari terpijak kulit pisang tu. Tapi lain pula yang jadi. Yang tadi tu pula, bukan salah saya, bos yang jalan tak tengok depan”ernie
“jadi sekarang nie, kau nak salahkan aku?!”saya bernada garang. Laju ernie menggeleng kepalanya.
“salah saya, salah saya. Bos tak salah pun”ernie
“kali nie aku bagi kau peluang, lepas nie kalau kau buat lagi perkara yang boleh memalukan aku. Aku pecat kau!”
“terima kasih bos. Bos memang baik”ernie
“jangan panggil aku bos! Panggil aku tuan!”
“tapi bos, Tuan Hassani saya panggil tuan, takkan lah bos pun nak saya panggil tuan. Lagipun bos kan belum kahwin, mana sesuai”bangkang ernie dengan mimik mukanya.
“sekarang nie siapa yang bos? Aku kah kau?”
“bos lah, bos”ernie
“aku kata panggil aku tuan!”
“tapi tadi bos gelar diri bos tu bos”ernie
“bila?”
“tadi”ernie
“kuat kau menjawapkan!”bentak saya sambil menepuk meja. Ternaik kedua belah bahunya akibat terkejut.
“be..baiklah bos. Ehh! Tuan....bos”ernie. Perkataan bos di hujung ayatnya di sebutnya dengan perlahan.
"Keluar!”

     Dia hanya mengangguk perlahan kemudian dia berdiri. Baru selangkah dia berjalan tiba-tiba frame gambar yang saya letakkan di atas meja terjatuh di atas lantai.

“ERNIE!”bentak saya geram. Entah macam manalah dia boleh terlanggar frame tu.
“maafkan saya tuan bos, maafkan saya tuan bos”ujarnya sambil membuat gaya seperti orang menyembah.
“keluar!!!!!”

*LILLY POV*

“kau nie kenapa?”

    Perlahan ernie menggeleng. Makanan yang di pesannya tadi langsung tidak di jamah. Sejak tadi dia cuma diam, mengelamun dan mengeluh. Biasanya mulut macam bontot ayam, tak henti-henti bercakap.

“so, kenapa senyap? Dari tadi aku tengok mee goreng kau tu, kau kuis-kuis ja makannya entah bila. Kenapa, syamel marah kau lagikah?”bebel saya. Sekali lagi dia menggeleng tapi kali nie pakej dengan keluhan.

“geleng-geleng, ceritalah kenapa”
“tiadalah. Aku ok ja”ernie.
“macam nie kau kata ok? Macam ayam berak kapur nie?”
“ishh! Boleh tak kau berhenti membebel? Aku stresslah”ernie
“kau taknak aku membebel, ceritalah sebab apa kau pasang muka ayam berak kapur nie?”
“apa kau nie cakap pasal berak nie? Depan makanan kot”ernie.
“itu pribahasalah gila!”
“ishh! Yala. Nanti aku cerita, sekarang nie kita makan dulu”ernie
“kau jangan nanti lepas tu...”

    Terhenti saya membebel bila terpandang syamel melangkah masuk ke dalam restoran. Handsome nya, beruntunglah ernie dapat jadi PA syamel. Dahlah handsome, tinggi, kulit pun tak hitam tak putih. Haihh! Kenapalah tuan hassani tak pilih saya jadi PA syamel. Ruginya!

“kau kenapa?”ernie.
“pusing belakang”
“kenapa?”tanya ernie hairan.
“pusinglah belakang”arah saya bernada geram.
“ishh! Kau nie”rungut ernie serentak menoleh kebelakang. Tidak sampai 30saat dia memandang belakang, laju saja dia berpusing menghadap saya semula.
“dia makan dekat sini juga”ernie bernada gembira sambil membetulkan rambutnya.

    Saya menaikkan sebelah kening saya keatas, pelik dengan kelakuan ernie. Baru seminit yang lepas dia buat muka ayam berak kapur sekarang nie boleh pula tiba-tiba jadi ceria semula.

“dia pergi mana?”ernie
“sini”

    Dengar saja jawapan saya dengan pantas ernie menggodek-godek handbag nya yang di simpan di sebelahnya. Entah apa yang di carinya saya pun tidak pasti.

“ohh kamu pun lunch di sini”tegur syamel setelah berdiri di sebelah meja kami.

    Saya terus memandang syamel yang tengah memandang ernie dengan pandangan bengis kemudian saya mengalih pandangan pada ernie. Mahu meletus tawa saya bila memandang ernie yang sedang diam membatu di situ dengan tangannya masih di dalam handbagnya.

“lilly kan?”syamel.

    Saya memandang tuan syamel semula, soalannya saya jawap dengan angukkan.

“berani juga kau makan dengan si cuai nie”syamel sinis.

    Saya terus memandang ernie bila syamel berkata seperti itu dan memandangnya dengan pandangan tajam. Ernie membalas pandangan syamel dengan senyuman manis. Ernie sukakan syamel kah?

“si cuai? Ehh! Taklah tuan syamel, ernie ok ja”
“ohh! Baiklah. Kamu dah lama kawankah?”syamel.
“yaa, sejak study lagi”
“aku rasa kau salah pilih kawanlah”ujar tuan syamel sebelum dia melangkah tinggalakan kami berdua.

“aku ingatka dia datang nak belanja kita lunch, rupanya tak. Kenapa dengan dia tu?”bebel saya. Ernie hanya menjongketkan bahunya sebagai isyarat tidak tahu.

“kau suka tuan syamel kan?”soal saya. Ernie mengangguk.
“kau suka tuan syamel? Kau suka bos kau? Anak kepada CEO kita? Kau biar betul!”
“ishh! Ya! Ya! Ya! Puas hati?”ernie.
“kau jangan bagitahu orang lain, kalau aku dengar orang gosip pasal aku. Siap kau!”ernie
“yalah, aku mana pernah cerita buruk pasal kau dengan orang lain. Kau tak percaya aku kah?”
“bukan tak percaya, kurang yakin ja”ernie
“apa yang buat kau badmood tadi?”
“nantilah aku cerita”
“hurmm, yalah. Ehh kau tau tak..”
“depan rezeki nie, tak bagus mengumpat orang”cantas ernie selamba.

    Hilang terus gosip saya bila dengar sindiran ernie. Macam tahu-tahu ja apa yang saya mahu cerita. Tapi saya bukan nak mengumpat pun saya nak bergosip ja.

MARRIAGEWhere stories live. Discover now